Selasa, 17 Mac 2009

Western breakfast

Dah balik dahhh.....Maka bermulalah rutin harianku seperti biasa, masak, kemas dan berblogging. Nasib baik skang ni cuti sekolah, so rilex lah sikit. Hubby plak dh pegi kerja setelah 4 hari cuti. Bestnyer dapat spend time bersama. Tunggu dua tiga bulan lagi baru dia boleh cuti semula... hu.hu,hu...lamanyer lagi!!
Ini breakfast kami tiga beranak pagi ni. Nk bagi nama apa pada breakfast ni pun, aku tak tahu. Hentam sajalah labu !! Hidangan untuk anak2 ku yg banyak kerenah itu.

Mula2 aku goreng hirisan sosej, dan crab stik, kemudian masukkan cendawan dan bawang. Kacau lagi kemudian pecahkan sebiji telur, dan gaul rata. Tutup api, dan letak dalam pinggan. Picitkan sedikit mayonis, dan hidangkan bersama baked bean dan roti bun. Siap....


2 corat coret:

kakchik berkata...

wow wee.... lidah lepas balik kg ni dah jadi omputeh ek?
tapi nampak menariknya breakfast tu

Noorma Ismail berkata...

kakchik, ni citarasa anak2, diorang tu memang tekak western sikit..he,he,he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...