Rabu, 30 Jun 2010

Kuih Lapis Pisang

Salam semua... juadah minum petang hari ini sesuatu yang baru kat dapur aku. KUIH LAPIS PISANG. Ni kalo mak mertua aku tengok, mesti jeles ni...wakahkahkah...

Resipi amik kat umah Yati USA (Yatie ni punyer lah rajin buat kuih lapis, boleh dikatakan tiap2 hari buat kuih lapis gamaknyer...sampai aku bagi title Ratu Kuih Lapis kat dia ni..hehehe...) Asalnya pagi tadi salin respi kuih lapis kacang ijau. Tapi memandangkan kat rumah ni ada pisang, so buat ler Lapis Pisang ni dulu. Hasilnya..memang sedap ko..betul kata Yati. Time kasih yer Yatie..cayung kat awak !!!

Bahan-Bahannya:-Bahan A
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 sm tepung beras
2 sm tepung kastard/jagung

Bahan B
1 cawan pisang - dilecek
1/4 cawan air

Bahan C
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah

Cara-caranya:-•campurkan semua bahan A dan kacau sehingga sebati. bahagikan kepada 2 bahagian.
•campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata
•campurkan satu bahagian lagi dengan bahan C dan kacau rata
•Guna loyang bulat 7 inci, sapu sedikit minyak.
•Tuang hampir 3/4 cawan adunan B. kukus selama 8 minit
•Kemudian tuang 1/3 cawan adunan merah dan kukus selama 8 minit.
•ulang sehingga habis.





Sup Tauhu+Cendawan

Hidangan makan tengahari kami.Cepat sikit aku masak hari ni, bangun jer pagi, terus tung tang tung tang kat dapur. Sebabnyer, si Ryan skang ni tak boleh nk renggang. Nk kena mengendong jer ke sana, ke mari..tension aku dibuatnyer.. bila letak kat bawah, mulalah melalak...

Sup tauhu lembut + cendawan + telur puyuh. Menghabiskan stok telur puyuh dalam esbox tu.

Aduhai ikan keli... masih ada sekor dua untuk makan keluarga. Kata Hang Jebat aku, ujung tahun ni dia nak buat projek keli semula, sebab permintaan keli semakin meningkat. Mana taknyer, tiap kali pegi kedai runcit, tokeh kedai tu mesti suruh laki aku buat keli semula. Kedai2 makan yang kami hantar keli dulu pun mintak. Itu satu hal, permintaan benih keli pun agak bagus. So laki aku kena fikir panjang kalo nk buat semula projek keli ni, bukan apa, keli ni makan banyak. Satu minggu jer perlukan 2 guni palet. Duit kena banyak ooo...

Kangkung goreng belacan.

Disamping tu, aku sempat gak buat sambal tempoyak masa laki aku tengah mandi. Berjam2 dia mandi, rupanyer membasuh span filter ikan. Lama sangat menunggu, so aku buat ler sambal tempoyak..sori, gambo tak sempat nk amik..anak2 dh angkat tangan baca doa..




Selasa, 29 Jun 2010

Little Germ Dessert

Dah beberapa hari aku teringin sangat nk makan desert ni, sampai termimpi2 ko.. dan semalam aku pergi jugak mencari barang2nyer. Bila sume dh dapat, kelapa muda plak habis..so tangguh ler sampai ke waktu dan ketika ini.

Sedap sangat desert ni (bagi tekak aku ler..) yang pertama kali buat hari tu, aku guna sengkuang biasa jer, tp kali ni guna waterchesnut plak. Memang lagi sedap lah..

Kali ni aku bagi nama little germ plak, sbb aku suka main games Germ Swap kat internet ni..hehehe... Dengan gabungan air kelapa, isi kelapa, waterchessnut dan nagka masak, memang best makan waktu tengahari macam ni...

