Ahad, 28 September 2008

Putu Kacang

Raya tahun ni lebih kepada konsep retro (he,he,he..pada kuih2 rayalah....) Tahun ni takde lagi biskut almond london, mama carrey, biskut badam dan lain2 biskut terbaru. Tahun ni kami sekeluarga lebih suka cara lama, biskut makmur, putu kacang, kuih tiram, samperit,kuih siput, maruku, dll. Teringat zaman kanak2 dulu, suka tolong mak buat biskut. Cuma kuih bakar (bangkit) jer tak sempat nk buat. Dh penat sangat dh.


(inilah dia kuih orang dulu-dulu, putu kacang)

Bahan-bahan
>1 kilo kacang hijau
>1 kilo gula (tapi aku kurangkan sikit, dalam 3/4 kg)

Cara-cara
1.Kacang hijau digoreng dengan api perlahan hingga wangi. Kemudian, sejukkan kacang tu.
2.Bila dh sejuk, keluarkan kulit kacang (ini untuk menjadikan kuih putu kacang tu putih melepak)
3.Blender halus kacang hijau yang digoreng tadi.
4.Ayak tepung tadi.
5.Campurkan dengan gula, gaul rata biar sebati
6.Renjiskan sedikit air agar tepung kacang tadi dapat ditekan pada acuan
7.Letakkan tepung dalam acuan putu kacang, dan tekan padat2 pada acuan.Ambil pisau dan kikis lebihan tepung pada acuan (nanti dapatlah bentuk yang rata jer)
8.Keluarkan dr acuan dan susun dalam dulang
9.Jemur ditengah panas hingga kering (sehari pun dh cukup, kalau lama2 nanti keras kematu plak)

*Sebelum jemur, tutup dulang dengan selendang nipis dan klipkan pada tepi dulang. Kalau tidak, ada jer benda alah yang berminat dengan kuih ni....

Jumaat, 26 September 2008

Rendang Pedas Kuale

Resepi ni aku belajo dr mak aji tamin (arwah dh) Ala, yang glamer dengan kicap tamin tu lah...Masa dulu, umah aku dekat ngan umah dia.Ada sehari tu, jalan2 umah dia ngan mak, dia tgh masak rendang ayam ni. So, aku pun belajo lah....



Bahan-bahan
>ayam
>serai*
>lengkuas*
>halia*
>bawang merah*
>kerisik
>daun kunyit-dihiris halus
>cili kering kisar
>santan secukupnya
>bawang merah-dihiris
>minyak masak
>garam, serbuk perasa

Cara-cara
1.Ayam dibersihkan dan ketepikan
2.Bahan-bahan * dihiris nipis2 dan halus2 (rampai) *tak perlu blender yer, hiris nipis jer. Kemudian, ramas-ramaskan sume bahan tersebut agar lembut.
3.Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris tadi.
4.Setelah naik bau, masukkan pula bahan-bahan yang dihiris nipis/rampai. Kacau lagi.
5.Masukkan cili kering kisar, dan tumis hingga cili masak.
6.Masukkan santan, dan diikuti dengan ayam. Masak rendang macam biasa
7.Tambah kerisik, garam dan serbuk perasa
8.Bila dh hampir kering, barulah dimasukkan daun kunyit yang dihiris nipis tadi. Kacau dan bolehlah diangkat. Sedap dimakan bersama ketupat nasi atau lemang.

Sambal Daging

Resepi ni request from my hubby. Senang jer nk buat. Makan ngan nasi lemak pun sodap



Bahan-bahan
>daging secukupnya, dihiris nipis
>bawang merah*
>bawang putih*
>belacan*
>air asam jawa*
>cili kering*
>minyak masak
>bawang merah-dipotong bulat

Cara-cara
1.Kisar semua bahan-bahan bertanda *
2.Panaskan kuali, dan tumis bahan tadi hingga garing,pecah minyak
3.Masukkan daging. Tambah sedikit air untuk mengempukkan daging
4.Biar hingga kuah kering sedikit, dah tambah garam, gula dan serbuk perasa.
5.Akhir sekali, masukkan bawang merah yang dipotong bulat, kacau dan bolehlah diangkat.

Popia Goreng

Popia ni jadi kegemaran kami sekeluarga. Mudah jer nk sediakan. Sesuai untuk dihidang masa open house nanti.



