Creamy Banana Split
Lepas makan nasi, kita jamu plak tekak dengan eskrem ni, creamy banana split. Dulu kat kepci ada banana split, tp skang dh takde kan.
| Ni aku buat versi coklat (untuk anak2 dan Jebat) |
Resipi amik daripada Ilham Dapur Mmg best ekrem ni. Jebat pun kata sedap, siap mintak tambah lagi !
Bahan-bahan
4-5 biji pisang -
2-3 sudu besar butter lembut
7-8 biji buah strawberi - dikisar dengan 2-3 sudu besar gula dan sedikit air (dalam 4-5 sudu),
ais krim perisa vanilla secukupnya
sedikit serbuk kayu manis
Cara-cara:
1. Pisang dibuang kulit dan dibelah dua.
2. Panaskan non stick pan, kemudian masukkan 1 sudu besar butter dan biar hingga butter cair.
3. Masukkan pisang dalam pan. Masak sehingga keperangan dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Masak sampai habis.
4. Susan pisang yang telah dimasak tadi dalam pinggan, taburkan dengan sedikit serbuk kayu manis. Letak pula satu scoop ais krim dan kemudian tuang sos stroberi yang telah siap dikisar tadi secukupnya.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati...Selamat Mencuba
| Ni aku punyer, ikut respi asal, letak sos stoberi. |
Buat CikMar yg slalu bertandang ke sini, terima kasih kerana bagi respond pada entri2 aku ni....tp macam mana nk buat kunjungan balas yer...takde blog ke? tingin jugak nk kenal CikMar dengan lebih dekat...


Ulasan
CikMar, sambil2 blajo masak tu, rodek2 plak nk buat blog. Disamping boleh bercerita ttg aktiviti harian, duit pun masyuk gak.. hehehe....