Ahad, 1 Mac 2009

Lempeng Kelapa

Ni breakfast kami pagi ni. Kalo di utara, kami panggil ni 'Tempek Nyok'. Dah lama betul tak makan benda ni. Kali terakhir, dua tahun lepas kot, masa tu mak aku yg buatkan. Lepas tu dh tak pernah buat lagi. Bukannya susah sangat pun.


Bahan-bahan
>2 cawan kelapa parut
>1 cawan tepung gandum
>sedikit garam
>air secukupnya

Cara-cara
1.Satukan semua bahan. Kira2 mcm nk buat cekodok lah jugak. Jangan banyak sangat tepung, nanti keras tak sedap
2Bila sume dh sebati, panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
3.Ratakan adunan tepung pada kuali (mcm buat lempeng)
4.Masak hingga kedua2 belah garing. Siap
Sedap dimakan bersama kuah kari ataupun dicicah dengan gula



Selain buat lempeng, aku buatkan jugak nasi goreng ni... Nasi Goreng Jawa...thanks to Hana sbb bagi resepi ni... huh, memang pedas giler..itupun aku dh kurangkan cili padi. Kalo tidak tentu berasap telinga. Tapi lagi pedas, lagi sedap. Habis jugak!! resepi, tengok sini yer





0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...