Inti kelapa+durian
Buat tanda merah..kalo tak nanti konfius plak inti kat dalamnyer!
Bahan-bahan
-2 1/2 cawan tepung gandum
-1 sudu besar yis kering
-1/2 sudu teh baking powder
-4 sudu makan gula castor
-1 sudu makan lemak sayuran (shortening)
-1 sudu teh bread softener
-1 sudu teh bread improver
-1/2 cawan susu cair
Cara-cara
-Satukan sume bahan dalam mangkuk adunan.
-Uli sebati dengan memasukkan susu cair sedikit demi sedikit. Bila dh lembut, rehatkan sehingga naik dan tumbuk untuk keluarkan angin (mcm buat roti gak la....)
-Bahagikan doh kepada beberapa bahagian
-Masukkan inti dan tutup kemas.
-Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi dan susun didalam pengukus.
-Rehatkan pau dan biar ia naik lagi.
-Panaskan periuk kukus dan biar air betul2 mendidih.
-Atur pau dalam periuk kukus dan tutup (bungkus tutup mengukus untunk elak air kukusan jatuh ke atas pau, nanti pau jadi tak cantik dan menggerutu)
-Kukus pau selama 15 minit.
1 ulasan:
alahai cik noorma oiiii.... sedap nyeeerrrrrrr lah pau mu itu.... terliur aku dibuatnya... mai la kat jid sebijik!... huhuhu....
Catat Ulasan