Ahad, 8 Mac 2009

Al- Fatihah!!

Mungkin berita ini agak lewat untuk di paparkan di sini,rasanya sume orang dh tau akan pemergiannya. Arwah Tuan Haji Zubir Ali yg merupakan seorang komposer dan penyanyi, meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara pada jam 10.30 pagi Jumaat lalu akibat komplikasi jantung. Al-fatihah !!

Dia ni sebenarnya pensyarah aku kat UM dulu. Aku dan kengkawan ambik Kursus Penulisan Lirik Lagu. Nk cepat grad sekaligus dapat CGPA yang baik. Kursus ni taklah berat sangat, tak payah nk baca buku tebal2. Masuk ke kelas, tuan haji bawak gitar, kami kena buat lirik lagu ikut rentak gitar yg dimainkan. Pas tu kena nyanyi lirik lagu tu. Best sangat. Tak pernah aku dapat pensyarah yg sporting dan baik mcm ni. Nk lulus pun senang. A dalam tangan. Lambat hantar assigment pun takpe, Tuan Haji terima alasan dan tugasan itu dengan senyuman.

Dalam peperiksaan akhir, kami diwajibkan buat lirik lagu untuk album Ella (lagu dimainkan pada ketika itu, dan kami kena tulis liriknya..fuh..jangan kata senang, susah oooo... ) dan beberapa bulan lepas tu, kami dapat dengar album ella tu..Lirik siapakah yg terpilih? entah la.. sebabnya masing2 tak hafal lirik tu.. .. yelah, kejar masa ...

ok lah..itu jer yg aku yg share kat sini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin!!



0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...