Bahan-bahan
>sengkuang
>taugeh
>karot
>kacang panjang-hiris halus
*semua bahan2 ni direbus dulu dan toskan airnya

>udang kering
>kacang tanah
>bawang goreng
*bahan-bahan ini ditumbuk dan digaul rata

Cara-cara
1.Satukan sayur-sayuran yang direbus tadi dengan bahan yang ditumbuk. Gaul rata
2.Ambil sekeping kulit popia, dan masukkan bahan2 diatas dan gulung. Lekatkan dengan telur.
3.Goreng hingga garing

Bahan untuk sos cili
>cili merah
>halia
>garam
>gula
>cuka

Cara-cara
1.Halia dan cili merah ditumbuk hingga lumat
2.Masukkan dalam periuk. Tambah sedikit air
3.Tambah gula dan garam. Biarkan mendidih sebentar
4.Akhir sekali, sebelum ditutup api, masukkan cuka. Kacau dan siap.


Khamis, 25 September 2008

Kuah Kacang

Ni resepi kuah kacang yang aku cipta hasil gabungan beberapa resepi yang aku dapat. Kali ni senang jer bahan-bahannya. Takde lah complicated macam kuah kacang yang sebelum ni, resepi kak Mas. Rasanya pun sedap lah jugak, ala2 kuah satay kajang tu....





Bahan-bahan
>kacang tanah-dibakar hingga masak, kemudian ditumbuk kasar (bersama kulit)
>biskut lemak-beberapa keping-ditumbuk halus
>bawang merah-dihiris halus (ni kalo banyak lagi sedap)
>serai -dipotong nipis *
>cili kering-dicuci bersih dan dikerat*
>halia-dihiris nipis*
>sedikit lengkuas-dihiris nipis*
>air asam jawa
>susu pekat manis
>gula merah
>gula, garam, perasa

Cara-cara
1.Kacang tanah yang ditumbuk tadi dicampurkan bersama biskut lemak. Masukkan air. Gaul sebati. Kemudian masukkan gula
2.Masak kacang tadi di atas api hingga mendidih. Perlahankan api untuk tahap paling kecil.
3.Sementara itu, goreng bawang merah hingga kekuningan dan garing. Angkat dan toskan.
4.Goreng pula bahan-bahan* hingga keperangan. Angkat.
5.Masukkan semua bahan bergoreng tadi ke dalam blender. Masukkan air asam jawa dan kisar hingga halus
6.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan dikisar tadi hingga garing.
7.Masukkan ke dalam kuah kacang tadi
8.Perasakan gula, garam dan asam. Siap

Sabtu, 20 September 2008

Sotong Kangkung

Lama betul tak makan sotong kangkung ni. Kalau kat Bagan(penang), dish ni memang popular. Kalau kat KL ni, Yong Tau Fu jer lah....

Bahan-bahan
(kuah)
>cili kering kisar
>gula melaka
>kicap pekat
>sos tiram
>Otak udang (petis)
>air asam jawa
>bijan
>gula, garam
>tepung ubi (untuk memekatkan kuah)

Cara-cara
1.Bahan-bahan kuah, dimasukkan dalam periuk dan dimasak atas api sederhana hingga pekat (kuah ni kena ada rasa manis2 pedas).
2Bila dh siap, tabur bijan dan sejukkan dulu.


Bahan-bahan lain
>sotong kembang-potong dan celur
>sayur kangkung-potong dan celur
>fishball (optional)-dicelur
>timun-dihiris
>tauhu-digoreng dahulu dan dipotong
>kacang tanah-digoreng dahulu, dibuang kulit dan ditumbuk kasar

*Aturkan sotong, kangkung, fishball, timun dan tauhu dalam pinggan. Tuangkan kuah dan tabur dengan kacang tanah yang ditumbuk. Sedia untuk dinikmati.

Cheesy Banana Muffin

Si Irfan, suka sangat makan kek&muffin dan si Farisya plak suka makan cheese. So terhasillah banana muffin ni.


