Khamis, 26 Mac 2009

Rendang Daging

Disebabkan takde orang nk balik lunch hari ni, so boleh ler try menu baru. Stok daging pun masih banyak lagi dalam fridge tu (yelah, sekali beli satu paha lembu tuh) Kali ni buat rendang style kak Asma plak. Katanya ni rendang nenek moyang dia. Memang merbeles la rasanya. Rendang ni aku wat cicah ngan roti jer. Malas plak nk rebus nasi himpit. Mulalah datang penyakit 'M' tu...



Sori, kak Asma, copy and paste jer dr blog akak.. tp saya tak buat ler warna hitam, agak coklat sikit warnanyer

Bahan2nye
~1kg daging
~1/2 biji kelapa dibuat kerisik
~2biji kelapa ambil santan pekat 2mangkuk,santan cair 1mangkuk
~2 batang serai diketuk
~1 inci lengkuas diketuk
~2 helai daun salam
~1helai daun pandan(disimpul)
~2 helai daun kunyit(disimpul)
~garam
~rempah tumis 3 beradik
~1 labu bawang besar dihirisBahan kisar;
~10-15 biji bawang kecil
~15 tangkai lada kering
~6 ulas bawang putih
~1inci halia
~1sbesar lada hitam
~sedikit ketumbar*
~sedikit jintan halus*
~sedikit jintan kasar*(bahan* disangai dulu)

Cara-cara
1.panaskan kuali.bubuh sedikit minyak masak.tumis bahan penumis,masukkan bahan yang dikisar,lengkuas dan serai.
2.Tumis hingga terbit minyak.masukkan daun pandan dan daun salam.kemudian masukkan daging dan santan cair.bila telah mengelegak masukkan santan pekat,kerisik, garam dan daun kunyit.
3.Masakkan hingga kuah rendang ni pekat dan berwarna kehitam hitaman.Biarkan hingga kuah rendang ni betul betul pekat dan berwarna kehitam-hitaman. (tp aku tak la buat warna hitam,,dh la kulit laki ku itu pun itam.... ha,ha,ha...kalo dengo di mak mertua aku, sure kena smash, sedap2 jer kutuk anak dia...)


5 corat coret:

kakchik berkata...

salam petang noorma,
banyaknya sekali beli daging! rumah kakchik yang ramai orang ni pun beli 2 kali seminggu, itupun dalam 5 kilo je. ke kat sana susah nak cari daging segar? sebab tu beli satu peha tu.
tapi bila bekalan banyak senang pulak nak masak macam-macam kan. hari ni tak nak tukar lauk ke kita? noorma hulur semangkuk, kakchik boleh ganti dgn gulai udang, hehehe.

Noorma Ismail berkata...

kakchik, beli sepeha mcm tu murah sikit, kalo beli sikit2 kat pasar tu, daging fresh br sembelih ni sekilo dia jual rm24.00-28.00. Tapi kalo beli pukal mcm tu, sekilo dia kira rm11.00 mcm tu jer..kan dh untung...daging ni boleh simpan lama, asalkan jangan bagi kena air. Jom kita tukar lauk!!

dayang_jack berkata...

sedapnya rendang...kalo ade nasi kunyit hmmm, mau bertambah2...hehe

Noorma Ismail berkata...

saya ni dh mula dapat penyakit 'M' , Nk rebus ketupat nasi pun malas, inikan nk buat nasi kunyit...makan nasi goreng kunyit boleh la...he,he...

dayang_jack berkata...

hehehe.....sedap gak tu mkn rendang ngan nasi goreng kunyit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...