Khamis, 31 Disember 2009

Tau Hu Far

Lama dah tak buat tau hu far ni. Dah banyak kali hubby request suruh buat, tapi aku wat tak layan jer..bukan apa, leceh sikit nk memerah kacang soya tu... tu yang berat jer nk membuatnya. Tapi bila Hang Jebat tu dh perli2, buat lah jugak.




Bahan-bahan ( 10 orang kot.. )

  • 300 gm kacang soya -rendam semalaman
  • 12 gelas air (ini untuk kisar dengan kacang soya tadi untuk dapatkan 12 gelas air soya) * 1 gelas air soya bersamaan 200ml
  • 1 sudu (sudu kecil kentucky) Tau Fu far Curding (istilah lain kat kedai bakery ialah GDL iaitu Glukono Delta Lactone)* benda ni takleh letak banyak, nanti pahit
  • 2 sudu besar potato stratch (tp kalau takde tepung jagung pun boleh)
  • 1/2 gelas air suam

Cara-cara

  1. Kisar kacang soya bersama 250 ml air (12 gelas air ) Tapis 2 kali untuk dapat hasil yang halus dan licin
  2. Sukat perahan air kacang soya sehingga menjadi 12 gelas
  3. Air soya dijerang atas api sederhana hingga mendidih
  4. Sementara itu, larutkan 2 sudu besar potato stratch bersama 1 sudu kecil tau Hu Far Curding di dalam 1/2 gelas air suam
  5. Sediakan bekas kedap udara(tupperware)
  6. Tuang larutan potato stratch tadi ke dalam tupperware
  7. kemudian, ambil air kacang soya dan tuang secara meninggi (ala teh tarik). Tak perlu dikacau lagi
  8. Cepat2 tutup tupperware dan jangan buka. Biar hingga beku/sejuk
  9. Hidangkan bersama gula merah atau gula putih. SELAMAT MENCUBA






Ahad, 27 Disember 2009

Fishball Ikan Tilapia

Yuhuuuuu !!!!! kat sini aku nk memperkenalkan projek kami untuk tahun 2010 ni, fishball ikan tilapia. Selain mengkomersialkan ikan talapia hidup, kami nk mencuba memperkenalkan fishball ikan tilapia ni. Cewah !!! diharap usaha ini akan membuahkan kejayaan.
Actually, dh banyak kali buat fishball ni, selalu guna isi ikan parang/tenggiri jer, tapi kali ni guna isi ikan air tawar la plak. Lepas ni, kami nk ber'experimen buat kerepek ikan keli plak...tunggu !!!!


Meh kita share resipinya kat sini.Resipi diambil dari Myresipi, tapi aku kena modified sikit, maklum lah, inikan ikan air tawar, takut lak hanyir. Tapi bila dh kena cara membuatnya, tak hanyir pun....

Bahan-bahan
400gm isi ikan tilapia
1 sudu kecil garam (paras rata)
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil tepung ubi
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
2 ulas bawang putih-ditumbuk halus (boleh guna garlic powder)
secubit serbuk perasa jika suka

Cara-cara
-Mula2 rendam ikan tilapia yang sudah disiang ke dalam air garam yang dicampur limau-ini untuk menghilangkan hanyir. Boleh gak gaul dengan tepung dan sebagainya.
-Kemudian, asingkan tulang dan isi ikan.
-Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, bawang putih yang ditumbuk, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat.
-Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
-Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil.
-Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis.
-Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.

*boleh jugak ditambah dengan daun sup, daun bwang dan cili merah.Sume bahan tu dicincang halus tau. Maka terjadilah fishball yang berbintil hijau merah mcm kat dalam gambar tu.

Hari ni mak yung terlebih rajin sikit. So pelbagaikan fishball ni, sumbat dalam cili merah, hijau dan tauhu. Sampaikan terlupa nk lunch tengahari tadi. Lepas buat fishball ni, aku main plak online games kat tenet ni. Bila perut lapar, makan jer lah roti krim jagung gardenia....aduhai...datang lah pemalas aku ni....

Jumaat, 25 Disember 2009

Daging Masak Merah dll

Merry Christmas kengkawan blogger, jiran setaman, kawan kampus, teman facebook dan tidak ketinggalan jugak buat kawan chefku Ode (ucapan ni ditujukan pada yg beragama Kristian laa...)korang yang beragama Islam, "Assalamualaikum...selamat Hari Jumaat! "

Inilah juadah hari ini...simple jer..tak larat nk masak kari, dalca, nasi biryani dsb....cadangnya hari ni tak mo masak nasi, nk masak simple2 jer spt mee goreng ker, bihun goreng ke, chicken pie ker....tp pukul 12.00 hang jebat dh sampai umah...kata kerja...tp awal plak balik....alamak..kena tenggek nasi lah jawabnya...sementara dia siapkan tempahan ikan untuk kedai runcit kat rumah ni, aku masak ler cepat2......buat air nescafe dulu kat dia, bagi alas perut tu sikit.....

