Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )
-2 genggam kacang dal - direndam semalaman
-1/2 bii bawang besar-didadu
-Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
-Daun kari -dihiris
-1/2 kiub pati ikan bilis
-1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
-1/2 biji telur
-secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..
Cara-cara
-Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
-Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
-Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
-Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
-Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai.
-Goreng hingga garing/masak.
-Selamat mencuba.

1 ulasan:
kak erin kalau makan kuih ni....sikit tak cukup dik!
kalau beli 10 biji...semua akak telan tak payah nak share2 ngan anak2....kejam sungguh
Catat Ulasan