Bahan-bahan (8 biji muffin)
>2 biji pisang berangan masak-dilecek halus
>5 sudu besar tepung naik sendiri
>2 sudu besar gula halus
>1 sudu besar gula perang
>1/4 cawan susu cair
>1 keping cheese-koyak-koyakkan
>1/2 sudu kecil gliserin
>1/2 sudu kecil ovallet
>1/2 sudu kecil baking soda
>1 biji telur
>3 sudu besar minyak masak

Cara-cara
1.Panaskan susu cair dan sliced cheese atas api perlahan hingga cheese cair. Sejukkan
2.Dalam bekas, masukkan pisang lenyek, gula, telur, minyak, baking soda, ovallet dan gliserin. Kacau sebati.
3.Masukkan susu tadi. Gaul lagi. Jika cair, boleh tambah tepung.
4.Sendukkan dalam acuan muffin.
5.Bakar selama 30 minit dalam oven bersuhu 180'c

Sedap dimakan panas-panas. (muffin ni kalau sejuk pun masih lembut dan gebu)

Mee Goreng Mamak

Aku suka sangat makan mee goreng mamak. So, satu hari tu, aku intai lah mamak goreng mee tu masak. Oh...senang jer rupanya. Esoknya, aku pun cubalah...fuh..sama lah...Lepas tu aku sudah tak ke kedai mamak tu lagi. Dh la hilang satu pelanggan......


Bahan-bahan
>mee kuning secukupnya
>sambal tumis (apa2 sambal tumis, udang, sotong, ikan bilis pun boleh)
>bawang merah-hiris
>bawang putih-diketuk
>kicap
>telur pekat
>tauhu-dipotong
>cucur udang -optional
>sawi,
>taugeh
>garam,serbuk perasa
Cara-cara
1.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
2.Masukkan sambal tumis.Kacau sekejap
3.Masukkan tauhu dan cucur udang. Kacau lagi.
4.Tuang kicap. Ikut suka kalau suka kaler itam, tambah lagi.
5.Pecahkan telur, dan kacau lagi.Masukkan mee, sayur sawi, taugeh dan kacau sebati dengan bahan-bahan tadi.
6.Letakkan sedikit garam(sbb kicap tadi dh masin) dan serbuk perasa.
7.Kacau dan bolehlah diangkat.
Senang jer kan, masa memasak pun 5 minit jer.....

Pajeri Nenas Sempoi

Kalau ikut resepi my mom, nk buat pajeri nenas ni leceh sikit. Kena santan la, serbuk kari, dan macam2 lagi. Masa memasak pun lama. Sbb tu aku malas nk masak. Tapi kini, aku dh jumpa resepi pajeri nenas yang sedap dan mudah dimasak. Bahan-bahan pun sikit jer.

Bahan-bahan
>Nenas, dibuang kulit dan dipotong
>Bawang merah
>Bawang putih
>Halia
>Cili kering kisar
>Kerisik
>Udang kering
>Gula, garam, perasa

Cara-cara
1.Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga lumat
2. Tumis bahan-bahan tadi hingga naik bau.
3.Masukkan cili kering kisar. Tumis lagi hingga garing.
4.Bila cili dh pecah minyak, bolehlah dimasukkan nenas dan sedikit air.
5.Tambah kerisik dan udang kering. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa (pajeri biasanya manis2 pedas)
7.Biar kuah kering sedikit dan bolehlah diangkat

Senang kan... (pajeri ni tahan 2,3 hari sbb takde santan)

Sambal ayam

Lauk ni paling senang nk masak, especially kalau malas.... tp hubby aku tak kisah, janji mesti ada sambal (pedas)


Bahan-bahan
>ayam-dipotong dan dibersihkan
>serbuk kunyit
>bawang merah*
>bawang putih*
>halia*
>air asam
>cili kering kisar
>garam dan serbuk perasa

Cara-cara
1.Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng hingga garing
2.Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga lumat
3.Keluarkan sedikit lebihan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
4.Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak (cili masak)
5.Masukkan air asam jawa. Tambah serbuk perasa dan garam
6.Tunggu hingga kuah pekat sedikit dan barulah dimasukkan ayam goreng tadi.
7.Kacau rata dan bolehlah diangkat.

Khamis, 18 September 2008

Blueberri cheese tart

Resepi ni cedok dr myresepi. Buat alteration dari beberapa buah resepi yang ada kat situ, dan terhasillah blueberri cheese tart.

Bahan-bahan
(untuk pastri)
>250gm tepung gandum
>165gm mentega
>1/2 sudu teh esen vanila
>1/2 sudu teh lemon paste
>1/2 biji telur
>65gm gula halus

(untuk filling)
>250gm cream cheese
>50gm gula aising
>20gm mentega
>1 biji telur
>1 sudu besar tepung jagung
>1 sudu besar tepung kastat
>50ml susu cair/fresh cream
>sedikit esen vanila
>blueberri pie filling secukupnya

Cara-cara
1.Untuk membuat pastri, masukkan butter ke dalam mangkuk dan pukul bersama gula dan esen vanila hingga kembang
2.Masukkan telur, gaul lagi. Diikuti dengan tepung. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh.
3.Canai doh setebal 3-4mm. Masukkan ke dalam acuan tat/bekas muffin
4.Cucukkan dengan garfu, dan bakar secara blind bake selama 20 minit.