Daging Masak Merah. Kegemaran anak2, ada sayur dll. Kalo makan kat kedai tomyam pun, mmg inilah yang diorder.

Sambal udang+petai. Nk umpan Hang Jebat makan banyak...ni lauk paberet dia ni.... isi petai tu aku beli kat Giant jer..malas nk pegi beli kat pasar tani/pasar malam sbb balik kena kopek kulit la, siat selaput la dan mcm2 lagi....

Sayur campur

Cincalok.



Dh kenyang makan, mata terasa mengantuklah plak...bye sume!!!

Khamis, 24 Disember 2009

Fish & Cips

Salam....bersua kembali setelah beberapa hari menyepi.....sebab?? sibuk main online games dan PS (layan anak2 main games, penyudahnya maknya pun sama terikut...he,he....)

Inilah breakfast pagi ni, merangkap lunch kot..takde mood la nk masak pelbagai lauk...lagipun tgh bz uruskan kemasukan Irfan ke tadika. Kali ni cuba Islamic Kindergarden plak. Kata my hang Jebat, anak lelaki kena pandai ilmu agama, kena pandai baca doa, sembahyang dll...so masuklah tadika Islam...biar seimbang ilmu dunia dan akhirat...konon.....

Breakfast lengkap, ada coleslaw dan kentang goreng. Cicah dengan sos cili, mayonis dan black pepper sos.... suka plak anak2 makan benda ni...kalo makan kat luar pun, benda ni gak lah yang diorang mintak....

Fish cip tu bukanlah buat sendiri yer..beli ready made kat Tesco...
Ok...sampai sini dulu.....bye....

Ahad, 20 Disember 2009

Home Made Pizza

Request dari Irfan sbb tergoda tgk iklan Pizza Hut. Nk order, malas plak nk g pick up, papa diorang balik lambat so tak sampai hati plak nk makan tiga beranak. Akhirnya mama buat sendirilah yer....kira sama gak la mcm pizza hut tu....

Sebelum di bakar

Lepas dh bakar.....emmm..baunya harum semerbak. Mintak2 janganlah baunya sampai ke rumah sebelah...he,he...

resipi klik sini yer... Kalo buat pizza, memang pakai respi ni jer...









Sabtu, 19 Disember 2009

Sizzling Mee

Sejak dua menjak ni, suka betul makan sizzling mee, asal pegi food court jer, mesti order sizzling mee, pas tu kalo tak puas makan/mee kat sana tu tak sedap, balik umah buat lagi dan makan lagi.....pregnant kali ni aku suka betul makan mee, tak kiralah mee kuah ker, mee goreng mamak, mee sup...asalkan mee/kuetiau jer..sume boleh... janji benda tu "NOODLE".

Ada satu hari tu, aku suruh Hang Jebat g beli mee goreng mamak di kedai kat umah ni, dia kata asyik muka abang jer yg beli mee goreng ni hari2..ish...malu la plak....tp last2 dia g beli gak, takut bini dia merajuk...ha,ha.ha....




Bahan-bahan
-2-3 sanggul (gulung) yee mee
-5 ulas bawang putih
-5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
-1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
-3 biji cili kering- potong 2
-2 sudu besar sos tiram
-3 sudu besar kicap cair
-1 sudu besar kicap pekat
-1/2 in halia- hiris nipis
-Serbuk lada hitam
-garam- secukup rasa
-Beberapa titik Minyak bijan
-1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
-sedikit minyak utk menumis


Cara-cara
1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3.Masukkan 2 cawan air.
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. 5.Biarkan mendidih.
6.masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
7.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
8Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
9.Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.


Sizzling mee ni, kalo makan dalam hot plate lagi sedap kan...tp mana aku nk cari hot plate tu?? ala...dh siap masak, makan jer la...tak yah hotplate pun, masuk perut kenyang gak kan...he,he....


Murtabak Kambing....

Seharian ujan jer...tak tau nk buat apa kat rumah...makan, tido, makan, tgk tv...pas tu tido..... bila bangun jer perut pun lapo...bukak esbox, jumpa roti paratha. Kari kambing pun ada..alringht...jadilah...buat murtabak


Sekarang ni, dh tak payah menguli tepung dan menebar roti canai untuk buat murtabak, asalkan ada instant paratha. Senang, mudah dan cepat...... cuma rajin dh malas nk membuatnyer ajer.....

