Selasa, 19 Mei 2009

Ubi Rebus

Sedapnyer sesekali dapat makan ubi rebus ni kan!! Semalam tengok kat umah kak Yati. Ni aku beli kat pasar borong, aku amik 4 ketul, rm 1.00..boleh la...nk melepaskan rasa teringin. Pagi ni rebus ubi tu dan makan dengan kelapa parut+gula bersama air kopi o. Sedap..teringat masa kat kampung dulu, senang jer kalo nk makan ubi kayu. Kat belakang rumah pun boleh cabut. Masa tu la nk menunjukkan kekuatan masing2, kalo tak kuat, ubi tu tak terkeluar dari tanah!

Ada sesetengah orang makan ngan sambal ikan bilis pun ada...terpulanglah kat tekak masing2 kan...Aku ni malas plak nk buat sambal tumis ikan bilis, nk goreng ikan pekasam pun malas...so makan jer lah ngan kelapa parut.


Ubi ni kaler kuning la plak..mula2 tu aku ingat dh silap beli, marah lah jugak kat peniaga tu, tp bila dh rebus, ubinya empuk dan halus jer . Sedap lah plak...rupanyer ni ubi jenis kuning. Slalu tu ubi kayu kat kampung aku warnanya putih. Manalah aku tau !!!


2 corat coret:

akakerin berkata...

selamat pagi cik puan....
kak erin rasa kan ubiyang isi kuning ni lagi sedap tak?

Noorma berkata...

slamat pagi kak erin..yelah..ubi kuning ni lagi gebu dan lemak dr ubi putih tu. Daunnyer pun lain bentuknya sikit..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...