Resipi asal diberi nama Thap Tim Krob (red rubby dessert) Memang warna asalnya merah macam biji buah delima tu, tp aku jer memandai pegi ubah warna dia.. biar kalerful sikit, kali ni buat warna biru, merah, kuning dan hijau. (alamak, warna biru dh tukar jadi kaler purple plak..ni mesti over expose ni..)


Jom enjoy dessert yang best ni...




Inilah dia rupanyer Waterchesnut tu.. (untuk anak-anak & adik-adik yang tak kenal...)kupas kulitnya dulu yer

Isnin, 28 Jun 2010

Bubur kacang durian

Salam semua...

Petang ni kami minum petang dengan bubur kacang durian. Pagi tadi dh tengok Yati US tayang kuih lapis kacang hijau dia..alamak..lambat plak..kalo tak dh tentu kami makan kuih lapis petang ni..takpe lah...nanti pegi kedai beli kacang ijau lagi (bukan nk bagi toyol bilang kacang ijau tu yer..tp nk buat Kuih Lapis laa...)

Durian ni kami beli kat PD masa g bercuti ari tuh, so isinya aku letak dalam tupperware dan frozenkan (petua diberi oleh kawanku Zarina) Bila nk makan, defrost'kan dan bolehlah dimasukkan dalam bubur ataupun makan jer macam tu...kesedapannya masih terpelihara..

Tapi kat KL ni pun dh banyak durian (datang dari Johor) tp kalo makan gitu jer, aku tetap pilih durian dari Bentong (bukan ler dr umah CikMin yer..) Kata laki aku, Bentong pun bakal keluar durian tak lama lagi...bestnyer..





Citer hari ini : Lambat sikit update blog hari ni..takde mood laa..pening kepala plak tu.. Dah 2 hari pening kepala ni, pening memikirkan keputusan yang telah dibuat..itulah, terlampau memilih sangat, last2 terpilih batang tebu...huhhhhh...

Ahad, 27 Jun 2010

Asam Pedas Daging Tetel (2)

Salam semua..slamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang...

Hari ni masak asam pedal daging tetel plak. Tapi respi kali ni lain sikit. Lagi sedap kot..entah ler.... tapi kuah asam pedas ni pekat sikit, memang sesuai untuk cicah cekodok bila petang nanti. Idak pun makan ngan lempeng kelapa. Kalo malas lagi, cicah jer ngan roti putih...meh tgk respinyer



Bahan-bahan
-daging dan tetel secukupnya -direbus dahulu hingga empuk (simpan air rebusannya)
-3 ulas bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci halia*
-serai*
-1/2 inci lengkuas* (kuantiti lengkuas kurang setengah dr kuantiti halia...so korang kira ler yer..)
-2 biji buah keras*
-sedikit belacan*
-20 biji cili kering-dipotong dan direbus dahulu)*kalau nk pedas boleh tambah
-daun kesom
-bunga kantan (kalo suka)
-daun limau purut
- 2 sudu makan sos nampla
-2 sudu makan air limau nipis
-air asam jawa
-minyak masak
-garam, perasa


Cara-cara
-bahan-bahan bertanda * dikisar halus bersama air asam jawa.
-panaskan periuk dan tumis bahan yang dikisar halus tadi hingga pecah minyak dan wangi
-masukkan sedikit air rebusan dan daging. Boleh tambah air lagi kalo nk kuah lebih
-tunggu hingga kuah mendidih dan bolehlah dimasukkan sos nampa dan air limau nipis.
-Campakkan daun limau purut, daun kesom dan bunga kantan.
-Biar mendidih lagi, dan bolehlah dirasakan garam dan tambah serbuk perasa. Siap..














Sabtu, 26 Jun 2010

Menu Hari Sabtu

Salam hari Sabtu buat semua kengkawan...dh masak ke?? Hari ni masak lauk paberet Hang Jebat la plak, masak lomak cili padi. Kali ni aku rencahkan dengan kubis jeruk (style mak mertua aku) Lawan dengan masak lemak cili padi ni, tumbukkan pulak sambal tempoyak.Cicah plak ngan bendi rebus. Memang bulat la perut laki aku kalo makan lauk2 cenggini...