Mcm mana nk buat murtabak ni??

Bahan-bahan yg diperlukan adalah : kari kambing, roti paratha, telur dan bawang. Kalo nk tambah kubis pun boleh gak...sukati ler.... tp kali ni aku tak letak kobis sbb takde stok....

Cara membuatnyer: Mula2 asingkan daging kambing dari kuahnya, then ambil daging kambing dan potong kecil2..aku malas, tumbuk jer kasi pecah2 sikit...bawang dicincang halus. Kemudian, pecahkan telur dan masukkan ke dalam kari kambing bersama kuahnya, masukkan bawang dan gaul rata. Tambah garam dan serbuk perasa.

Lepas tu, ambik instant paratha, dan letakkan sedikit minyak. Canai hingga nipis dengan tangan jer...tarik2 ler sikit...pas tu letak ler kuah telur+kambing tadi ke atas tepung tadi. Tutup balik cantik2...(mcm kat kedai tu ler.....)

Panaskan kuali dan goreng sampai masak...... aku punya murtabak kali ni ter'garing' sikit...sbb asyik buat kerja lain. Tapi takpe, belum sampai tahap hangus dan boleh dimakan.


Ok..sampai sini dulu...bye sume...slamat menjamu selera di malam minggu ni !!!


Jumaat, 18 Disember 2009

Roti Lapis Daging

Salam Maal Hijrah...

Apa khabar sume? sarapan apa pagi ni? Bagi aku tiga beranak, inilah breakfast pagi ni. My Hang Jebat mcm biasalah, kerja kerja dan kerja..... Selalu buat roti celup telur jer, kali ni ada plak inti daging kat dalam tu...best la....



Resepi dr Dayang Jack..thanks Dayang, mmg sedap roti ni, sampai tak cukup la plak. Anak2 suruh buat lagi petang ni...tgk la dulu yer wahai anak-anakku....

Bahan-bahan
-2 keping roti sandwich
-1 sudu bsr daging cincang (minced chicken pun boleh)
-1/2 ulas bwg besar (dicincang)
-1 ulas bwg putih (dicincang)
-1/2 camca kecil lada sulah/serbuk lada hitam
-1 sudu bsr mayonis
-1 sudu bsr marjerin
-1/2 biji cili merah (dihiris dadu) - optional
-1 biji telur
-sedikit keju parut
-50 ml susu segar (kalau xde, guna tepung susu tepung 1 camb dan dibancuh dgn sedikit air)
-secubit garam
-sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)


Cara-cara :
1.Cairkan marjerin dan tumis bwg2 sampai terbit bau. Kemudian masukkan daging cincang dan kacau rata2 selama 1-2 minit.
2.Masukkan cili, lada sulah, keju, mayonis dan garam. Kacau perlahan (1 minit). Tutup api dan gaulkan dgn daun sup dan daun bawang.
3.Sapukan sedikit mayonis pd roti, kemudian bubuh inti td di atasnya dan tutup kemas dgn roti yg satu lg.
4.Pukul telur bersama susu segar. Kemudian celupkan roti dlm bancuhan td dan goreng dgn sedikit marjerin di dlm kuali leper dengan api perlahan.(elok guna kuali non stick)



Sekali tgk macam murtabak pun ada kan....ish,ish,ish...hati ni teringin nk makan murtabak. ..dh ready bahan2 tu, tp tgk lah dulu, samada vitamin 'R' datang menyinggah atau tidak.....Minggu lepas beli kat pasar malam, tapi tak sedap langsung. Banyak kentang plak dalam tu. Taulah bwang dan telur dh mahal, tp kalo nk niaga, buatlah sedap2 sikit, supaya lain kali orang beli lagi...



Dadih Mangga

Dessert hari ini. Anak2 ni ada jer benda yg nk disuap ke dalam mulut. Sejak dh berjumpa dengan Dadih segera ni, tak payah bersusah2 nk beli kat pasar malam ataupun buat cara manual. Thanks to Wati yg memperkenalkan Dadih jenama Wheat Grass ni...mmg best laaa......

Satu pek Dadih Jenama Wheat Grass ni berharga rm 4.00 gitu, ada pelbagai perisa, magga, laici, jagung, dll. Sapa yg nk lagi sedap, boleh tambah Nata de Coco kat dalam dadih ni.

