Rabu, 25 Mac 2009

Tuna Sandwish

Hanya ini saja untuk breakfast pagi ni, sbb mama korang tidur pukul 3 pagi..he,he,he...main tenet..papanyer kena kerja. Tepat pukul 12.00 malam dapat panggilan kerja kat Gombak..eee...tension jer aku. Nape tak panggil pukul 3 pagi jer.. Dan bila Hang Jebat dh pergi kerja, mata ni memang ler takleh tido. Sbb takde member sebelah, so aku chat sambil berblogging sampai 3 pagi. Best oooo... bukan selalu dapat peluang cenggini.

Dh lama tak buat sandwich ni. Ari tuh pegi Tesco, aku sempat sambar tuna in water. So boleh ler buat sandwish ni. Letak crab stik sekali.


Bahan-bahan
~roti sandwish secukupnya
~isi tuna-ditoskan airnya
~mayonis
~bawang merah-dicincang (tp aku tak letak, sbb anak2 tak suka)
~black pepper (kalo suka pedas)
~telur rebus -dipotong nipis
~crab stik-digoreng dulu kemudian disiat-siat
~timun, tomato-dihiris nipis

Cara-cara
1.Tuna dihancurkan kemudian gaul bersama mayonis dan serbuk lada hitam. Boleh tambah bawang merah yg dicincang kalo suka
2.Sapukan roti dengan butter dan buang kulit tepinya
3.Letak inti tuna, kemudian lapiskan dengan telur dan crab stik
4.Letak timun dan tomato kalo suka.
5.Tutup balik dengan roti. Kemudian potong.
6.Siap dan bolehlah dimakan




0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...