Rabu, 13 Mei 2009

Rojak Buah

Panas betul skang ni. Agaknya dh dekat 3 minggu tak ujan kat Bukit Jalil ni.Kering kontang. Semalam ada gak dengar bunyi guruh, tp setitik haram pun tak ujan. Sib baik la air tempayan tak dicurahkan...he,he

Tengahari yang panas ni, meh pekena Rojak Buah. Nk makan nasi dh takleh masuk la time panas2 cenggini. Hang Jebat plak tak balik makan tengahari, so dapat la rilex sikit.



RESEPI KUAH ROJAK
Bahan-bahan

-20 tangkai cili kering (boleh lebihkan jika suka pedas)
-2 cawan gula pasir
-1 cawan brown sugar
-Belacan sebesar ibu jari (dibakar)
-5 sudu besar otak udang (petis)
-5 sudu besar sos tiram
-Sebotol kecil kicap lemak
-Garam dan bijan secukup rasa

BUAH
-Nanas
-Jambu air
-Timun
-Sengkuang
-Mangga/pauh muda
-Kedondong

Cara-cara
1.Rendam cili dgn air panas kemudian goreng tanpa minyak hingga kering.Bakar belacan hingga naik bau.
2.Kisar cili, gula pasir, brown sugar, belacan, otak udang, sos tiram dan kicap bersama air hingga betul-betul halus.
3.Masak bahan kisar ini di atas api kecil hingga pekat dan licin.Hendaklah sentiasa mengacaunya utk mengelakkan ianya menjadi gula hangus.Tambahkan air jika perlu.
4.Tambahkan garam secukup rasa.Bila sudah pekat tambahkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak.Boleh lah dia angkat dan di biarkan sejuk.
5.Potong buah mengikut citarasa anda.Masukkan dalam mangkuk dan masukkan kuah rojak yang telah sejuk.
6.Taburkan kacang tumbuk jika suka.Sedia dihidang.

NOTE : Kuah rojak ini boleh juga dibuat kuah utk sotong kangkung.Simpan kuah rojak ini di dalam peti sejuk.



Yuk...makan bersama!!!

2 corat coret:

Rafizah Nordin berkata...

boleh tahan bape lame kuah rojak ni noorma klu simpan dalam peti ais?aku nak buatlah tp xtau lak mane nak carik otak udang.
hb aku suka makan rojak2 nih...humppppp

idawan berkata...

wah ni memang favourite kak ida. kalau dah makan tak ingat org..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...