Sementara itu, siapkan pula bahan2 untuk filling
1.Didalam mangkuk, satukan cream cheese, mentega, dan gula aising.Pukul hingga kembang.
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Diikuti dengan susu cair dan tepung. Kacau hingga tepung sebati.
3.Bila dh siap, sendukkan bluebeeri ke dalam acuan pastri.
4.Kemudian, penuhkan pastri tadi dengan adunan cream cheese tadi.
5.Buat hingga semua aduanan pastri siap (kalau ada lebih, masukkan dalam tupperware dan boleh disimpan untuk kegunaan di lain hari)
6.Bakar selama 20 minit dengan suhu 180'c.

Dendeng Daging

Resepi ni request from my hubby. Jom kita kongsi resepi tu


Bahan-bahan
>daging-direbus dahulu, kemudian potong nipis-nipis
>sedikit kicap
>bawang merah*
>halia*
>cili kisar
>air asam jawa
>bawang goreng
>garam, gula, serbuk perasa

Cara-cara
1.Bahan yang bertanda * ditumbuk lumat
2.Daging yang dihiris tadi, digaul bersama kicap dan digoreng hingga garing.
3.Kemudian, tumis bawang dan halia yang ditumbuk tadi hingga garing.
4.Masukkan cili kisar(ikut suka kepedasan masing-masing). Biar hingga cili masak.
5.Masukkan air asam jawa, diikuti gula, garam dan serbuk perasa(resepi ni ada manis, masam, pedas, masin)
6.Biar kuah tadi kering.
7.Akhir sekali masukkan daging dan bawang goreng. Kacau rata dan bolehlah diangkat.

*lauk ni, kalau betul2 kering boleh tahan hingga 4 hari.

Selasa, 16 September 2008

Daging Goreng Halia

Masakan ringkas ketika malas.

Bahan-bahan
>daging-dihiris nipis
>serbuk kunyit*
>lada sulah*
>bawang putih*
>serbuk perasa*
>bawang putih-dicincang
>halia muda-dihiris nipis
>bawang besar-potong bulat
>lada benggala- potong bulat
>daun sup, daun bawang
>cili merah, cili padi-hiris atau belah 2
>garam secukup rasa
Cara-cara
1.Daging diperap bersama bahan-bahan bertanda * selama 1/2 jam
2.Panaskan minyak dan goreng daging tadi. Masukkan sedikit air untuk mengempukkan daging. Tunggu hingga kuah kering
3.Akhir sekali, masukkan bawang putih, halia muda, bawang besar, lada benggala, cili merah, cili padi, dan garam. Kacau rata
4.Akhir sekali, sebelum diangkat, masukkan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Lemak pucuk manis

Aku ni memang suka makan sayur. Lebih-lebih lagi lauk kampung. Kena plak ngan sambal belacan..huh..best!!

Bahan-bahan
>pucuk manis
>ubi keledek (guna labu pun sodap)
>udang hidup (udang kering pun boleh)
>bawang besar (dihiris)
>cili merah (dipotong)
>santan
>garam dan perasa

Cara-cara
1.Masukkan santan, bawang, cili, keledek dan masak hingga kuah mendidih.
2.Kemudian, barulah dimasukkan pucuk manis dan udang hidup.
3.Tambah garam dan serbuk perasa
4.Kacau rata, dan bolehlah dihidangkan.

Daging Salai Lemak Cili Padi

Resepi ni mak mertua aku yang ajar. Tapi lagi sedap kalau guna buah bacang muda...fuh, terangkat.... kat sini aku guna ubi kentang jer.. apapun, layannnnnnn

Bahan-bahan
>daging-dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan disalai
>cili padi*
>kunyit hidup*
>garam*
>kentang
>santan

Cara-cara
1.Bahan-bahan bertanda * ditumbuk lumat (petua-masa menumbuk masukkan garam bersama, untuk elak kuah pecah lemak masa memasak)
2.Masukkan santan dalam periuk bersama bahan-bahan ditumbuk, ubi kentang, dan daging salai. Masak hingga mendidih.
3.Tambah garam secukup rasa
4.Kacau hingga sebati, dan bolehlah dihidangkan
(*ni resepi orang negeri sembilan, memang tak guna bawang, tapi kalau korang nk letak pun boleh, tak kena tangkap polis pun)

Asam pedas ikan tenggiri

Hang Jebat aku memang suka ler lauk ni..maklum ler..orang Melaka.... Lagi sedap kalau guna ikan terubuk atau ikan parang. Tapi kat umah aku ni, ikan jenis banyak tulang mcm tu tak pernah beli. So buat ikan tenggiri aje...

