Isnin, 23 Mac 2009

Rasam

Dh rindu sangat nk makan rasam ni. Nk balik Melaka, laki aku plak asyik bz jer ngan kerja. Minggu ni plak dia dh cakap, tak dapat balik awal. So..memang takde harapan ler nk pegi jumpa mak. Tengok lah hujng minggu ni, katanya dia tak nk kerja, sbb 31hb ni dia ada temuduga naik pangkat. Nk study katanya. Kalo dia tak kerja, bolehler aku pinjam masa dia 3 ke 4 jam, untuk balik Melaka. Kitaorang balik sekejap jer, pergi pagi, tengahari dh balik kl semula.

Ni kiranya seperti sup kaum India lah. Sup berempah. Kalo mak aku, sume rempahnyer dia tumbuk sendiri. Aku ni guna rempah yg siap dalam pek tu (rasam mix, jenama Gemini)


Kalo buat rasam, aku lebih suka pecahkan sebiji telur kat dalam kuahnya. So takde lah hirup sup kosong jer kan.

Kari ayam ni untuk anak2 aku dan hang jebat aku tuh. Sure punya diaorang tak reti makan rasam ni. Kang buat sakit ati aku jer, kalo diorang makan megi.

Inilah penyedap atau lawan dengan kuah rasam tu. Papadam.


Resepi rasam
Bahan-bahan
~2 sudu rasam mix, jenama Gemini
~1 gelas air
~1 biji telur
~bawang merah-dihiris
~bawang putih-dihiris
~cili kering-dipotong pendek
~daun kari
~air asam jawa (ikut suka, kalo suka masam, boleh lebihkan)

Cara-cara
1.Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering dan daun kari hingga kekuningan.
2.Masukkan air bersama rempah rasam
3.Biarkan mendidih sebentar
4.Masukkan pula air asam jawa, biar mendidih lagi.
5.Perlahankan api, dan pecah sebiji telur. Letak garam dan perasa secukupnyer.
6.Biar hingga telur masak, dan bolehlah ditutup api.


Malam ni aku cadang nk buat tosai, sbb tu ler buat kari ayam. Kiranya hari ni sume menu ala2 indian style ler...

2 corat coret:

Kamsiah berkata...

rasam...akak tak pernah mkn lagi...

Noorma Ismail berkata...

kak Kam, rasam ni sup masam orang india. Sedap kalo makan ngan nasi panas, papadam dan ikan goreng. Itu pun dh cukup ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...