Dh lama beno nk makan pisang goreng ni. Nk beli diluar memang takleh la...sebabnyer?? bukan la nk kata orang kat luar tu jual tak bersih, tp diorang gunakan minyak yg sama ... aku plak takleh makan minyak mcam tu, cepat jer dapat semput. Tambah plak kalo makan keropok lekor, lagi cepat batuk... Penyelesaiannyer...buatlah sendiri. Aku teringin nk makan pisang tanduk dan pisang nangka, tp tak dapat la plak...ni guna pisang Rastali, sedap gak, rasa pun mcm pisang tanduk..kira boleh la....
Resepi dari kak Ina KL...thanks akak, memang rangup dan best giler...saya cicah ngan sambal kicap (dh berjangkit pengaruh jawa dr kak asma dan Hana...he,he...)sori yer akak, saya c & p jer dr blog akak .
Bahan-bahannya
-75 gram tepung naik sendiri
-60 gram tepung beras
-1 camca besar tepung jagung
-sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
-garam secukupnya
-gula secukupnya (jika mahu)-tak letak
-sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
-130 ml air
-3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)
Cara-caranya
1. Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Akak bancuh dengan whisk lagi senang rasanya.
2. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak.
3. Selepas bancuhan di perap untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup walaupun telah sejuk.
3 ulasan:
apa kabar ...
kalau pisang tu buat sebiji2 ....terus celup dalam tepung ok ker ...
Baik..alhamdulillah..la...mana boleh macam tu chek oiii...pisang tu kena belah 2 dulu..mcm yg jual kat kedai tu la...kalo sebiji2 nanti tak sedap la plak..
apalah pendek 2! kalau nak goreng pisang memanglah kena belah. hehheheheh
kak noor macam mana nak jadikan tepong dia macam rangup sangat? macam sarang semut 2?
Catat Ulasan