Rabu, 4 Mac 2009

Chapati

Dinner malam ni, chapati. Sebenarnya dh lama tak makan chapati ni. Entah macammana tetiba jer teringat nk buat. Paberet mak aku ni. Of course la paberet arwah atuk aku jugak. Maklum ler..dh nama pun benggali, so ni makanan ruji diorang la...tp aku tak brapa suka sangat makan chapati ni. Dulu masa kat kg, kalo mak aku masak chapati, aku mesti tarik muka 14 (tak suka la konon)

Chapati ni guna tepung 'atta'. Aku beli yang paket. Tentunya tak sedap. Tepungnya agak kecoklatan. Kalau nk dapatkan chapati yg sdap, beli ler tepung timbang (kat kedai mamak), sbb tepungnya lebih putih. Kalau yg paket, tak brapa sedap la.... hasilnya chapati akan keras sikit. Kalau yang tepung berwarna putih, chapati tu lembut jer, simpan sampai esok pagi pun masih lembut lagi


Ini lawannya dengan chapati. Hari tu nampak resepi ni kat umah Anawahid, namanya Kima Sayuran. Aku idak plak tahu namanya, tahu masak jer... Selain daripada Kima ni, boleh gak makan dengan kari ayam/daging. Tapi dengan kari ikan ker, sambal sardin ke tak sesuai la ....



Resepinya, ni ikut style aku ler...

Bahan-bahan
>tepung atta
>sedikit planta
>sedikit garam
>air secukupnya

Cara-cara
1. Gaul tepung atta dengan sedikit planta dan garam. Tambah air dan uli hingga lembut.
2.Kemudian, perap selama beberapa jam. (kalau nk makan sebelah malam, tengahari tu bolehlah buat doh chapati ni)
3.Ambil sehelai tuala lembap dan selimutkan adunan chapati tu (agar adunan tidak kering)
Setelah diperap.....
4. Ambil sedikit adunan (agak2 sebesar gengaman) dan bulat2 kan. Kemudian, leperkan dia.
5.Pada papan canai, taburkan sedikit tepung atta agar adunan tidak melekat pada papan.
6.Canai adunan tadi (jangan terlalu nipis) Nanti keras plak. Agak2 ler...
7.Panaskan kuali leper, dan ambil adunan yg dicanai tadi dan bakar tanpa minyak.
8.Alih-alihkan kedua2 bahagian agar masak (masa memasak, chapati ni akan mengembung, awas jangan terkena wap panasnya, nanti melecur)
9.Bila dh masak, angkat dan sapukan sedikit minyak sapi pada chapati tadi. Siap dan bolehlah dimakan bersama Kima sayuran.

*Boleh faham ke keterangan kat atas tu. Ini mengikut cara aku ler...(yang mak aku ajar) tp kalo search kat MYR ada kot...

Untuk resepi Kima, klik sini yer...


0 corat coret:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...