Khamis, 28 Mei 2009

Kuih Lapis

Dh lama tak buat kuih lapis ni. Ingat hari ni nk g umah mak mertua ku, sbb hari minggu ari tuh, tak jadi g sana. Mak mertua aku suka sangat makan kuih lapis yg aku buat ni. Dia kata elok jer lembutnyer. Ada gak dia mintak resepi, tp dia buat tak menjadi. Nk kena berguru, bayar pengkeras baru menjadi kot..he,he.....



Resepi dr Tulip(Myr). Copy and paste jer dr sana. Senang citer

Bahan-bahan
-1 cawan tepung beras
-1/2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
-1 st garam
-2 paket santan serbuk
-1 st minyak masak
-3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
-4 cawan air

Cara-cara
-Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
-Keluarkan adunan dari blender & isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
-Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling.
-Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
-Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit.
-Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
-Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk dan bolehlah dipotong


Aku selalu buat kuih lapis dr resepi Tulip ni. Memang menjadi punyer lah..bukan saja buat untuk makan sekeluarga, tp aku dh pernah buat untuk kenduri tahlil, dan doa selamat. Dan kuih ni jugak yg paling cepat habis...sedaplah agaknyer tu. Dan aku jugak pernah buat kuih lapis pelangi. Cantik!!! .. time kasih lah pada yg empunya resepi, cik Tulip.





0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...