Cara nk membuatnya mmg senang sekali. Didihkan 400ml susu cair(satu tin) bersama 3000ml air dan 100gm gula. Bila dh mendidih, padamkan api dan masukkan serbuk dadih tadi. Kacau selama 5 minit. Kemudian, masukkan pek gula buah(yg diberi) dan kacau lagi. Pas tu tuanglah ke dalam bekas2 kecil dan sejukkan. Siap !!!


Ok...sampai sini dulu....Dahhhhh !!!



Khamis, 17 Disember 2009

Potato Wedges

Salam sume !!!

Alamak, baru jer nk update blog, kilat la plak...takleh nk berceloteh panjang...Inilah kudapan petang ni. Buat potato wedges sbb malas plak nk kuar g beli kat KFC nun... Lagipun stok kentang banyak kat dapur tu, kalo tak pakai takut busuk la plak..masa beli tu, kentang tgh murah, rm1.60 sekilo, so aku pun beli ler banyak sikit, dh plan nk buat karipap, whipped potato, shephard pie, dll....aduh...dapat ker nk makan sume tu??


Bahan-bahan ( 2 biji )
2 biji kentang - saiz besar
5 sb tepung gandum
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada putih
sedikit gula
sedikit serbuk kunyit

Cara-cara
Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak. Dah siap toskan.
Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.
Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili


Skang ni time petang jer ujan....best...sejuk sikit...dh yg paling penting, tak payah siram pokok..he,he...... hubby tgh tgk bola tu...risau dia kalo ujan lebat, almaklum lah..kalo ujan lebat, astro mmg tak dapat siaran... Ok..sampai sini dulu... Wassalam.... Selamat Menyambut Maal Hijrah!!


Rabu, 16 Disember 2009

Ayam Masak Merah

Tak sihat sikit sejak 2 hari ni..agaknya kesan sbb berjalan lama hari isnin lepas kot... asyik pening dan tekak plak terasa loya. Bagaimanapun, perut anak2 dan laki tetap kena isi. Takkan lah asyik nk membeli dari luar jer..sian plak kat laki aku....
Hari ni masak lauk kegemaran anak2, senang...tak payah masak dua tiga lauk lagi. Gerenti habis punya. Boleh dikatakan setiap minggu, ni lauk wajib yg kena masak, selain daging goreng kunyit.

Nk masak ayam masak merah, senang jer kan...tapi tepeklah jugak respi kat sini yer...

Bahan-bahan
1 ekor ayam - di potong kecil, bersihkan & digoreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labung bawang besar
2 btg serai4 biji tomato
2 sd sos tomato
kacang peas (pilihan)
bwg besar - potong gelang
minyak masak,
gula, garam

Cara:
1. Pijarkan minyak dlm kuali kemudian tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing
2. Kemudian masukkan ayam, kcg peas, bawang, garam dll
3. Gaulkan hingga sebati & adjust le rasa mengikut kesukaan
4. Masak hingga kering mengikut kesesuaian & kesukaan


Lauk kedua hari ini. Sambal tauhu telur. Menghabiskan stok dalam peti ais....

Selasa, 15 Disember 2009

Blueberry Jam Muffin

Sekarang ni, di dapurku itu tengah semerbak bau harum muffin ni. Ni dh kali kedua membuatnyer. First masa hari Ahad lepas, kebetulan hubby kerja malam, so aku tak tau nk buat apa kat umah. Anak2 plak layan citer kat tv, so aku pegi dapur dan mencuba respi ni. Dapat gak buat breakfast untuk esok paginya.

Dan hari ni buat lagi, sbb anak2 kata tak cukup makan hari tu. Mmg sedap pun, tambah plak makan time panas2, dengan jem yg meleleh tu...wallah...yummmy....sekejap jer licin 12 bijik tu...



Thanks to Ena-Zarina sbb sudi share respi muffin yg mudah dan sedap banget ni...

BAHAN-BAHANNYA (12 biji)
-70g butter (suhu bilik)
-60g gula castor
-1 biji telur (suhu bilik)
-1/2 tsp essen vanila
-4 sudu besar fresh milk
-100g tepung gandum
-1 tsp baking powder
-Jem Blueberry secukupnya

Cara Membuatnya:
-Tepung gandum dan baking powder di ayak. Ketepikan.
-Pukul butter dengan mixer. Masukkan gula dan pukul hingga kembang.
-Masukkan telur, vanilla essen dan fresh milk. Pukul hingga sebati.
-Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul rata.
-Panaskan oven 180 degree.
-Sudukan adunan ke dalam paper cup separuh dan masukkan sedikit jem blueberry. Tutupkan semula dengan adunan sehingga 2/3 cup.
-Bakar dalam selama 20 minit.



Sesapa yang tak mencuba, memang rugi besar...sedap muffin ni..

