Isnin, 29 April 2013

Kung Pao Chicken

Salam..
Apa khabar...terima kasih kerana berkunjung lagi ke blog suam2 kuku ni. CK skrg ni bz menjahit la plak..nk siapkan jahitan sblm menjelang ramadhan. So masak pun kengkadang jer (menjahit lagi letih drpd buat kuih..adoiii laaa....)


Dah takde idea nk masak apa..last2 buat jer la kung pao chicken ni, CK dah pernah buat sblm ni. Kiranya ni kali kedua laa...

Bahan-bahan ( 4 orang )
Bahan A

600 gm ayam
tepung jagung
garam

Bahan B100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak utk menumis
garam-jika perlu
2 inci halia - ditumbuk halus

Cara-cara
1.Utk bahan A tadi - isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - kemudian goreng dan toskan
2.Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
3.Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
4.Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar
5.Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air.
6.Biarkan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api....


Sambal ikan tongkol. Kat rumah ni kalo takde lauk pedas,sure takde selera big boss nk makan


Daging goreng kunyit untuk anak2


opss... ada jugak masak lemak ikan tenggiri nan seketui. Saja buat  sbb masa kemas freezer,nampak ada sekeping ikan tenggiri. Emmm..buat jer la masak lemak pedas2.. budak2 tak sentuh lauk pedas2 ni


***************************


OK lahh... dah puas memandang lauk, moh tengok plak tempahan2 sepanjang minggu sudah. Ada yang kata CK ni dah pandai demand? hahaha..(cam artis la plak)  demand cemmana tu dik oiii... kalo order last minit, sure la CK tak layan. Sebab setiap minggu,tempahan pasti penuh. .hinggakan pada birthday CK sendiari, kena buat kek orang lain.. .Tiga pat ari ni jer CK tak ambik order sbb sibuk menjahit langsir dan segala bagai. 

Moist Choc Cake untuk si kembar Nazihah dan Nazirah. Order oleh Ara Jufry

Red Velvet Brownies dengan simple deco.Tak taw dah cemmana nk deco brownies. Untuk pensyarah CK di UM,Prof Dr Sidin dan RA2 nya.. diorder oleh rakan CK Prof Dr Siti Ezaleila. TQ Siti

Apam sentiasa menjadi mainan setiap hari. Kengkadang sampai malas dah nk snap gambar apam. 

Red Velvet Cupcakes. 

Portugies Egg Tart

Chicken puff



Satu la CK nk membebel kat sini, pada pelanggan yang collect kuih tu,please la tepati masa anda kerana CK seorang yang punctual. Janji pukul 2, pukul 1.45 CK sudah berada di lokasi penghantaran. Kalo lewat dalam 10-15 minit tu,normal laaa.. jalan kat bandar ni bukan mcm kat kg, tp kalo dah lewat hampir setengah jam? siap datang dengan muka selamba jer...minta maaf jauh sekali... panas la jugak hati. 
Lagi satu, CK tak suka la ada customer yang seronok dapat barang,tp liat nk bayar. Suruh husband bayarkan la,tp husband belum balik rumah lagi. Suruh bank in,takmo la plak. Siap suruh kita tunggu skali. Ingat kita ni apa? CK hargai setiap masa yang berlalu dan takkan membuang masa begitu saja. 

So..satu pesanan " INGAT, HARGAI MASA, CK PRIHATIN, ANDA BAGAIMANA?" (pinjam slogan sinar fm la plak..hahaha)


Isnin, 22 April 2013

Mee Rebus Perindu

Salam semua

Mari makan mee rebus yer. Request dari anak CK yang tak puas makan mee rebus kat mamak cendol ari tu. Kak Sheila pun tak merasa kan,,hehehe...takpe, meh makan sini plak


Sebelum ni dah pernah buat mee rebus ni dan mendapat pujian rakan2 , ia adalah gabungan pelbagai jenis respi mee rebus se-Malaysia....dah jadilah Mee Rebus Perindu. Kalo makan, pasti rindu nk makan lagi. .. kata kawan yg makan tu laaa... dan bila buat, sure teringat kat dia. Maaf yer cik Nia, hari ni tak dapat nk hantar sbb awak keje :(


Bahan kuah
7 biji bawang merah kecil*
3 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*tumbuk halus)
2 camca besar rempah kari daging
2 1/2 camca besar taucu, tumbuk lumat
500 g daging batang pinang- dihiris nipis
5 - 6 cawan air (tengok banyak mana nk kuahnya)
500gm keledek- direbus dan lecek halus
1 cm lengkuas, dititik
1/3 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar halus
1 batang serai- dititik
5 keping biskut merie- dikisar halus
Garam dan gula secukup rasa


Bahan lain

taugeh, buang ekor
tauhu goreng
cili hijau - dihiris
cili merah- hiris
daun sup, daun bawang- hiris halus
Bawang goreng secukupnya
cucur udang secukupnya
mee kuning

telur rebus

Cara-cara
Panaskan minyak, timis bahan yang ditumbuk hingga terbit bau. 
Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis lagi sampai serbuk kari masak
Kemudian masukkan air, daging diikuti dengan taucu. Masukkan sekali lengkuas yang dititik dan serai
Biar mendidih... kemudian, masukkan kacang yang ditumbuk, keledek yg dikisar dan biskut merie. Perisakan dengan gula, garam dan perasa (kuah mee rebus mmg rasa manis2 sikit)
Biar mendidih sekali lagi, sesuaikan kepekatan dan rasa dan bolehlah dihidangkan bersama mee dan bahan2 lain.


