Jumaat, 15 Mei 2009

Masak Lemak Pisang

Masa demam ari tuh, ada buat masak lemak pisang ni, tapi terlebih cili..so pedas ler....dh la tak sedap plak rasanyer...kali ni buat lagi..adjust sikit cili padinyer..ala2 manja gitu...


Aku rencahkan dengan ikan bilis tamban yg beso gedabak tu...sedap...aku ni malas nk karang resepinyer kat sini, so check ler kat MYR tuh..jumpa ler yg sama dengan resepi aku...so cilok ler...

Resepinyer C&P dari Myresipi (sumbangan cik Pija kita...)

Bahan-bahan
-10 biji Pisang Emas ~ masih muda
-Santan secukupnya
-1 biji Cili Merah( aku tak letak...)
-7 biji Cili Api
-Sedikit Ikan Bilis (aku tambah ikan bilis tamban skali)
-1/2 inci Kunyit Hidup
-Sebekas air bergaram ~ elak pisang menjadi hitam dan lebam

Cara-cara
-Siat kulit pisang. Tapi jangan sampai ke isinya. Kulit dan isinya dimasukkan ke dalam air bergaram. Biarkan terendam sementara menyediakan rencah kuah.
-Tumbuk cili api bersama sedikit garam hingga lumat. Masukkan ikan bilis. Tumbuk sedikit. Tak perlu hancur sangat.
-Tuangkan santan dalam periuk. Masukkan bahan tumbuk. Masukkan juga pisang yang sudah dipotong tadi.
-Gulai ini mesti sentiasa dikacau dan api kecil. Takut santan pecah nnti kurang enak dimakan. Perasakan dengan garam dan bahan perasa.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...