Cekodok Nasi

Ni breakfast hari ni. Cekodok Nasi. Bagi kawan2 blogger, respi ni sudah tidak asing lagi kan...tp bagi kengkawan aku di Facebook tu, mungkin first time dengar kot...ha...len kali kalo ada nasi lebih jangan buang yer..boleh buat cekodok, sekarang ni harga barang2 pun dh naik, dengan citer beras pun nak naik harga lagi....


Resepi C&P dari umah Kak Mimi di Penang nun...thanks kak !!

Bahan-bahan
-2 cawan tepung gandum
-2 cawan nasi
-2 cawan air ais
-1 biji telur
-ikan bilis - ikut suka
-daun sup/daun bawang-ikut suka
-1 biji bawang besar di hiris halus
-udang
-garam
-minyak secukupnya

Cara-caranya
1. Masukkan tepung, nasi dan air ais bersama telur. Kisar bagi sebati.
2.Tuang adunan ke dalam mangkuk dan tambahkan 4 sudu makan..bergantung kepada kecairan yang di kehendaki.
3. Perap sebentar adunan....selepas di perap barulah di goreng seperti membuat cekodok...
4. Sedap di makan panas-panas

Ahad, 13 Disember 2009

Kuih Bakar Jagung

Inilah juadah minum petang hari ini. Buat awal sikit. Sbb tengahari nk rehat. Tgk Melodi, Sehari Berdansa, dll. Hari tu buat kuih bakar pandan, kali ni buat jagung plak. Suka betul makan kuih bakar ni. Nak membuat pun senang jer. Masuk sume bahan-bahan dalam blender, kemudian bakar....siap !!



Bahan-bahan
-1 tin jagung (creamy style)
-2 cawan tepung gandum
-3 1/2 cawan santan
-2 biji telur
-3/4 cawan gula
-Secubit garam
-1 sudu teh pewarna kuning

Cara-cara
-Campurkan semua bahan-bahan di atas, gaul sehingga gula hancur dan larut. Kacau sehingga semua bahan-bahan sebati.
-Gliskan loyang dengan mentega, tuang adunan kedalam loyang, bakar dalam oven pada suhu 180 darjah celsius selama 1 jam atau sehingga masak.
-Setelah masak, tunggu kuih betul- betul sejuk, dan bila dah sejuk boleh la di potong untuk di hidangkan.


Sabtu, 12 Disember 2009

Kuetiau Ladna

Alhamdulillah, baru jer abis lunch. Tak masak nasi pun, sbb masih ada stok kuetiau dalam fridge. Kalo simpan lama2, keras la plak.


Bahan-bahan
-500 gm kuetiau
-5 biji telur [ dipukul]
-kicap pekat

Bahan B
-100 gm udang basah [buangkan kulit]
-150 gm ayam [dihiris]
-1 biji panjang fish cake [potong nipis]
-3 ulas bawang putih [dicincang]
-100 gm bunga kobis [dipotong]
-100 gm carrot [potong kecil dan panjang]
-5 tangkai baby corn
-2 sudu besar minyak masak
-2 s/b tepung jagung ]
-1 cawan air ] bancuhkan
-1 cawan air rebusan ayam
-2 s/b sos tiram
-1 s/b lada sulah garam minyak

Cara:

1. Panaskan minyak dan goreng telur dan kuetiau
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan carrot.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas mee dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Chicken & Mushroom Pie

Salam!!!!

Sempena cuti Keputraan Sultan Selangor semalam, aku dan kengkawan buatlah gathering kecik2. Dh lama tak menyembang. Jenuh gak dok fikir, nk bawak apa pergi umah kawan tu. Akhirnya selak lah buku respi, jumpa lah benda ni...lama gak tak makan.

Buat chicken pai ni pagi semalam. Dh abis pun, cuma leh share respi jer kat sini. Tuan punya respi asal ialah Chef Wan. Aku tgk dalam satu rancangan masakan, kemudian salin dalam buku.