Bahan-bahan
>ikan tenggiri
>cili kering*
>bawang merah*
>bawang putih*
>halia*
>belacan*
>serbuk kunyit*
>serai*
>halba campur
>air asam jawa
>daun kesum
>kacang bendi/terung
>minyak masak
>garam, perasa
>daun kesum
Cara-cara
1.Ikan dibersihkan
2.Bahan-bahan bertanda * dikisar hingga lumat
3.Panaskan periuk, dan masukkan minyak.
4.Tumis bahan2 yang dikisar tadi bersama halba campur. Biar rempah garing dan naik bau.
5.Masukkan air asam jawa, ikan, dan daun kesum. Biarkan hingga mendidih. Tambah garam secukup rasa. Bila ikan dan bendi masak, bolehlah dihidangkan.

Jumaat, 12 September 2008

Biskut bunga cina @samperit

Suasana hari raya mula terasa. Aku pun dh start buat biskut. Ni biskut pertama aku tahun ni. Terasa nk makan biskut lama2.Terjumpa plak kat myresepi, sumbangan cik Nor. Resepi kat bawah ni pun copy dr sana. Thanks yer cik Nor. Korang mesti cuba. Sedap sangat....



Bahan-bahan
~100gm mentega/marjerin
~90gm gula caster/halus
~1 biji telur (A)
~2 cawan tepung jagung
~1 cawan tepung ubi/kanji
~ceri merah utk hiasan (potong kecil2)

Cara-cara
1.Pukul mentega/marjerin dgn gula hingga putih(gebu). Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
2.Masukkan kedua2 tepung sikit demi sedikit hingga habis dan gaul sebati.
3.Ambil acuan bunga dahlia dan masukkan adunan kedalamnya dan picit direct atas loyang yg dah digriskan (lebih elok jika lapikkan loyang dgn baking paper)
4.Biasanya utk satu acuan tu boleh dpt 2 kuntum bunga cina. Sekiranya rasa susah nak kluar mungkin adunan terkeras sedikit, so amik sesudu kecil mentega/marjerin dan gaul pada adunan td hingga sebati
5.Picit adunan keatas loyang dan buat lah hingga habis. Letakkan ceri yg dah dipotong di atas bunga cina td
6.Bakar dalam oven (kepanasan 175C) sehingga masak (lebih kurang 15 minit bergantung pd saiz bunga tadi)
7.Bila dah masak, kluar kan loyang dari oven dan jgn terus usik (sbb masa tu biskut ni agak berderai).
8.Biarkan seketika dan alihkan ke redai supaya ia cepat sejuk. Hati2 masa mengalihkannya.
9.Simpan dalam bekas kedap udara bila biskut dah sejuk.
** kalau lepas kita bakar biskut ni dan kelopak bunga tu collapse/penyek tandanya doh dah terlembik, so tambahkan sikit tepung ya..

Karipap rangup

Kalau dulu aku buat karipap asyik tak brapa nk menjadi jer...kekadang tu liat ler..lembik ler...tapi lepas berkenalan ngan cikgu Hana dr Jepun ni, aku dh terrer buat karipap ni. Lepas 5 jam pun masih rangup lagi. Thanks Hana...

