Jumaat, 27 Mac 2009

Sesekali Kurasa Teringin

Pagi ni teringin plak nk breakfast nasi lemak. So suruh ler Hang Jebat aku belikan kat flat Bk 6 nun. Tak jauh dari rumah. Kat sana tu sedap, murah plak tu. Dh pesan kat dia, tak mo orang lain jual. Nk yg dengan makcik tu jer (sbb nasi lemak kat makcik sorang tu memang sedap) Dan kalo laki aku yg belikan, mestilah dia letak 2 jenis lauk. Lauk2 kat makcik tu sedap2 belaka. Kalo letak 2 jenis lauk, baru rm2.50. Murah kan!!

Ni nasi lemak untuk hang Jebat ku. Dia pilih lauk sambal udang dan sambal kerang = rm 2.50

Ni plak kuih untuk anak2 aku. Kat flat tu, kuih masih dijual dengan harga rm1.00 untuk 3 bijik kuih... tp kalo anda memasuki kawasan Puncak Jalil, sume kuih dijual rm2.00 untuk 5 bijik...tengok tempat la beb!!

Ni nasi lemak untuk aku. Lauk sambal paru dan sambal sotong kembang. Ni pun cuma rm 2.50 jer. Tapi aku tak ler makan sume tuh. Kongsi dengan Irfan.




0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...