Rabu, 4 Mac 2009

Ayam Masak Merah

Ni lauk untuk tengahari ni. Dh tiga hari tak masak lauk ayam, budak2 kat umah ni rasa mcm dh setahun tak makan ayam. So hari ni buat ler ayam masak merah, paberet diorang.



Bahan-bahan
>ayam-digoreng dahulu
>bawang putih*
>bawang merah*
>halia*

>sos tomato
>cili kering kisar
>kulit kayu manis
>bunga lawang
>gula,garam,perasa


Cara-cara
1.Bahan yang bertanda * ditumbuk hingga lumat.
2.Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yg ditumbuk tadi
3.Bila dh garing, masukkan cili kering kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang.
4.Tumis lagi hingga cili masak/pecah minyak.
5.Masukkan sos tomato. Tambah sedikit air.
6. Masukkan pula ayam yg dah digoreng.
7.Letak gula, garam dan serbuk perasa.
8.Kalau suka boleh letak kacang pes dan bawang merah yg dipotong bulat. Kacau seketika dan siap.


Ni kari ikan duri

Ni plak singgang sotong. Tiru dari umah Farah..memang sedap...



0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...