Bahan-bahan
(untuk doh)
~tepung gandum
~minyak masak
~butter
~garam
~air ais
*satukan sume bahan dan uli menjadi doh yang lembut. Rehatkan sekejap. Sambil tu boleh lah buat inti karipap plak
(inti)
~Ubi kentang--dipotong kiub kecil dan direbus dahulu (jimat masa)
~bawang besar-dipotong dadu kecil2
~daging cincang
~rempah kari daging
~daun sup, daun bawang
~garam dan serbuk perasa
Cara-cara
(inti)
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah hingga terbit bau.
2.Masukkan serbuk kari. Kacau rata.
3.Diikuti dengan daging kisar. Kacau lagi agar daging bercampur elok dengan serbuk kari.
4.Masukkan ubi kentang yang dh direbus tadi. Gaul rata
5.Setelah itu, masukkan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali, sebelum tutup api, masukkan daun sup dan daun bawang.
(karipap)
1.Ambil sedikit doh dan canai. Jangan terlalu tebal dan nipis.
2.Letakkan di atas acuan karipap.
3.Letak inti (ikut banyak mana suka)
4.Tangkupkan karipap tersebut agar bertemu. Untuk lebih selamat agar karipap tidak terbuka semasa menggoreng, kelim sekali lagi.
5.Bila dh siap sume, bolehlah digoreng dengan api yang perlahan.
*Tips:1. Kalau malas nk kelim karipap tu, sebelum tutupkan acuan, letak sedikit air diatas pasti di tepi gigi acuan tu. Ini untuk merapatkan lagi doh agar tidak terbuka semasa menggoreng.
2.Goreng karipap dengan api perlahan untuk elak karipap berbintil-bintil macam jerawat.

Sira Labu

First time tgk resepi ni kat Myresepi..mcm best jer...so aku pun try ler... fuh best desert orang pantai timur ni.... Skang ni kalau beli jer labu, mesti buat desert ni. Simpan dalam fridge dulu, bagi sejuk, lagi sedap makan. Thanks to LizaComel atas sumbangan resepi ni...



Bahan-bahan
~1 biji labu
~sedikit kapur makan
~gula melaka
~daun pandan
~air

Cara-cara
1. Labu dibersihkan dan dipotong
2.Lumur labu dengan kapur makan selama 15 minit (ini untuk mengeraskan labu tu)
3.Cuci labu bersih-bersih dan masukkan dalam periuk.
4.Masukkan juga daun pandan dan gula melaka.
5.Renjis sedikit air dalam periuk (kalau suka kuah, letak ler air lebih sikit pun takpe)
6.Masak labu dengan api perlahan selama 30 minit.
7.Siap dan bolehlah disejukkan dahulu sebelum makan.

Khamis, 11 September 2008

Pasta

Dh lama si Along request nk makan spegetti, tapi Hang Jebat tu bukannya suka makan western food ni (maklum ler..tekak pahlawan melayu, he,he,he....) So untuk lunch anak2ku tengahari ni, aku buat ler pasta untuk diaorang. Resepi ni dapat dr Yani,Myresepi. Sesapa yang malas nk ke myresipi tu, leh ler copy resepi tu kat sini. Sedap dan senang.


Bahan-bahan
~1 biji telur separuh masak
~spagetti secukupnya
~1 sudu besar mayonis
~1 sudu besar butter
~sedikit garam
~1 ulas bawang putih- dicincang
~1/2 biji bwg besar(sederhana saiz) - dicincang
~2 sudu besar minyak zaitun
~Parmesan cheese secukupnya
~Parsley kering secukupnya
~serbuk lada sulah/lada hitam

Cara-cara
1.Rebus pasta dengan sedikit garam sehingga masak dan toskan.
2.Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
3.Kemudian, masukkan pasta bersama dengan 5-6 sudu besar air rebusan pasta tadi. Kacau balik sekejap.
4.Kemudian masukkan pula butter dan mayonis ke dlm pasta tadi. Gaul rata. Adjust rasanya. Tambah garam kalau tak masin
5.Letak pasta ke dalam pinggan, taburkan dengan parmesan cheese, kemudian letaklah telur separuh masak dan taburkan daun pasley dan serbuk lada sulah/lada hitam.
*Kalau nak sesuaikan dengan tekak melayu, boleh masukkan potongan cili padi semasa tumis bawang.

Daging Goreng Kuning

Resepi ni paling senang nk masak kalau datang angin 'M'. Tapi lauk ni jadi peberet anak sulung aku, si Farisya. Dia suka kalau kuahnya digaul ngan nasi. Berpinggan-pinggan tambah nasi.

Bahan-bahan
~Daging-dihiris nipis
~Serbuk kunyit
~Bawang merah-hiris nipis
~Bawang putih-hiris nipis
~Halia-diracik
~Cili hijau, merah-dibelah 2
~Bawang besar-potong bulat
~Garam dan serbuk perasa
~Minyak masak

Cara-cara
1.Daging yang dihiris tadi digaul bersama serbuk kunyit.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris. Tumis hingga terbit bau
3.Masukkan daging yang digaul bersama serbuk kunyit tadi.Kacau sebentar dan tambah air untuk empukkan daging tu. Tutup sebentar kuali.
4. Biar kuah kering sedikit. Akhir sekali masukkan garam,serbuk perasa, cili dan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau dan bolehlah diangkat.

