Rabu, 25 Mac 2009

Donut

Ugh..lega sikit kepala aku. Baru bangun tido ni. Lepas Hang Jebat pegi kerja semula tengahari tadi, aku makan ubat dan tido. Ni sume angkara malam tadi ler....bangun jer pagi tadi, dh start pening kepala.

Mana taknyer, bila member takde kat sebelah, aku memang tak lena tido. Pas tu plak, dalam pukul 5 lebih pagi tadi, tetiba jer alarm rumah aku berbunyi. Dh dekat 5 minit baru aku sedar, itupun sbb telefon aku berbunyi. Aku tak terus tutup alarm, hati ni dh berdebar, badan pun dh menggigil, yelah, aku dh la tinggal sorang, alarm rumah plak berbunyi. Orang pecah masuk ker? Skang ni dh start balik musim merompak, mencuri kat kawasan ni. Minggu lepas jer, 2 buah rumah dh kena.

Aku tengok di panel alarm tu, zon 2 menyala, huh, ada orang kopak sliding door ker... mau tak mau, aku matikan jugak bunyi bising alarm tu. Takut jiran sume marah nanti. Lepas tu, aku pelan2 turun bawah. Check sliding door, takde apa. Tengok basikal along jer yg jatuh.. sapa punya kerja ni, kucing atau manusia. Aku tak brani lagi nk bukak pintu, manalah tau kalo ada orang sembunyi kat luar garaj kete tu. Aku hidupkan balik alarm, dan rasa lega sikit, bila alarm dh tak berbunyi. Terus call laki aku, dia pun baru jer nk tido, tp tak habis kerja lagi. Dia kata takde apa2 la..dh nk pagi, mana ada orang nk mencuri masa ni? eee..geramnyer cakap..memang ler mulut cincaluk... nk tak nk, aku terpaksa tido dengan pedang panjang kat sebelah...tp apa fungsi pedang tu pun aku tak tau. Aku ni bukannyer pandai berkungfu, bersilat, berlawan segala bagai.

Bila laki dh balik, kena la masak untuk makan tengahari. Katanya dalam pukul 2.30 nanti, dia kena g Bangsar semula. Standby sampai pukul 7 malam. Tiga hari berturut-turut.
Donut ni aku buat untuk kengkawan laki aku yg kena standby untuk Persidangan Umno. Standby kat tnb bangsar jer. Daripada diorang sekejap2 keluar g kedai, naik kat kafe, baik ler aku sponsor kuih. Dapat gak pahala. Lagipun dh lama tak bersedekah.

Skang ni aku suka plak makan donut. Mana la badan tak tembun. Ish, takleh jadi ni, cukup bulan ni kena cari gak ubat diet. Mana leh biarkan. Kang kalo dh terlebih obesiti, tak pasal2 aku ni kena buat gstro bypass plak....tak nkkkkkkkk!!



0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...