Selasa, 3 November 2009

Asam Pedas Ikan Kembung, dll

Salam !
Dah lama tak update blog ni, takde mood la. Banyak betul kerja kat rumah ni.




Inilah juadah untuk hari ini. Asam Pedas Ikan Kembung, Hati Ayam Masak Kicap, Kerabu Tomato dan Telur Masin.... yum,yum......

Asam Pedas Ikan Kembung(letak nama jer, tp ada seketul dua ikan tenggiri kat dalam kuah tu). Sekarang ni aku dh boleh makan ikan, so teringinlah plak nk makan asam pedas ikan. Tapi kali ni takde bunga kantan. Cuma daun kesum jer. Memang dh lama pun tak masak lauk ni. Adalah dekat setengah tahun. Sebabnyer, kat umah ni mmg tak minat makan asam pedas tiap minggu. Kalo sekali sekala tu ok ler..walopun Hang Jebat aku orang Melaka, dia lebih suka masak lemak cili padi, sambal tumis dan kari.

Hati Ayam Masak Kicap. Kalo masak lauk ni, aku tak suka goreng hati ayam tu, sebab keras. Aku lebih suka campak masuk dalam kuah kicap tu jer...sonang kojo den.


Kerabu Tomato Hana Style. Dah banyak kali nampak dalam laporan masakan Myresepi, kali ni aku plak nk cuba. Buat sebijik tomato jer..he,he...Tapi dalamnyer takdelah letak ikan bilis. Malas dh nk goreng ikan bilis. Jus lemon tu aku gantikan jer ngan jus limau nipis. Sori yer Hana, resepi menderhaka sikit. Memang sedap kerabu ni. Lain kali boleh buat lagi.

Telur masin. Wat tambah-tambah lauk.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...