Gulai Lemak cili padi ikan merah + kubis jeruk. Guna cili pagi kampung lagi 'kick' tapi kat umah aku ni kalo terlebih makan cili padi kampung, mulalah satu rumah sakit perut...akhirnya kena la togok 100plus banyak2.

Untuk anak-anak, masakkan ayam masak kicap untuk diorang. Cukuplah tu yer...


Bendi celur


sambal tempoyak dan budu.










P/s: Ada kawan2 cakap aku pandai masak lauk...yelah kot, kalo masak lauk untuk kenduri kendara tak kisah punyer, aku boleh masak sorang2...tapi kalo bab buat kek/muffin memang fail ler...takde bakat langsung. Gamaknyer kerja2 membaking ni perlukan kesabaran kot, yelah kena bakar satu2, kena tunggu sampai masak. Aku plak jenis nk cepat siap jer.. mana nk berebut masa ngan si kecik lagi, yg 2 ketui tu lagi...

Jumaat, 25 Jun 2010

Kuih Dadar Manis

Minum petang hari ini, buat kuih ketayap/dadar manis plak. Inti kelapa masih banyak dalam freezer, jadi bolehlah masak kuih yang dh lama tak buat ni. Cadangnya hari ni nak buat apam blossom, tapi macam malas ler plak. Aku dh tiga kali keluarkan mixer, tapi lepas tu aku simpan balik. Inilah yang dikatakan, kalo takde seru, tak menjadi kerja/rancangan.

Sukanyer Hang Jebat aku makan, maklumlah dh lama bini dia tak buat kuih2 cenggini. Satu lagi peberet dia ialah kuih 'Buah Melaka" cis...nama negeri dia jer.. gamaknyer kalo ada kuih Buah Johor/negeri sembilan, dia makan tak???



Ok..sampai sini dulu. Slamat Menjamu Mata di blog aku ni yer..kalo nk datang makan, call awal sehari yer..nanti aku siapkan menu special utk korang :)


Kerabu Kacang Botol

Aik? dua hari asyik buat kerabu jer?? apahal ni??
Kerabu kacang botol ini aku buat sbb kak Asma berjaya menggoncang naluri rasa aku beberapa minggu lepas. Tapi nk mencari kacang botol kat kedai runcit sini agak susah. Kalo ke Pasar Borong tu bolehlah dapat. Aku plak jarang ke pasar borong, melainkan ada hal tertentu jer (cth, nk beli plastik beg ikan, beli kelapa muda, beli ikan dll.




Kari kepala ikan bayan. Korang kenal tak ikan Bayan? ikan ni warna biru. Isinya rasa macam ketam, sebab ikan ni makan ketam. Yer ker ikan makan ketam? entah laa...org jual tu la yang cakap, tp isinya mmg rasa macam crabstik. Aku memang takleh makan ketam, so dapat makan ikan perasa ketam pun ok gak kan....


Ikan kerisi goreng sambal, eh..banyak plak respi ikan hari ini. Permintaan Hang Jebat suruh goreng ikan kerisi ni dan buat sambal...







Khamis, 24 Jun 2010

Kerabu Mangga

Hari ni masukkan entri sambil meriba si conet ni..sibuk betul si Ryan skang ni, takmo tido plak dia..sib baik sempat masak hari ni.

Sori yer kengkawan..layan gambo jer lah dulu, tak sempat nk tulis respi. Si kecik ni pun dok memegang tangan aku ni hah....


Kerabu mangga ni amik respi dr umah Kak Hanieliza. Google ler kat sana ek... (ni dh bukan mangga muda, dh hampir masak, ok lah jugak kan...kalo masam-masam sangat kang, berkedut plak muka aku ni..hahaha

Siakap kukus taucu. Kami dh suka respi ikan kukus letak taucu cenggini. Chinese style.





