Selasa, 11 Oktober 2016

Tau Sa Piah

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni hari rajin CK agaknyer...hahahahaha...teringin nk makan kuih ni.. last adik si Jebat belikan masa di Jakarta. Sedap sebab intinya kacang merah dan tak berapa manis. Dan hari ni, CK buat la sikit, sementara tunggu lori Citylink datang hantar barang tu kan..... hahahaha..... Sebelum ni CK dah pernah buat, tapi menggunakan inti kacang hijau. Pun sedap jugak.... Entri nya di sini yer 




Bahan Pastri:-

Doh A:-
120 g tepung gandum
60 g shortening (lemak sayur)

Doh B:-
120 g tepung gandum
30 g gula aising
30 g shortening (lemak sayur)
50 - 60 ml air

Bahan Lain:-
inti kacang merah secukupnya (CK beli ready made)
1 kuning telur
Sedikit bijan




Cara membuatnya:-

UNTUK DOH:- Bancuh doh A dan B secara berasingan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada mangkuk adunan. Rehatkan doh 30 minit. Kemudian bagi2kan doh A dan B kepada 15 bahagian yang sama besar. Ambil satu doh B, leperkan dan letakkan sebiji doh A. Balut doh tadi dan canai memanjang. Gulung dari bawah ke atas. Kemudian canai gulungan tadi (pastikan gulungan tadi berada dalam keadaan lurus menghadap kita). Kemudian gulung lagi sekali, seperti mula2 tadi. Buat untuk semua doh dan ketepikan. Tutup dengan plastic cling buat sementara.
  1. UNTUK TAU SA PIAH:- Ambil satu biji doh tadi, canai doh lebih kurang berdiameter 10 cm. Letak sebiji inti dan balut kemas2 dan susun dalam dulang pembakar. Buat hingga habis. Sapu kuning telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang.


OK...sampai jumpa lagi 

2 corat coret:

sarah berkata...

tak pernah dengar nm kuih ni..nampak sedap sgt

Dewi Aja berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...