Untuk kulit (basic)
-230gm butter
-340gm tepung gamdum
-secubit garam
-air batu secukupnya

Cara-cara
-Masukkan tepung gandum dan mentega. Ramas hingga jadi seperti serbuk toti.
-Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut
-Canai dan isikan ke dalam bekas.
-Bakar secara 'blind bake' selama 15-20 minit dgn suhu 180'
*Blind Bake-alas pastri dengan kertas aluminium dan letakkan batu2 kecil diatasnya agar pasti tidak menaik menggelembung semasa proses membakar

Bahan-bahan inti
-Isi ayam
-Cendawan butang-hiris
-Bawang kuning holand-hiris
-Lada sulah

Cara-cara
-panaskan sedikit butter dan tumis bawang kuning sampai layu (tp jangan hangus)
-Masukkan sedikit serbuk lada sulah, dan diikuti dengan isi ayam dan cendawan butang.
-Boleh dimasukkan sedikit air untuk mengempukkan isi ayam tadi
-Biar dh masak, masukkan sedikit garam dan perasa. Kacau dan bolehlah diangkat

Bahan untuk sos kastart
-4 biji telur
-1 cawan krim putar/susu cair/santan
-1 sudu tepung gandum (ni aku tambah)
-parutan keju mozzarella (ni pun aku tambah)

Cara-cara
-satukan semua bahan sos kastart dan kacau hingga sebati

Cara menyediakan Chicken & Muchroom Pie
-bila kulit pastri dh masak, masukkan inti ayam yang telah dimasak tadi.
-curah sos kastart
-taburkan keju mozzarella
-bakar selama 20-30 minit dalam suhu 180' atau sehingga masak
-siap
Sedap dimakan panas2....



Selain chicken pie kat atas tu, aku buat jugak roti sosej ni, khas untuk anak Wati yang suka sangat makan benda ni. (sori, gambar kurang menarik sbb dh terumbang ambing dalam kete, pas tu sampai kat umah wati plak, kami transfer roti ni masuk ke piring)

Char kuetiau yang dimasak oleh Wati. Memang sedap. Penuh dengan udang2 bersaiz besar. Aku makan sampai kenyang. urppppphhh...alhamdulillah...thanks Wati !!


Bubur kacang cicah roti putih. Ada gak cup cake kat sebelah tu. Bubur kacang ni aku siap tapau bawak balik lagi...he,he.....








Khamis, 10 Disember 2009

Nasi Biryani dan kengkawannya

Salam sume. Hari ni layan nasi biryani plak yer.... request dr hubby aku banyak kerenah tu. Sepatutnya nasi ni masak esok ler, sbb esok Selangor cuti, tapi biasa lah laki aku tu, time orang cuti, dia kena kerja. Bila orang kerja plak, dia senang lenang leh amik cuti....nk kejar tripple lah katakan....tp bonus idak pun dapat lagi....


Dah banyak hari dia suruh masakkan nasi biryani dan kurma daging ni, tapi aku malas sangat nk layan. Aku cakap rempah kurma takde lah, santan abis la dan mcm2 lagi. Tapi semalam, time aku nk g kedai, dia suruh belikan rempah kurma, katanya teringin sangat nk makan. So hari ni aku buat ler..kang kempunan, mengadu kat mak dia plak...

Sebelum masak, aku tanya, nk buat nasi biryani mcm mana. Dia kata style mamak. Ooo...faham ler aku.

Nasi biryani. Cilok respi kat Myresepi. Klik sini yer Thanks to NurAufa sbb share respi nasi biryani ni. Selama ni aku buat nasi minyak biasa jer. Lom pernah cuba lagi nasi biryani pakai rempah adabi. Sedap la gak.

Kurma Daging. Resepi kat sini

Ayam Goreng Rangup. Resepi kat sini

Papadom . Nak respi ker? ish, ish, ish.... beli jer papadom kat kedai, pas tu balik umah dan goreng mcm keropok....

Acar timun, serba ringkas, takde nenas. Hanya timun dan bwang. Masukkan sedikit gula dan garam, kemudian renjiskan beberapa titik cuka. Gaul dan sedia dihidangkan.


Inilah lauk kami hari ni. Aku ni tak brapa suka sangat ngan nasi biryani. Kalo nasi ayam tu lainlah. Malam ni kena cari benda makan lain nampaknya.




Rabu, 9 Disember 2009

Bread & Butter Pudding

Baru jer abis buat benda ni. Masih panas dalam oven. Kalo dulu, roti lebih aku buang jer, tapi lepas tgk satu rancangan masakan kat tv, teringin plak nk mencubanyer. Rasanya ala2 krim karamel plak. Adik beradik bingka lah jugak benda ni. Boleh buat moist sikit ataupun garing mcm kuih bingka. Kali ni aku buat garing, sbb suka beno makan kerak.




Bahan-bahan
>3 atau 4 keping roti (dikoyak kecil)
>2 biji telur*
>2 cawan susu segar*
>1/2 cawan gula* (boleh lebih atau kurangkan)
>secubit garam*
>2 sudu besar tepung gandum* (kalo suka adunan yg lembik, kurangkan tepung)
>sedikit esen vanilla*
>2 sudu besar butter-dicairkan
>badam/gajus
>ceri merah, kismis

Cara-cara
1. Masukkan bahan2 bertanda * ke dalam blender dan kisar sampai halus.
2.Masukkan roti yang dikoyak kecil ke dalam bekas pembakar. Panaskan oven
3.Tuang adunan yang dikisar tadi.
4. Tabur gajus dan ceri dan curah dengan butter cair.
5. Bakar selama 30-40 minit atau sampai masak.



