Khamis, 21 Mei 2009

Masak Lada

Saja la nk post entri ni, sbb hari tu, kat umah Kak Erin ada letak resepi masak lada ni, tp lain bahan-bahan dan caranyer. Ni masak lada style utara, dan lebih sesuai dimakan oleh ibu-ibu yg dalam pantang.

Oleh kerana entri ni untuk ibu2 yg dalam pantang, maka aku buatlah ikan haruan. Tapi kalo korang nk guna ikan lain pun boleh gak. Guna ikan jenahak ker, ikan tenggiri ke memang la sedap. Sebab ada rasa manis2 ikan gitu.

Sebenarnya aku saja masak lauk ni hari ni, sbb ada stok ikan haruan dalam esbox tu. Nk buat sambal dh jemu dh, so masak ler resepi ni.

Bahan-bahan
-ikan haruan(seekor, dibersihkan dan dipotong)
-3 ulas bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci halia*
-1 inci kunyit hidup* (tp kalo takde serbuk kunyit pun boleh)
-1 sudu kecil jintan manis*
-1 sudu kecil jintan putih*
-1 sudu kecil lada hitam*
(bahan-bahan bertanda * ditumbuk hingga lumat dan ketepikan)
-air asam jawa secukupnyer
-1 biji bawang besar-dipotong baji
-2 ulas bawang putih-dihiris halus
-1 inci halia-diracik halus
-beberapa biji cili hijau, merah-dibelah dua (kalo untuk org dalam pantang, takpayah ler letak cili ni)
-minyak masak
-garam dan serbuk perasa

Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yg ditumbuk tadi hingga naik bau dan pecah minyak.
2.Kemudian, masukkan air asam jawa. Boleh tambah air untuk tambah kuah lagi.
3.Biar mendidih sebentar, kemudian masukkan ikan.
4.Letak garam dan perasa secukupnyer.
5. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Diikuti dengan cili belah. Biar mendidih sekali lagi, barulah ditutup apinyer.
Siap!!

*kalo orang dalam pantang, tak payah guna minyak banyak sangat semasa menumis, ataupun setelah bahan tumis baik bau, ketepikan rempahnyer dan kaup keluar lebihan minyak.





Untuk mereka yg bakal menempuhi alam berpantang, bolehlah mencuba resepi ni yer, sbb masa aku dalam pantang dulu, mak aku buat lauk ni laaa.....



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...