Khamis, 5 Mac 2009

Pau

Hari ni wat pau pulak. Sebenarnya dh lama nk makan pau Yik Mun kat Tanjong Malim tu, tp tak kesampaian. Hang Jebat pulak dh tak outstation ke Tanjung Malim. Bulan ni asyik ke Bentong dan Bukit Tinggi jer

Minggu lepas dalam citer 'Warung Kita' (astro 105, 7.30mlm, setiap jumaat), ada plak citer pasal pau Yik Mun ni..lagi ler aku teringin... ish, takleh jadi ni. Mesti kena buat sendiri.

Adunan ni pakai tepung gandum jer.. tp still nampak putih kan... Intinyer, letak kacang merah dan juga daging.


Resepi, dr kak Fida (myr)

Bahan-bahan
>500 g tepung Hong Kong (3 3/4 cwn rata, 10 g=1sb rata)- ayak
>50 g gula halus (3 1/2 sb rata)
>250 ml air suam
>2 sk yis segera
>2 sk double acting baking powder
>1 sk garam halus
>40 g crisco / shortening (3 sb rata)
>inti kacang merah, dan inti daging cincang (aku guna inti Kima Sayuran, lebihan makan capati tu)

Cara-cara
1.Satukan air suam,gula,garamyis,baking powder dlm mangkuk mixer dan kacau rata lalu masukkan tepung dan diuli dgn hook beater hingga rata dan masukkan crisco dan putar lagi sehingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Sekiranya adunan masih melekit,tambah tepung dan uli terus.
2.Tutup mangkuk mixer dgn plastik dan perap doh selama 30 minit.
3.Ambil sedikit adunan dan dibulat2kan hingga habis.
4Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula(diponjot atasnye) ikut krativiti masing2.
5.Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang.Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
6.Kukus pau selama 10 minit atau sehingga masak dlm kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu

8 ulasan:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata...

Khabarnya (yang dibawa angin), pau tanjung malim TAK HALAL. betul ker?

hana berkata...

wowwww gebunyer pau muuuu!!!

cikwan berkata...

lawanyer pau noorma ni, kembong2..saya suka pau2 nih..hehh

Tanpa Nama berkata...

Lan..betul ker? aku tak tau pun, tapi kilang dan kedai tu memang dapat status halal.Aku pun ada tengok sijil tu kat kedai.Lain2 aku tak tau plak...(itu kisah 3 tahun lepas la..skang ni dh tak makan dh, sbb dh tak balik kg..)

Hana..gubu dan montok mcm tuan yg membuatnyer..ha,ha.ha..

Cikwan.. dh teringin, tu yg buat tu..

Unknown berkata...

Sedapnya... kakchik suka yang inti kacang merah dan inti kari ayam. Pau noorma nampak gebu je.

Dulu masa kat U selalu tengok pau Samudera kat cafe tapi tak berani nak beli sb org asyik cakap tak halal.

KakChik ada beli tepung pau tapi tak cuba pun lagi.

Cendana Kasih berkata...

ha..cuba kak chik,,senang jer..tp saya ni guna tepung gandum jer..

Kamsiah yusoff berkata...

wow....terbau sampai kat kulim harumnya...akak suka inti ayam/daging....

Cendana Kasih berkata...

Kak Kam, saya kalo beli pau, mesti nk sume jenis inti, kang kalo tak beli satu jenis tu, teringin la plak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...