Sabtu, 7 Mac 2009

Apam Eno

Huh, semalam bz beno, masak ala kadar jer, pas tu memang tak sempat nk bukak pc. Sebelah petangnya sibuk pulak ke pejabat pos, pejabat tanah, selesaikan sume urusan rumah. Petang nanti pun agak sibuk gak, dh janji dengan anak nk bawak g main kat taman (insyaalah, kalo tak ujan la...) pas tu g umah nenek diorang (mak mertua aku ler...) dh sebulan lebih tak g sana (walaupun umah kitaorang dekat jer, 15 minit dh sampai)

Hari ni aku buat apam eno, sebab dh lama tak buat.Buat benda ni leceh sikit sbb kena buat tapai nasi 2 hari lebih awal dulu. Tapi tapai nasi tu boleh simpan dalam esbox untuk kegunaan lain hari.

Pada mulanya aku memang tak brapa pandai buat apam ni. Skang ni pun masih tak pandai jugak, sebab tiap kali buat apam tu mesti tak pecah kat atasnya (tak mcam apam mekar tu) Dh jenuh cuba kaedah itu, taktik ini, tapi masih tak pecah gak. Sesiapa yg pernah buat tu, bagilah petua sikit yer!


Kat sini aku bagilah jugak resepinya, walaupun apam ni tak pecah kat puncaknyer, tp ia tetap lembut. Aku pernah gak dapat tempahan untuk buat apam ni. Nasib baik ler jadi, walaupun tak pecah, orang tetap kata sedap. Alhamdulillah!!

Bahan-bahan
>1 mangkuk tapai nasi
>2 mangkuk tepung beras
>1 mangkuk gula
>2 mangkuk air
>1 bungkus eno (warna biru)
>perwarna
>1/2 sudu besar yis mauripan
>kelapa parut (gaul dengan sedikit garam)
>acuan lompang secukupnya (sapu sedikit minyak pd acuan)

Cara-cara
1.Masukkan tapai nasi, tepung beras, gula, air dan yis ke dalam blender dan kisar hingga halus. Kemudian pindahkan ke dalam bekas dan tutup (peram selama dalam 4-5 jam)
2.Sediakan periuk kukus. Bungkus tutupnya dengan kain. Biarkan air mendidih.
3.Campurkan eno pada adunan tepung tadi. Kacau hingga rata.
4.Bahagikan adunan mengikut warna
5.Sendukkan ke dalam acuan lompang. Jangan penuh sangat, 3/4 sahaja.
6.Susun dalam pengukus tapi jangan terlalu rapat.
7.Kukus selama 10-15 minit dengan api yg kuat.
8.Siap dan sedia dimakan bersama kelapa parut.


Cara buat tapai nasi
>2 mangkuk nasi sejuk
>1/2 biji ragi (ditumbuk hingga jadi serbuk)
-Taburkan serbuk ragi ke atas nasi sejuk dan gaul rata. Kemudian simpan di tempat gelap selama 2 hari. Siap dan bolehlah dibuat apam eno.

*Kalo takde tapai nasi, boleh juga guna air tapai (dr tapai pulut). Tapi ada jugak orang kata boleh guna air sprite/ 7 up. Tapi aku lom pernah cuba lagi la...



7 corat coret:

KakChik berkata...

salam noorma.

walaupun apam tu puncaknya tak pecah, bagi kakchik dah cukup menjadi dah tu. nak harapkan kakchik ni mmg tak pandai langsung buat apam ni, tahu makan je.
kalau remeh-temeh ni kakchik malas sikit nak cuba. kena tgk angin la kot, kalau benar2 terasa nak buat nanti, kakchik tiru resepi noorma je lah.

Noorma berkata...

Kak chik, kalo ada masa, cubalah..tapi betul ler kata kak chik tu, nk buat benda ni memang leceh pon.. bagi saya ni masih tak jadi lagi, kalau sume apam dh pecah kat puncaknya baru lah saya lulus...

Rafizah Nordin berkata...

aku penah buat apam eno ni lame dulu.lagilah...tak jadi langsung.luarnye naik merekah bukan main cantik tapi dalamnye seroi tak masak...uhhhhh lepas tu tak buat dah hahaha!!!!

eh noorma,dekat umah aku ade jualan gudang barangan KENWOOD,ELBA dll...ko nak tgk meh la datang sini.aku pun tak g lagi.leh kite usha sesame...arini ngan esok (isnin) laki aku cuti,leh aku kuar bujang.klu ari biase aku kene ngangkut anak2 aku payah le...tp leh gak la klu nak tgk2...
ko sms aku ye...ko ade no hp aku kan...
0173113226 klu xde...

Noorma Ismail berkata...

uwaa...bestnyer jualan gudang tu..tp apakan daya, laki ku kerja, aku ni sebenonyer tak reti bawak kete jauh2, paling jauh pun ke tesco puchong jer, itupun sbb tak banyak kete, boleh ler aku pegi,nk ke rumah ko, mintak ampun ler banyak2, memang aku tak reti kawasan tu.. kang melarat aku tersesat sampai ke shah alam plak..huhh...bongok gak aku ni yer..

cikmar berkata...

sy buat apam eno ni tak guna tapai nasi..just guna tpg beras, yis kering dgn eno...nk bg mekar tu rasanya api kukusan tu kena besar...agaknyala..sbb biasa buat mmg merekah..

Noorma Ismail berkata...

agh..jangan ko sebut citer apam eno ni lagi..dah tak kuasa nk melayan...tiap kali buat asyik fail jer.. yang entri ni pun ala2 boleh jer lah...tu pun tak merkah..so akak letak le kelapa parut kat atasnyer..kasi cover maaaa !!!! hehehe...

Siti berkata...

asalkan sedap takpela kak...merekah ke tak tu tolak tepi je..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...