Ahad, 3 Mei 2009

Apam Mekar

Dh lama tak buat apam mekar ni...seronok tengok dia merkah, kembang setaman. Kali ni buat 3 kaler lagi....Kalo kat pasar tani, diorang panggil kuih ni Bahulu Kukus, yelah, bahan-bahan nk membuatnyer macam bahulu jer pun..cuma tambah susu dan ovallet jer....


Resepi dr Hanieliza dan Rossitam (MYR. Cubalah kengkawan..tak rugi...mesti jadi punyer, dengan syarat telur tu mesti dipukul hingga betul2 kembang...ala, mcm kita pukul telur buat kuih bahulu ler... Mak mertua aku dh banyak kali mintak resepi, tp aku wat derk jer...bukan kedekut tp dia tu bukannyer nk buat, last2 aku lah yg kena buat, sama jer hukumnyer dengan tak payah bagi kan.....

Bahan-bahan
-250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
-2 biji telur
-1 sudu kecil esen vanilla
-200 ml susu segar
-300 gm tepung gandum
-1 sudu kecil ovallate
-Pewarna (ikut suka)
-Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara
-Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
-Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
-Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
-Masukkan ovallate dan pukul lagi.
-Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
-Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaupbalikkan hingga warna sekata.
Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
-Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
-Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).


Keluar jer dr kukusan, anak2 dh mintak dh. Sekali ngap habis 10 bijik!!!



6 corat coret:

ZaiY berkata...

meriahnya kaler apam ni, cantik pulak tu...rasa nak terkam je.

Noorma berkata...

Zaiy..jangan la terkam..habis la bunga yg mekar berkembang tu...meh, saya bagi pat, lima bijik..he,he...

Azita Zain berkata...

AsSalam Noorma...
Wahhhh...memang mekar apam mekarmu ini! Tau dak sapa ROSSITAMZ tu (bukan ROSSITAM)??? Teman ler oghangnye...! Hehehe...

F a i z a h ' s berkata...

Telur utk buat apam mekar ni kena yg sejuk dari peti ais ke atau kena telur suhu bilik?sy dpt different version...ada yg ckp kena suhu bilik ada yg ckp kena sejuk...huhu...tlg bg pendapat... :) satu lg telur dgn gula tuh pukul smpai kembang n gebu mcm mana?meringue ke?atau biasa2 je?

Cendana Kasih berkata...

@F a i z a h ' s
Boleh jer pakai mana2 telur bersuhu bilik atau dari peti es....dan selalunya, akak ambik jalan selamat...pukul dulu puth telur sampai kembang, lepas tu baru masukkan kuning telur dan bahan2 lain. Pukul sampai putih/gebu, lepas tu baru masukkan tepung, berselang seli dengan susu/bahan cecair.

Kena panaskan kukusan dulu, air sampai menggelegak, barulah masukkan apam untuk dikukus. Api kena besar, kalau tidak apam takkan mekar.

F a i z a h ' s berkata...

@Cendana Kasih

Thanks kak atas pendapat n cadangan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...