Kalo sapa yang suka versi lembik tu, bolehlah buat versi kecil, masukkan dalam mangkuk ramen dan bakar. Nanti kuih ni akan jd mcm krim karamel jer.. mesti lagi best!!!



Pisang Tanduk Goreng

Sejak pregnant ni, kalo mengidamkan sesuatu makanan tu, agak lambat sikit nk dapat. Entah la apa nasib kali ni...dugaan. Padahal benda yang aku mengidam tu bukannya benda2 pelik pun. Sebagai contohnya Pisang Tanduk ni. Susah beno nk jumpa. Kalo sblm mengandung dulu, bersepah orang jual pisang tanduk goreng ni tepi jalan. Tapi bila aku nk, payah plak nk jumpa.

Akhirnya, semalam, jumpa gak, kat Pasar Tani BK5 Bandar Kinrara. Tapi ada jugak halangan nk mendapatkannya. Meh aku ceritakan......

Alkisahnya, kami tiga beranak (aku, hubby dan Irfan) keluarlah pegi Pasar Tani, kami naik moto jer, sbb kalo naik kete, mmg payah nk parking. Along tinggal kat umah, kena denda sbb main jer sepanjang hari. Denda suruh baca karangan. Balik nanti aku akan tanya soalan. Kalo tak dapat jawab, siap!!

Dalam 500meter sebelum sampai ke tapak pasar tani tu, tetiba motor terhoyong-hayang jer...hubby berhenti dan check tayar moto dia..sah pancit...alahai....aku nk kejar balik umah tgk citer Cinta Balqis pukul 6.30. Mmg spoil betul ler moto ni. Sambil tu aku menyumpah seranah gak moto cabuk tu (idak ler buruk pun moto tu, tapi bila hati dh panas, macam2 perkataan ler keluar)....he,he.....

Hubby kata 'ish, tak baik ler mengata moto ni, hari2 dia bawak abg pegi kerja...."

So, aku dan Irfan terpaksa lah menapak sejauh 500 meter untuk ke pasar tani tu, sementara hubby patah balik ke belakang (sbb ada kedai moto yg berdekatan dengan rumah kami tu...) Sebelum tu, aku dh 'pow' dia rm50.00, buat belanja beli brang kat pasar tani tu.... he,he...padan muka...

Jalan dua tiga langkah, aku mula penat. Asma pun datang. Alamak, aku lupa plak bawak inhaler. Selalu tu, kalo jalan2 dekat umah aku mmg tak bawak. Tak sangka plak nk jadi mcm ni. Sambil pegang tangan Irfan, aku terus melangkah. Ambil nafas pelan2.

Mcm mana nk buat ni? mata mcm dh kabur jer, tangan pun dh menggeletar, dh tak tahan, berhenti kejap, amik nafas. Pas tu jalan lagi. Jalan punya jalan, akhirnya kami dua beranak pun sampai.

Gerai pertama yg dituju ialah gerai jual air. Irfan dh kehausan. Lepas tu baru beli benda lain, burger, roti john, kuih-kuih dan sayur mayur.... skang ni harga barang dh naik, tambah plak bwang merah, rm6.00 sekilo...fuh...sib baik aku ada stok lagi kat rumah!!

Nasib aku baik hari ni, ada satu gerai jual pisang tanduk. Banyak plak tu. Ada yang muda, ada yang masak. Aku amik yg masak, 3 bijik yg panjang. Penat berjalan tadi berbalas. Lepas tu, beli plak kerepek pisang tanduk 2 paket. Huh..puas ati!! cuma yang tak dapat ialah pisang sayur muda (untuk buat masak lemak) takpelah, pasar tani hari Khamis nanti boleh cari lagi.

Bila dh dapat benda yang dicari, terus ingat rumah jer, plastik ditangan pun dh banyak, so aku dan Irfan jalan kaki pergi ke perhentian bas, tempat yang dijanjikan dengan hubby. Belum pun seberang jalan, hubby dh sampai......alhamdulillah!!!!

Sampai jer umah, terus sedut inhaler, citer Balqis pun baru 10 minit mula.

Sekianlah citer aku semalam....