Kari Kepala Ikan

Macam biasa, kat umah ni kalau takde lauk kari memang tak sah. Kali ni plak kari kepala ikan jenahak.Nk harap Hang Jebat g memancing kat kolam bayar...hampeh...ni beli jer kat pasar borong selangor tu.

Kari kepala ikan jenahak (resepinya sama jer mcm resepi kari ikan merah aku tu. Tapi kalau nk sedap lagi, rempah kari tu di sangai dulu atas api perlahan. Baunya harum semerbak. Untuk kari kepala ikan ni, jangan guna banyak sangat santan, sbb ikan tu dh lemak, lebihkan air asam. Kuahnya biar pekat sikit. Baru la sedap.
Bahan-bahan
~ Ikan jenahak
~ Bawang putih
~ Bawang merah
~ Halia
~ Halba campur
~ Rempah kari ikan
~ Santan-sikit jer
~ Air asam jawa
~ Sedikit taucu
~ Tomato
~ Bendi
~ Cili hijau/merah
~ Daun kari
~ Garam dan serbuk perasa
Cara-cara
1.Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat
2.Tumis bahan ditumbuk bersama halba campur dan serbuk kari. Tumis hingga naik bau dan garing
3.Masukkan serbuk kari ikan, kacau segera agar bercampur dengan minyak tadi. Jangan sampai hangus
4.Masukkan air. Kacau lagi dan tutup periuk. Biarkan hingga rempah masak dan naik minyak
5.Masukkan air asam jawa yang diperah bersama santan. Kacau rata. Masukkan taucu
6.Masukkan air (banyak mana kuah yang dikehendaki). Biar mendidih seketika
7.Masukkan kepala ikan, isi dan bendi. Sesuaikan rasa garam dan serbuk perasa. Biar mendidih dan naik minyak
8.Akhir sekali, masukkan tomato dan cili hijau. Kacau dan bolehlah ditutup api.
Kari ni sedap makan ngan nasi putih bersama appalam.

Cencaru Sumbat

Ni lauk paberet aku dr kecik sampai la skang ni. Time mak aku kat kg dulu, suka buat dengan ikan kembung yang besar tu. Lemak2 jer rasanya. Ni plak versi ikan cencaru

Bahan-bahan
~2 ekor ikan cencaru (disiang dan dibelah dibahagian belakangnya)
~Bawang merah
~Cili merah
~Belacan
~Air asam jawa
~Gula
~Garam
~Serbuk perasa

Cara-cara
1.Bawang merah ditumbuk bersama cili merah dan belacan hingga lumat
2.Masukkan bersama air asam jawa pekat (pekat yer...bukan pekak)
3.Letak juga garam, perasa dan gula.
4.Sumbat ke dalam ikan
5.Goreng hingga masak/garing
*boleh juga dibakar, tapi aku lebih suka goreng. Lebihan minyak masa menggoreng tu, boleh siram kat atas ikan

Sweet and sour

Ni aku nk share resepi ikan bawal sweet and sour plak. Resepi mak aku nih....


Bahan-bahan
~Ikan bawal- digoreng dahulu
~Bawang merah
~Halia
~Cili kering -dikisar
~Sos tomato
~Gula
~Garam
~Serbuk perasa
~Bawang besar-dihiris bulat
~Daun sup, dan daun bawang-untuk ditabur

Cara-cara
1.Bawang merah dan halia di tumbuk lumat
2.Tumis bahan ditumbuk hingga naik bau
3.Masukkan cili kering kisar.Goreng hingga garing
4.Masukkan sedikit air kemudian diikuti dengan sos tomato
5.Sesuaikan rasa manis, masam masin dengan menambah gula, garam dan sebuk perasa
6.Biar kuah pekat sikit. Masukkan ikan, diikuti dengan bawang besar yang dihiris bulat.
7. Siap, dan bolehlah ditabur dengan daun sup dan daun bawang.