P/s:Ada lagi lauk belum disiapkan. Mesti kena ada sambal tumis, sayur goreng dan ikan/ayam goreng. Ni masuk yang mana sempat jer dulu. Nak sambung masak balik ni...OK yer...BYE !!!

Rabu, 23 Jun 2010

Tart Nenas

Akhirnya, terlaksana jua projek sekut raya ni.. testing,testing...puasa dh nak dekat. Masa puasa esok bukannya boleh rasa kuih2 ni, so aku buat dulu yer...makan puas2. ..ops..bukan nk niaga yer, sekadar makan2 anak beranak jer. Hari ni aku ter'lebih' rajin sikit. Entah dapat vitamin 'R' dr sapa idak ler dapat dikenalpasti.

Jeles tengok kak Ina SGTV tayang sekut ni bulan lepas. Lama jugak tertangguh sebab aku dok mencari acuannya. Akhirnya jumpa jugak.. Aku ni memang peminat tart nenas, tak kiralah dalam rupa bentuk apa sekalipun, janji tart nenas. Raya ni kompom ler ada biskut ni dalam balang kuih raya umah aku...hehehe...









p/s: Beberapa minggu lepas, seorang rakan hubby ada bagi kami tart nenas, buah tangan dari bapa mertuanya yg melancong ke Korea. Sedapnyer tart nenas tu. Saiznya agak besar.Sebesar genggaman tangan. Makan sebijik pun dh puas. Kulit tartnya gebu dan lembut, manakala jem nenas kat dalamnya lembik. Memang sedap lah...


Selasa, 22 Jun 2010

Bubur Pulut Itam

Juadah minum petang hari ini, masak bubur la plak. Kat rumah ni kalo masak bubur, agak kureng sikit sambutannya. Tapi takkan nk ikut tekak diorang jer kan. Tapi takpe, masak bubur banyak pun tak rugi, boleh bagi kat jiran2 tetangga.


Bubur pulut itam ni, kalo letak durian lagi terangkat. Tapi lupa plak nk letak durian tu. Takpelah... macam ni pon sodap.





p/s: Ingat nk pegi pasar tani la kejap lagi.Nk beli pokok 'Gerode'. Hari tu dh beli sepokok, tak lama lepas tu mati la plak. Laki aku kata makan di binatang2 halus spt semut dll. Pokok ni mmg elok kalo ada baby kecik. Menghalau benda2 tak baik la... (ni bukan aku cakap yer..orang tua2 yang cakap)
inilah dia pokok gerode

Masak Lemak Puyuh & Siakap Masam Manis

Salam tengahari semua. Korang dh lunch ker?Hari ni aku masak cepat sikit, menghabiskan stok burung puyuh yang dibeli dr kawan Hang Jebat, encik Nizam. Kalo ikutkan laki aku, dia suruh goreng berempah jer puyuh ni, tp aku nk merasa ler buat masak lemak. Tingat kat mak angkat aku, yang suka masak gulai lemak jenis pekat2 cenggini.

Makanan dh tersedia dihidang. Sib baik Hang Jebat balik cepat. Kalo idak, naya jer aku masak beria2 cenggini. (budu+ulam kcang botol tu untuk aku)

Puyuh ni lebih sedap kalo disalai dulu. Tapi aku malas dh nak menyalai, aku lebur jer dalam periuk macam buat masak lemak ayam tu. Kiranya ni ayam keciklah yer.. Sedap...Aku campur dengan ubi kentang.

Lawan gulai lemak puyuh tu, aku masak ler Siakap Masam Manis. Campur nenas sikit. Lagilah manis, tambah plak nenas sarawak. Wallah...ada belance daun salad, aku letak jer kat tepi ikan tu. Sukanyer anak2 tgk lauk lawa2 macam ni.

Sambal tempe. Tergoda tgk kat umah kak Asma semalam. Apa lagi, masa pegi pasaraya, terus le beli tempe sepaket. Kat umah ni sume orang suka makan tempe. Kengkadang tu kami sengaja pegi ke Pekan Sungai Besi semata2 nk beli tempe celop tepung. Aku plak suka beli keladi goreng. Best kalo cicah ngan sambal kicap. Ceh..dh jawa ler plak. Gasak ler..kita kan 1 Malaysia..



