Sabtu, 7 November 2009

Cakoi

Projek hari ini, kuih Cakoi. Selalu beli kat pasar malam dan slalu jugak berebut makan ngan anak-anak. Akhirnya belajar buat sendiri. Hari tu mmg dh nekad, ajak hubby g Bake With Yen Puchong, semata-mata nk cari bahan2 nk buat cakoi ni. Ni first trial. So takdelah cantik mcm jual kat pasar malam tu. Len kali cuba lagi, kasi lagi cantik lagi...he.he....

Resepi dari MamaFami, tapi edit dan tambah dengan resepi dr Skyblue sama...tambah serbuk alum dan ammonia.

Bahan-bahan
~400 g tepung ~ diayak 1 cawan air
~1 sudu besar majerin ~ dicairkan
~1 sudu kecil garam
~3 sudu besar gula
~1 sudu besar susu pekat manis
~1 kuning telur
~1/4 sudu kecil serbuk alum
~1/4 sudu kecil serbuk ammonia for cooking (untuk rangupkan cakoi)
~2 sudu kecil yis segera
~1/2 sudu kecil soda bikarbonat
~minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis,serbuk alum, ammonia dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan


Cakoi tu cicah ngan kaya. Ada gak cakoi yg inti red bean kat dalamnyer...sume ada...





5 corat coret:

MamaFaMi berkata...

Yang berinti kacang merah tu yang sedap kan... alahai, dah nak kena gi kedai bakery beli inti la pulak. Malasnya... Ma dah lama tak buat cakoi ni.. mulalah cam teringin pulak...

cikmanggis berkata...

kena cuba ni.t.kasih..cm ambik resepi ni:)

nurindah berkata...

Salam kak Noorma,
menjadi cakoi tu,kak...nati nak salin resipi .hehe

Fiza Nordin berkata...

kat mane plak nak cari serbuk alum & ammonia tu?kat BWY ade? dok dlm botol kecil mcm botol soda bicabonat tu ke?tulis ape kat botol/pek tu?

hah, jawab!

HaSue berkata...

sedapnyaa cakoi buatan sendirik..suakti jek leh ejas eh kak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...