Selasa, 9 September 2008

Tempe Sos Tiram

Sedar tak sedar, dah banyak tempe dalam peti ais tu. Hang jebat ku asyik beli tempe jer setiap kali pergi pasar. Nak buat sambal dah jemu, nk buat kuah lodeh penyakit 'M" pulak dh datang. Lagipun buat kuah lodeh ni banyak bahan2 nyer. Leceh la.
Nak buat kari??ish, tak pernah dibuat orang. Rasanya memang tak boleh la tempe masak kari. Nanti membazir plak bawang dan rempah aku tu.
So, selak la buku resepi. Terjumpalah satu resepi tempe ni. Ada la kelainan sikit.So aku pun cubalah. Tambah cili padi sikit untuk sesuaikan dengan tekak hang jebat ku itu. Dia tu kalau takde lauk pedas, tak sah.

Meh kita share resepi ringkas tu kat sini.

Tempe Sos Tiram

Bahan-bahan
~Sekeping tempe
~Sedikit sos tiram
~Bawang merah-hiris
~Bawang putih-hiris
~Halia-hiris
~Cili merah, cili hijau, cili padi-dihiris
~Ikan Bilis - digoreng dahulu
~Gula, garam, serbuk perasa

Cara-cara
1. Tempe dipotong nipis dan digoreng hingga garing
2.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau
3.Masukkan cili yang dihiris
4.Masukkan sos tiram.
5.Akhir sekali masukkan tempe dan ikan bilis, dan sesuaikan rasanya.
6.Siap

Bayam Tumis Udang


Masa aku kecik2 dulu, aku ni suka sangat dok ngan arwah makcik. Mula2 kat Penang, pas tu di Kulim Kedah. Makcik aku ni memang pandai masak. Dan salah satu lauk peberet yang aku suka ialah sayur bayam goreng ni. Resepi ni memang mudah. Bak kata mak mertua aku, kucing takde ekor pun boleh masak. Aku jawab balik..."memanglah mak, sbb kucing tu peduli apa dia ada ekor ke takde ekor..kalau dia nk masak, masak jer lah"...he,he,he...



Meh kita share resepi sayur tu..

Sayur Bayam Goreng

Bahan-bahan
~seikat daun bayam (dibersihkan dan dipotong)
~bawang putih
~udang hidup
~lada hitam
~serbuk perasa, garam
~minyak masak-untuk menumis

Cara-cara
1.Bawang putih ditumbuk bersama lada hitam dan udang. Udang ni takyah la bagi hancur sangat. Nanti tak nampak plak udang tu (ha, inilah kelainan sayur ni, selalu tu orang letak udang hidup sekor2 dalam sayur, tapi makcik aku tumbuk plak)
2.Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga naik bau
3.Masukkan sayur dan air. Tutup sebentar
4. Perasakan dengan garam dan ajinomoto(kalau suka la) Nk letak meggie secukup rasa pun boleh.
5.Kacau dan siap

Senang kan ! Cubalah....

Isnin, 8 September 2008

Sup Cendawan

Semalam g jalan2 kat tesco, terpandanglah aneka cendawan yang kiut miut. Teringat plak nk makan sup cendawan. Alkisah bermula masa party reunion bulan 7 ari tuh. Kawan aku si Lida bawak lah sup cendawan. Sedap lah plak. Nasib baik si Ro'z mintak resepi. Tapi last2 dia plak yang tak salin resepi ni. Takpe lah..aku dh tepek kat sini.
So hari ni dapatlah aku masak sup ni. Yang bestnya sup ni, masa makan tu macam treasure hunt. Macam2 ada.....


Meh kita share resepi tu kat sini. (jangan marah yer Lida)

Sup Cendawan Lida (amik nama asal yang empunya resepi)

Bahan-bahan
~Isi ayam-dipotong kiub
~Udang~Sotong~Aneka fishball (udang, sotong, ikan-potong bite saiz)
~Pelbagai jenis cendawan (shitake, jarum, dll)
~Tauhu jepun -digoreng dahulu
~Crab stick-dipotong
~Putih telur
~Tepung jagung
~Bawang putih, bawang merah-dihiris nipis
~Lada sulah

Cara-caranya
1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan lada sulah. Kacau lagi kemudian masukkan air.
2.Bila dh mendidih, masukkan isi ayam, udang, sotong, tauhu jepun, fishball. Biar mendidih sekejap, kemudian masukkan aneka cendawan tadi.
3.Masukkan garam dan serbuk perasa.
4.Akhir sekali, masukkan tepung jagung dan putih telur sambil terus dikacau. Tunggu sebentar dan biar kuah agak pekat.
5.Bolehlah dihidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...