P/s: Aku ni kan, boleh makan apa saja masakan dr merata negeri dan daerah. So kalo ke sesuatu tempat, idak ler aku jadi gayat/jakun.Tapi kalo mak aku, dia takleh masuk dengan makanan negeri lain. Mesti nk makan kari dan makanan yang sesuai dengan tekak dia jer. Ada jer komplen mak aku tuh bila orang lain masak tak kena dengan selera dia.. aku pun kengkadang kena. Penat masak macam2 last2 dia kata tak sedap. Padahal orang lain cakap sedap dh. So sebagai anak, aku pekakkan telinga jer lah...

Isnin, 21 Jun 2010

Karipap

Salam semua... dh minum petang ker? Agak sibuk sikit bila anak2 dh mula sekolah ni. Sehari suntuk asyik melayan si kecik tu jer. Maklumlah 2 minggu dia ada kakak dan abang yang melayan, dan seminggu papa plak bercuti dan main2 ngan dia. So bila semua dh kembali ke rutin harian, dia macam tercari-cari. Kejap2 asyik




Hari ni aku buat karipap la plak. Inti keledek. Teringat plak karipap kat Pantai Tanjung Puteri yang sedap tu. Lama dah tak ke sana.

karipap yang dh siap dikelim.








karipap yang digoreng separuh masak. Simpan kat dalam freezer untuk digoreng esok pagi.











p/s: tak sabar nk tunggu malam nanti, tengok citer Arjuna @ tv3. Minat sangat ngan Remy Ishak dan Arman Graseka.



Alfredo Portobello Spegheti

Slamat pagi...memulakan tugas macam biasa, dan anak2 pun dh kembali ke sekolah. Rasanya baru semalam jer diorang cuti....kan bagus kalo cuti sebulan....
Huish..terbelit lidah aku nk menyebut nama menu ni. Tapi nk memasaknyer senang sangat. Sekejap jer..

Inilah sos spegheti yang aku beli. Tulis kat dalam direction tu guna fettuchini, tp aku bantai jer ngan spegheti. Sukati aku lah yer... nk pakai kuetiau ker, bihun ker...kahkahkah.....


Bahan2 penyedap kat dalamnya ialah sosej, cendawan butang, crabstick dan isi ayam. Lupa plak nk letak carot.

Selalu aku buat spegheti, banyak Irfan makan, sampai berulang2, tp kali ni dia tak brapa suka la plak. Dia lebih suka spegheti carbonara yang aku buat sendiri tu. Campur mayonis. Yang ni kureng la plak. Dia makan sekali jer, itupun sikit jer..sakit jer ati aku. Sib baik si Along boleh makan.

Ahad, 20 Jun 2010

Carrot Milk

Lepas jer masak tadi, melunaskan impian nk minum carrot susu. Dh lama nk buat, tp asyik tertangguh jer, ada jer kerja nk buat kat umah ni...
Jap tadi, terasa dahaga, air teh ada kat atas meja tuh, tp tak mo plak minum. So merajinkan diri blender karot ni...

Kalo kat kedai ni, satu gelas rm2.50 kan...

Aku campak jer carot, letak susu pekat manis, gula dan air. On blender dan SIAP. Kalo kat kedai diorang tapis air ni, tp aku malas ler..sedap plak makan serat dia.

Untuk anak2, letak satu scoop vanilla ice cream.





P/s: Selamat Hari Bapa buat suami tersayang. Semoga menjadi bapa terbaik buat anak-anak.

Sabtu, 19 Jun 2010

Nasi Lemak Berlauk

Menu dinner malam ini, dh lama tak berasap dapur ku itu...hari ni masak nasi lemak. Untuk hubby dia suka sambal kerang, tapi anak2 plak tak suka kerang. So aku masakkan sambal tumis ikan bilis. Teringin plak nk makan telur puyuh, jadi aku campurkan jer telur puyuh rebus tu dalam sambal tumis ikan bilis. Dan lauk2 sampingan mesti ler ada paru goreng,telur mata kerbau, ayam goreng dan ikan bilis goreng. Banyak ker lauk ni?? ala..biasa jer laa...


