Rabu, 11 Mac 2009

Krim Karamel

Hari ni buat krim karamel plak. Bukannya selalu pun buat, sbb tak mendapat perhatian dr hubby ku. Anak2 memang suka, pantang jer ada dessert, sume leh bedal. Sebeno nyer, bukan susah pun nk buat, tp kalo bakteria 'M' dh masuk dalam badan, tak leh nk buat apa lagi dh..

resepinyer? "senang banget" bak kata bibik kat umah ni.... tapi aku suka ikut style kawan sekampung aku Rozette kalo buat puding karamel ni

Bahan-bahan
> 1 cawan susu cair
> 1 biji telur
> 1 keping roti gardenia
> 5 sudu besar gula
*Kisar semua bahan ini hingga sebati

Untuk gula hangus
> 3 sudu besar gula
>6 sudu besar air masak

Cara-cara
1.Mula2 buat gula hangus dulu. Masukkan 3 sudu besar air bersama 3 sudu besar gula dan masak atas api perlahan hingga warna coklat. Ketepikan dan masukkan 3 sudu besar air masak. Kacau dan ketepikan.
2.Sediakan pengukus dan tunggu hingga air mendidih.
3. Dalam loyang, masukkan gula hangus tadi kemudian tuang pula adunan susu yg dh dikisar tadi.
4.Kukus selama 20 minit
5.Sejukkan sebelum dihidangkan. Siap


Saiz puding ni kecik jer, sbb tu pakai 1 biji telur jer. Cukup la, sekadar nk merasa.




5 corat coret:

ZaiY berkata...

saya pun suka gak puding ni tp hubby xsuka. mmg jarang buat..sedapnya makan sejuk2 ni..

CatlinaFly berkata...

letak roti ek?wah nanti leh try ..samelah hubby tak suke puding ni..manis sgt kate dia..heh..tapi sy ..faveret!

Noorma berkata...

Zai, catlina..nape ek org lelaki ni tak suka benda2 puding ni? benda manis tak suka makan, tp bini yg manis suka pulak..he,he,he..

butterfly berkata...

salam..
nak tnye..saiz puding ni kecik mne??

cikmar berkata...

yay2...ada pun resepi yg guna telur sebiji je..hehe..kebanyakan resepi guna banyak telur...nk kurangkan takut tak menjadi je nnnti..mak tak suka mkn puding2 yg byk guna telur...klu mkn sorang2 tak berbaloi la wat kn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...