Ahad, 8 Mac 2009

Black Pepper Stik

Hai kengkawan? pegi mana cuti panjang ni? ada yang balik kg kan. Aku tak pegi mana2 pun, sbb hubby kerja. Biasalah laki ku itu, dalam sebulan hanya boleh sekali sabtu ahad jer cuti. Sedih...tp nk buat macam mana kan. Dh tugas kepada negara..cewah..konon!!
Ni dinner untuk malam ni. Western pulak. Asyik makan nasi jer, mesti boring kan!! ops...ni untuk kami berdua jer..ala2 candle light dinner gitu. Anak2 aku tak makan, sbb Irfan tu memang tekak melayu (hari2 mesti nk pekena nasi) dan si along plak dh kenyang makan petang tadi. So kami berdua jer lah yang balun benda ni....


Bahan-bahan
(untuk diperap pada daging)
>daging batang pinang - 3 keping
>herba tyme - 1 sudu kecil
>herba oregano- 1 sudu kecil
>serbuk lada hitam- 1 sudu kecil
>sedikit minyak zaitun
>sedikit garam dan serbuk perasa
* Gaul semua bahan diatas dan perap pada daging selama 15 minit

bahan kuah
>2 sudu mentega
>1 sudu tepung gandum
>bawang merah-dihiris nipis
>1/2 sudu serbuk lada hitam
>kentang-direbus dulu dan dipotong dadu
>cendawan butang-dipotong (aku guna strawberry mushroom)

Cara-cara
1.Daging yang diperap tadi, digrill dengan sedikit minyak zaitun di atas kuali hingga masak. Angkat dan letak dalam pinggan
2.Dalam kuali yg sama, tambah mentega dan goreng bawang merah dan cendawan butang hingga layu/perang.
3.Masukkan tepung gandum dan kacau hingga rata. Kemudian masukkan air, dan kacau hingga kuah sebati. (kalau suka kuah banyak, letaklah air lebih sikit)
4.Masukkan kentang, serbuk lada hitam, garam dan perasa. Biar kuah pekat sedikit dan bolehlah dicurah atas daging yg di grill tadi. Siap dan boleh dimakan dengan mayonis.










0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...