Khamis, 19 Mac 2009

Donut

Ni hidangan untuk minum petang kami sekeluarga. Tembam kan donutnyer..mcm tuan yg membuatnyer...ha,ha,ha.. Bila dh buat kentang lenyek tu, boleh le amik sikit untuk dibuat donut.

Ni salut ngan coklat dan tabur kacang..ala2 dunkin donut gitu...

Ni untuk laki aku...dia mintak yg original donut...tak mo coklat dll

Ni plak ala2 j.co donut plak. Letak filling jem stoberi, blueberi dan peanut butter. Yg ni habis dulu (Irfan dan Farisya makan)



Resepinya..... ni cara aku ler

Bahan-bahan
~250gm tepung gandum
>~3 sudu besar kentang lecek
~1 sudu kecil yis
~ 2 sudu besarminyak masak
~1 sudu besar butter/merjerin
~ air suam (secukupnyer, untuk bancuh tepung)
~1 sudu besar susu pekat manis
~1 sudu besar plain yogurt
~1 sudu besar gula
~1 sudu teh garam
~1/2 sudu kecil bread improver
~1 sudu kecil bread softner


Cara-cara
1.Satukan yis, bread softner, bread improver,gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.
2.Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.
3.Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh.
4.Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Letak inti kalo suka.Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda
5.Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pn...resepi puan sgt menarik..
nak tanyer ni, beli kat maner filling donut tu? sbb dah lamer nak buat tapi kalo pakai jem..dia manis sgt...yg mcm dunkin donut tu jem dia mcm jelly & kurang manis. TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...