Rabu, 11 Mac 2009

Mee Rebus

Dah lama sangat nk makan mee rebus ni. Nk membuatnyer plak asyik takde masa jer. Hari ni hubby aku kata balik lewat sikit (maknanyer petang la tu, dalam pukul 4 gitu), dan aku takyah ler masak nasi. Boleh ler buat mee rebus ni


Ambik resepi kat buku masakan aku jer. Aku salin dari majalah.

Bahan-bahan
>1 ketul ubi keledek
>3 sudu rempah kari (dibancuh dengan air)
> 1 sudu cili kisar (kalo suka pedas, boleh lebihkan)
>3 biji buah pelaga~
>1cm kulit kayu manis~
>3 kelopak bunga lawang~
>4 kuntum bunga cengkih~ (empat sekawan)
>1/2 sudu kecil jintan manis*
>1 sudu kecil ketumbar*- dua bahan ini ditumbuk lumat
>2 cawan daging tetel
>1 cm halia #
>5 ulas bawang merah #
>2 ulas bawang putih #- bahan ini ditumbuk
>minyak masak
>gula, garam,
>air secukupnya

Cara-cara
1.Rebus tetel bersama * rempah tumbuk dan 4 sekawan hingga lembut.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang yg ditumbuk hingga terbit bau/wangi.
3.Masukkan cili kisar dan rempah kari. Tumis lagi sampai rempah garing dan masak.
4.Tuang rebusan tetel.Biar hingga mendidih. Kemudian, masukkan keledek yang dilecek agar kuah menjadi pekat. Biar mendidih lagi.
5.Tambah gula, garam dan perasa, siap.
6.Isikan mee dalam pinggan. Tuangkan kuah dan letak sayur, bawang goreng, telur rebus, cili merah dan daun sup. Sedia untuk disantap.




2 corat coret:

princessharyati berkata...

mana resepi yek cik noorma hehhe sedap tgk ... ada secret resepi ke?hehhe

noorma berkata...

takde secret resepi pun...nanti saya edit balik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...