Selasa, 8 Disember 2009

Kuih Bakar

Pagi2 makyung dh bangun, masak kuih ni. Skang ni kalo teringin jer nk makan sesuatu benda, mesti sampai termimpi-mimpi. Pas tu bangun tido jer terus capai periuk dan buat. Dulu masa kat kampung aku tak brapa layan sangat kuih ni. Maklumlah, tiap2 hari tulun mak buat kuih ni utk dihantar ke kedai. Ada bingka pandan, bingka tepung beras, dll. tapi skang ni kalo nk makan, kena beli, dh tu tak sedap plak..(maksudnya tak sama mcm mak aku buat laaa )


Disebabkan terlampau teringin nk makan, sampai terlupa tabur bijan kat atas kuih ni..takpelah...aku buat garing sikit, sbb nk makan kerak...Resipi dr Joeyee Myresipi. Thanks you so much!!

Bahan-bahan
-1 cup gula
-1 cup jus pandan
-2 cup tepung gandum
-2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
-2 tbs butter
-3 biji telur
-1/2 tsp garam
-colour hijau
-bijan

Cara-cara
-campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
-masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
-panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih,
-taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing




Esok lusa aku cadang nk buat bingka roti plak @ bread and butter pudding. pas tu buat bingka jagung, kastart jagung, bla,bla,bla......



Isnin, 7 Disember 2009

Dh last baru dapat rasa

Alhamdulillah..akhirnya 4 tan ikan keli hidup organik telah habis !!! Hanya dipasarkan di sekitar Taman Puncak Jalil dan gerai2 makan di Bangsar. Pulanglah balik sume duit modal dan adalah sikit untung....dh pun diagihkan pada yang memerlukan(rezeki perlu dikongsi kan...)

Seksa jugak bela ikan keli ni. Dh la banyak makan, penyakit pun banyak jugak..... Bila dh habis, barulah tuannya nk merasa. Apa sedapnyer ikan keli biasa yg dijual di pasar (makan perut ayam) dengan ikan keli organik(yg makan palet ni)!! mmg banyak beza, keli palet ni takde lemak rupanya. Masa menggoreng takde lah meletup sana sini. Isinya pejal dan manis.

Disebabkan bini tokeh ikan ni tgh pragnent, so tokeh tak dapatlah meneruskan projek ikan keli. Sebab proses menghasilkan anak2 benih ikan keli memerlukan bininya tulun sama. Aku dh tak larat, nk pegang induk ikan keli seberat 4 kg, suntik hormon dan perah sperma. Banyak kerja, pas tu plak proses meng'operate induk jantan pun satu hal. Banyak kerja...letih...so stop dulu.

Pada kengkawan blogger(kak Ina KL, abbot), jiran tetangga dan teman2 yang tak sempat nk merasa tu sori bebanyak...insyaalah next projek kalian akan jadi orang terawal merasa ikan keli organik ni.

Lepas ni kami tumpukan pada penternakan ikan talapia plak. Stok untuk tahun baru cina telah tersedia. Sesapa minat nk beli, bolehlah contack tuan tanah kedaun yer !!!


Lauk untuk lunch&dinner hari ini. Sambal ikan keli. Amik 4 ekor jer dan goreng, kemudian buat sambal dan siram atas ikan goreng tu.

Asam pedas daging tetel. Peberet hubby aku. Mmg dh lama tak masak asam pedas ni. Dan aku pun tak brapa pandai nk masak, tiap kali nk masak, kenalah merayap ke rumah Leen Melaka nun, cari respi asam pedas.

Sup ayam dan sayur, untuk anak2 yang tak makan pedas.


Sekian untuk hari ini. Panas plak hari ni........

Ahad, 6 Disember 2009

Simple & Easy Lunch- Nasi Ayam

Dah lama gak tak buat nasi ayam ni. Hari ni masak nk masak aneka lauk pauk, so masak yg simple dan men jadi kegemaran anak-anak bersama mak dan bapaknyer. Kat umah ni, kalo masak nasi ayam, kena buat lebih. Kang kalo tak cukup, ada yang masam muka.


ayam kali ni wat style stim plak. Ringkas dan takde banyak kalori. Jimat minyak !! he.he....

Kali ni nasinyer ada kaler kuning sikit.

sup yang takde daun sup dan daun bawang. Malas plak nk call hubby suruh singgah kedai. Bantai jer lah..janji leh masuk perut.

alamak, blur plak gambar sos cili ni..kes nk cepat makan...pakai snap jer...belasah jer lah labu !!



Oklah..sampai sini dulu..mata ni dh mengantuk la plak..nk tido jap !!! jemput makan yer, air buat sendiri !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...