Isnin, 16 November 2009

Nenas Tumis Air

Dah lama cari resepi ni, dh barulah terjumpa kat blog Kak Ummi, Kuantan nun. Selalu makan lauk ni kat umah orang kenduri. Rupanyer senang jer cara nk buatnyer. Aku jer yg bongok tak reti masak selama hari ni...he,he......

Resepi salin sebijik sebijan dari umah Kak Ummi. Thanks akak !!!

Bahan-bahan
>1 biji nenas (saiz sederhana)
>1 biji lobak merah kecil (dihiris halus)
>2 sb. gula
>3 biji cili merah (dihiris)
>2 biji cili hijau (dihiris)
>1/2 cawan air
>1 sk. serbuk kunyit
>3 sb. minyak masak
>Garam secukup rasa

Bahan B (Tumis):-
>1 inci kulit kayu manis
>3 kuntum bunga cengkih
>2 biji buah pelaga
>1 kuntum bunga lawang
>1 labu bawang besar (dimayang)
>2 ulas bawang putih (dimayang)
>1 inci halia (dimayang)

Cara-Cara:-
-Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan dan dibuang matanya serta dipotong kecil2.
-Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
-Masukkan air, serbuk kunyit, gula dan garam.
-Apabila sudah mendidih, masukkan karot, nanas dan cili.
-Biarkan hingga mendidih dan rasakan garamnya.
-Apabila nenas sudah masak, tutup api dan hidangkan bersama nasi minyak dan nasi beriani.





3 ulasan:

geraugebang berkata...

Dah lama kak gerau tak makan lauk ni. Kita aje yang suka, orang lain dalam umah ni semua tak suka lauk ni. Tension jeeer.

makcik berkata...

suami suka ni... besok insyaAllah nk cuba😋

Tok Chu berkata...

resepi kegemaran tok chu ni. nak masak nanas tumis ni untuk juadah berbuka puasa hari ni.. InshaAllah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...