Sabtu, 2 Mei 2009

Strawberry Cup Cake

Hari ni buat cup cake, menghabiskan stok stoberi dalam esbox tu... Dh lama tak buat cup cake, sampai budak2 ni asyik mengangkut muffin dr kedai jer...mama diorang takde mood nk membaking.... tp bila dh hari2 dok beli muffin dr jusco tuh, terasa banyak ringgit jugak terbuang, baik buat sendiri..leh dapat banyak dan puas makan.



Bahan-bahan ( 12 biji )
-90gm marjerin/butter
-80 gm gula halus
-1 biji telur-asingkan kuning dan putih
-40 ml susu cair
-110 gm tepung kek
-1/2 sudu teh cream of tartar
-1 sudu kecil esen vanila
-1 sudu kecil strawbery emulco
-6-8 biji strawbery-dipotong kecil

Cara-cara
1.Dalam periuk, satukan butter, susu cair. Panaskan dengan api perlahan hingga butter cair. 2.Kemudian masukkan strawberi, kacau sebentar dan tutup api. Biar sejuk
3.Pukul putih telur bersama cream of tartar hingga gebu. Kemudian, masukkan gula halus. 4.Pukul lagi hingga dapat bentuk bertanduk (meringue)
5.Dalam bekas lain, pukul kuning telur, kemudian masukkan butter yang dicairkan tadi. Pukul hingga sebati. Masukkan esen vanila dan strawberi emulco.
6.Masukkan tepung. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan putih telur tadi. Kali ini guna cara kaup dan balik. Bila dah sebati, sendukkan ke dalam acuan mufin. Bakar pada suhu 180'C hingga masak, (selama 20-30 minit)
7.SELAMAT MENCUBA (cup kek ini gebu dan lembut, bagi yang suka manis boleh lebihkan gula)





Aduhai...panasnyer petang ni.... rasa nk terjun jer dalam monsun drain belakang umah tu!!! Nk tidolah kejap... bye sume.... !!







0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...