Sambal kerang, beli kerang fresh dan rebus separuh masak, kemudian kopek. Banyak kerja tapi berbaloi bila makan.


sambal telur puyuh+sambal tumis ikan bilis. All in one.


Paru goreng garing. Teringin jugak nk buat paru manis macam Mama D buat hari tu, tapi dh malas ler. Next time lah.


Telur goreng mata kerbau. Ini dh jadi macam satu kemestian kalo masak nasi lemak.


Ikan bilis goreng. Lupa plak nk tambah kacang tanah goreng. Kalau ada lagi best.


Ayam goreng berempah, khas untuk anak2. Aku pun sama, suka ayam goreng.


Alamak, lupa plak nk snap gambo nasi lemak. Jamu mata tgk lauk jer lah yer. Pas tu timun pun tak sempat nk hidang. Bila dh habis makan, baru sedar tak hidang timun. Takpe lah..perut dh kenyang...OK... nk layan jangan lupa lirik la plak. Hari tu masa pegi bercuti, kami tak sempat nk berkaroeke. Padahal semua kemudahan indoor dan outdoor games tersedia. Takpelah..anak2 kecik lagi, tunggu beso sikit...





Kuetiau Goreng Kerang

Salam... petang2 cenggini terasa lapar la plak. Anak2 tengah tido tu. Nk masak kuih, macam malas ler plak. So masak ler kuetiau ni sepinggan. Budak2 gerenti takmo makan punyer sbb banyak sayur. Payah diorang nk asingkan.




Aku buat secekak jer kuetiau. Kongsi ngan Mr Jebat. Kalo banyak2 muak plak. Biar sikit, malam nanti takdelah membazir jer nasi tu...

Kuetiau versi kering. Ada semua bahan, kerang, udang, fishball, kucai dan togeh. Mmg best makan ngan cili jeruk.

Selasa, 15 Jun 2010

Cekodok Molat

Minum petang hari ni, cekodok lagi. Udah tergoda dengan cekodok yang rangup di luar dan lembut kat dalam. Kalo boleh, hari2 nk buat cekodok ni. Biar sampai tak lalu dh nk makan, baru ler berenti...hehehe....




Cekodok yang sedang digoreng. Suka tengok bila dia naik bulat2. Tapi cekodok ni tak serap banyak minyak tau. Tu yang aku suka. Boleh makan banyak2.
Untuk cekodok kali ni, aku tak letak la udang geragau dan daun kucai. Kali ni buat cekodok ikan bilis la plak. Ada bawang merah, jagung manis, ikan bilis yang ditumbuk kasar, daun sup, daun bawang dan cili merah yang dipotong kecil.
Mula2 aktifkan yis dengan sedikit gula. Campur semua bahan2 dengan tepung gandum. Macam buat cekodok biasa la, tp yang ni campur yis. Tak payah guna baking powder dan soda bicarbonat. tapi jangan campur banyak sangat air yer, sebab nanti cekodok tu akan menyerap banyak minyak. Adunan tu biar pekat pun takpe, sebab bila adunan dah naik, dia akan jadi lembik dan lembut bila digoreng.
Bila semua dh digaul sebati, peram sekejap selama setengah jam. Lepas tu boleh la digoreng macam biasa.

Hari ni kami cicah ngan sambal sardin. Sori, gambo sambal sardin tu tak sempat nk snap..



Citer cik Noorma : Kami dh nak keluar ni, pegi ke Cheras kot, sbb hubby nk beli seluar pendek. Budak2 plak nk kena belikan pakaian mandi. Aku?? ish..tak kuasa nk pakai bikini/swimming suit..kang kalah sume Miss World...wakahkahkah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...