Jumaat, 6 November 2009

Puding Laici

Salam Jumaat sume !!!

Bangun jer pagi ni, HUJAN. Bila cuaca sejuk2 ni, nk masak pun malas. Tapi anak2 dh kebulur, so buat ler breakfast. Wat cekodok dan kentang goreng. Malas plak nk masak nasi hari ni. Hari2 kena masak. So hari ni nk mc masak kejap. Tapi teringin plak nk makan puding laici ni...


Bahan-bahan
>1 paket agar2 tali
>1 biji telur
>3 keping roti
>2 senduk gula(boleh tambah atau kurangkan manis)
>1 cawan susu segar
>1 tin laici
>sedikit esen vanila
>secubit garam
>air secukupnya

Cara-cara
1.Rebus agar2 dengan air sampai larut.Sambil tu cincang buah laici kecil2.
2.Dalam blender, masukkan susu cair, air laici, telur, gula,garam dan roti. Kisar sampai hancur.
3.Bila agar2 dh hancur, masukkan bahan yang dikisar tadi. Masak hingga mendidih.
4.Tabur buah laici yang dipotong dalam bekas.
5.Kemudian, curahkan agar2 tadi. Biarkan sejuk dan keras.
6.Siap untuk dipotong






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...