Punyalah teringin nk makan, tak cukup bahan pun belasah jer laa...takde daun sup dan daun bawang. Telur rebus pun takde (kes nk jimat telur utk baking kek...hahahah )
Kata along "waa...sama la mcm ari tu" ermmm...iyo laa...mee rebus kat mamak cendol mana ada daging :p

Jemput semua !! 

Sabtu, 13 April 2013

Bangkit Cheese dan tempahan sepanjang minggu

Salam
Apa khabar semua. Diharapkan sihat. Minggu lepas CK dh pos pasal biskut red pearl kan, dan minggu ni dapat plak tempahan bangkit cheese. Ermmm...nampaknya bahang syawal mula terasa. Pelanggan dah mula menempah biskut utk makan2 dan dijadikan sampel tempahan raya nanti. 

Bangkit cheese ni antara terlaris tahun lepas selain red pearl. Tahun ni CK ingat nk tumpu pada 2 jenis biskut ni jer..takmo buat banyak2 jenis macam tahun sudah. ( boleh ke? ) hahahahaha

Ok..meh layan antara jualan CK minggu ni. Alhamdulillah...rezeki anak2 dan kucing2... hehehe... *ye la, kucing2 CK tu high maintainance tawwww... Jebat takmo masuk campur, katanya bila CK decide nk bela budak berbulu tu, so kos semua kena tanggung sendiri. Tu tak campur lagi kos pegi check up kat vaterinar.

Pandan Sponge Cake. Layer pandan kastat dan deco fresh cream. Tempahan dari jiran CK untuk birthday anak lelakinya. TQ Yan

Red Velvet Brownies, tempahan dari kak Suraya di Seri Serdang. Terima kasih akak !!
Buat pertama kalinya dapat tempahan apam polkadot, tp takmo corak dot2. Pelanggan request buat jalur la plak. Senang kan... terima kasih Ela

Cheese tart. Order dari Prof Dr Siti Ezaleila, rakan CK masa kat UM dulu. TQ cik ct

Chicken puff dan sardin puff. Order oleh cik CT dan juga wakil jualan CKFood, Puan Nia Ellyssa. TQ semua 

Red Velvet Cake. Tempahan regular customer, cik puan Yun dari UPM. TQ dik. 


Oklah...terima kasih semua. Maaf atas segala kekurangan yang ada. CK sedia menerima komen2 dan pandangan  membina demi memberi kepuasan kepada pelanggan. Terima kasih !!

Untuk tempahan, boleh call/sms CK - 017-3617857 atau boleh order terus dari page CK Food


Khamis, 4 April 2013

Semuanya RED (Pearl and Velvet)

Salam

 Walaupun diluar musim perayaan, namun CK sentiasa menerima tempahan biskut. Kali ini tempahan biskut Red Pearl dari kak Baya. Akak ni mmg suka biskut red pearl, almond cluster dan cheese tart.


Dah alang2 siapkan tempahan orang, CK buat la sekali utk makan2 kat rumah. Dan macam biasalah, si Rayyan yang teruja nk makan. Belum masak lagi dah kecoh, sampai merajuk-rajuk dia...last tertido kat sofa.. cian !!

Dalam pinggan ni utk Rayyan. 


Dah siap 2 balang utk customer yang menempah. Lepas seal elok2, sorok kat tempat selamat. Bukan apa, kang ada plak yang berkenan (customer yang datang collect tempahan laaa) bila kata tak jual/dah ada orang, mula la buat muka kesian la, merajuk laaa...kita yg tak sampai ati ni terpaksa la mengalah..alamatnya...sendiri jugak yg penat sbb dua tiga kali kena buat keje 


Red Velvet Brownies


Red Velvet Cake


ok...sekian untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi 

Selasa, 2 April 2013

Pertunangan Anak Buah

Salam

Hari Sabtu lepas telah berlangsungnya pertunangan anak buah CK di Klang. Sebagai mak sedara, tolong la apa yg patut. Seronok melayan keletah anak2 saudara, menantu dan cucu2 yg  pelbagai peringkat umur. Kecoh , pelbagai insiden berlaku...apapun, semuanya kenangan manis utk dikenang sepanjang hayat.

 9 dulang hantaran bertema biru yg kami bawa. Sampai baju pun diwajibkan pakai biru...adoiii laaa.... Nampak coklat tu? ermmm...tau2 la  kan siapa yg bagi...hehehe.... 

Tunangan Mohd Hanafi (anak buah CK), Syakilla, orang Kg Sijangkang, Klang. Semoga pertunangan ini berakhir di jinjang pelamin.
** comel orangnya..sekali pandang mcm Tiz Zakiah pun ada... hehehe....

Sessi bergambar lepas sarung cincing. Opsss... gambar CK takde laaa... (off corse la, sbb CK jadi camerawoman...hehehe )

Majlis Pertunangan yg grand la jugak...mcm khemah pengantin
(tgk la anak buah tu - baju biru sebelah kiri sekali tu- orang kata jangan datang, dia buat muka derk jer datang...tak sabar2 nk kawin gamaknya )

Ni kakak CK, cikgu Salmah Ismail. Ada yg mengenalinya?  dulu pernah mengajar kat Victoria Institution dan La Salle Jalan Peel... pernah jadi guru kepada actor Khir Rahman katanya
** CK mintak biz kad, katanya "ishh...cikgu mana ada biz kad... tu yang dia korek2 hb dia tu, cari kertas...hehehe 

Inilah kakak ipar CK (kak Faizah) dan abang kesayanganku, kami panggil abang  Yacob, nama sebenar Zainal Abidin Ismail. 



ok...sampai sini dulu !!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...