Rabu, 9 Mac 2016

Muffin Pisang Gebu

Salam

Petang ni buat muffin la pulak untuk minum petang, memandangkan ada pisang masak ranum tu...asyik buat cekodok jer dh jemu... ni kalo ada balance, esok boleh jugak buat bekal ke sekolah...



Kali ini CK ambil jalan mudah. Guna Food Prossesor jer, dari ayak tepung sampailah adunan bahan..hahahaha....sonang kojo den...



Muffin Pisang Gebu
Bahan2 

1 1/2 cawan tepong gandum
1 teaspoon baking soda 
1 teaspoon baking powder 
1/4 teaspoon garam 
270gm pisang-
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung

Cara menyediakan
1. Panaskan oven. CK punya oven jenis Industri, api atas bawah 180'c.. sementara itu aturkan muffin pan dengan kertas muffin atau paper liner.
2. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepong gandum bersama baking soda & baking powder. Masukkan garam & gula & gaul sebati.
3. masukkan pisang , telur & mentega cair ke dalam Food Prossesor, putar dalam 1 minit. Tuangkan bahan cecair ke dalam bahan tepung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu. Jangan terlebih kacau asal bergaul rata sudah cukup.
4. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin hingga paras 3/4 ketinggian kertas muffin. Atau jika mau muffin naik membumbung sudukan lebih sedikit adunan sehingga hampir penuh. Boleh hias dengan coklat cip jika suka
5. Bakar muffin antara 18 ~ 20 minit
SIAP



CK guna bekas aluminium ni jer...takde bekas muffin pun....






















Tadaaaa ... minum petang dh siap...selamat mencuba !!!

2 corat coret:

mar berkata...

Hai!!dah lama tak masuk blog ni. Terima kasih kongsi resipi ya.

Aaron Grey berkata...

Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

Aaron
aarongrey112 gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...