Isnin, 23 Mac 2009

Vadai

Ni breakfast pagi ni. Si Along, kalo aku buat benda ni, mesti makan tak serupa ingat. Adik yg tengah tido pun dia tak heran nk simpan sikit. Sbb tu ada 2 gambar tu.. satu pinggan tu dia dh licinkan, terpaksa la goreng lagi untuk adik.

Sepatutnyer vadai ni berbentuk macam donut, leper, tp yg ni versi orang malas aka nk cepat. So buat ler bulat2 jer... ada gak orang panggil cucur madras.

Jemput makan yer kengkawan yg datang !! Air buat sendiri yer.. self service..

Bahan-bahan
>200 gm ( 1 cawan) kacang ulunthu
>110 ml air
>1 biji bawang besar (potong dadu)
>2 tangkai cili kering (buang bijinya dan gunting halus)
>2 tangkai daun kari (gunting halus)
>1 1/2 sudu teh garam

Cara-cara
1.Basuh kacang hitam dan rendam hingga lembut dan kembang kira-kira 20 minit. Toskan airnya.
2.Kisar kacang didalam blender bersama air. Kalau mata blender tak berpusing, tambahkan sedikit air lagi setakat membolehkan ia berpusing.Jgn terlalu byk nanti adunan cair susah untuk digoreng.
3.Letakkan paste tadi kedlm bekas dan gaul bersama bahan-bahan lain. Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng hingga masak.

6 corat coret:

CikMin berkata...

huhuhu...kang sepah kitchen ko ni noorma..suh lak layan diri kan...pehal vadai ni bolat2..bkn leper2 ke...hehehehe..dah suh makan free manyak komen lak ek...ok..cikmin bancuh air jap...

Noorma Ismail berkata...

cik min, vadei tu sebenonyer bentuk mcm donut tu..disebabkan hari ni isnin (bad monday) cewah..mcam keje opis plak aku ni..ha,ha,ha... cikmin bancuh air apa tu? buat lebih sikit yer, kang kengkawan lain nk minum plak

Suzi berkata...

hubby saya suka makan ni...tapi tak tahu buat...biasanya kat sini dia beliyg frozen je hihihi

Noorma Ismail berkata...

suzi, kalo ada kacang ulunthu, boleh ler buat...senang jer, mcm cekodok lah jugak...

Kamsiah berkata...

vadai ni masavadei la noorma...yg leper2 tu...

Noorma berkata...

yer la kot akak, saya tau buat dan makan jer...nk buat mcm bentuk donut tu malas ler..bukannya ada tetamu nk dtang makan, ni anak2 jer yg makan. Diorang bukannya tau lawa ke buruk ker..janji leh makan, sudah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...