Jumaat, 15 Mei 2009

Bergedil daging

Ni paberet laki aku nih...dh lama dia mintak tp aku wat derk jer.. leceh ler nk mencincang daging ni. Tapi semalam dia dh mintak sesangat..kesian la plak...so buat jer lah...


Resepi dari DianaA (myresipi)

Bahan-bahan ( 30 biji )
-1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
-300 gram daging cincang
-2 biji telur, asingkan kuning dan putih
-3/4 cawan bawang goreng
-secekak daun sup, dicincang
-2 ulas bawang putih
-2 sudu teh serbuk lada putih
-garam secukup rasa

Cara-cara
-Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
-Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
-Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat.
-Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan.
-Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
-Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng.
-Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng.
**Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa.


** Abaikanlah hiasan tepi bergedil tu jer...bukan nk jamu pengantin pun...saja gatal tangan sementara nk tunggu berdegil tu masak, aku decorate ler timun tu...he,he....


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...