Ahad, 23 Jun 2013

Talapia 3 Rasa

Salam...jerubu makin teruk di Kuala Lumpur, CK pun dah kerap asma. Dan hari ni, masak ikan talapia 3 rasa plak. Tiba-tiba teringin nk makan talapia, so sauk jer la dari kolam Jebat...hahaha...sure balik kang dia buat muka masyam sbb CK tangguk ikan dia tanpa kebenaran.. ambik yg besar plak tu...hahahaha....


Talapia 3 Rasa
Bahan-bahan
1 ekor ikan talapia- dibersihkan, lumur garam, kunyit dan goreng

Bahan sos (dicampurkan sekali)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos ikan (nampla)
1 sudu kecil kicap pekat
setitik dua cuka makan
sedikit serbuk lada sulah
sedikit penambah perisa

Bahan hiris
2 inci halia- dihiris halus memanjang
4 ulas bawang putih- ketuk dan cincang
1 batang serai - dihiris halus

Bahan lain (sayur)
capsikum merah, hijau, kuning (terpulang)
timun-dibuang empulur
lobak merah
nenas
tomato-
(semua sayur2 ini dipotong dadu)
bawang merah- dihiris bulat

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang dihiris
Setelah nampak layu (jangan garing) masukkan bahan2 sos. Boleh tambah sedikit air.
Masukkan pula semua sayur-sayuran. Kacau rata dan rasa garam gulanya.
Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas ikan.
Siap dan boleh dihidangkan



Sesuai dihidangkan bersama nasi putih. Kalau ada tomyam atau sup, lagilah umphhh !!! (tp CK dh malas nk buat segala tomyam...bedal jer la apa yang ada )


Ok...meh layan buah hati CK yang seekor ni. Dia jer yang suka makan mende pelik2. Dan kegemarannya ialah Lolipop perisa vanilla. Adoiiii... tiap kali ke kedai, sure kena beli lolipop ni, kalau tidak, bila kita sampai rumah, mulalah mengiau-ngiau dan berlegar2 kat kaki, sampai nk jalan pun susah...


Dah dapat lolipop, frieskies pun takmo makan....alahai Timmy...

Satu lolipop tu sekejap jer dia settle kan...tp tu la, tau nk makan jer, nk pegang sendiri tak reti...hahahaha...terpaksa la mama tolong suapkan untuk dia 


Jumaat, 21 Jun 2013

Bubur Gandum/Barli Berjagung

Salam...

Panas kan sekarang ni? CK kerap pening kepala, hidung berdarah dan asma angkara panas dan jerubu ni, so mood malas pun sama naik laaa...
Dan hari ni, teringin la plak nk makan bubur gandum. Minggu lepas masa kenduri kawin anak buah, inilah dessert yang cepat abis. Sib baik la CK sempat gak mengulang dua tiga kali...hahahaha....


Berbalik pada juadah minum petang CK hari ni, errrrr...sebenarnya CK sendiri pun tak pasti samada ianya barli atau gandum (apa raaa...umur dah 37 pun masih tak kenal barli dan gandum )

Sebenarnya dalam peti ais tu ada sebungkus bijirin (tak pasti samada gandum atau barli) sbb pelekat harganya dan terkoyak. So CK bedal jer la masak... 


 Macam biasa, basuh la dulu gandum, pastu rebus sampai kembang. Bila dh kembang, bolehlah dimasukkan santan, gula dan daun pandan. Masa ni kalau nk tambah jagung pun bleh. CK guna jagung dalam tin jer (sbb pokok jagung blom berbuah lagi...hahahaha....)

Boleh tambah secubit garam untuk menaikkan rasa lemak.

OK..itu saja...mudah kan, tp tgk mood la jugak, dikala malas, benda yang senang pun jadi susah....mcm CK ni, lebih suka beli bubur dan siap masak kat Pasaraya Maidin USJ nun...sanggup pegi jauh2, daripada nk memasak...adoooooiii..teruk kan kalo angin malas ni datang !!! 



Bila dh masak, CK masih lagi tak dapat bezakan, apakah ia barli atau gandum. Bila makan sedap jer...hahahaha....bantai jer laaaa... Kengkawan tau ke beza antara barli dan gandum? cer citer sikit


Ok... kenyang !!

Rabu, 19 Jun 2013

Kerabu Rumpai Laut

Salam

Dah masak? Hari ni CK buat kerabu rumpai laut. Kebetulan masa balik kg ari tu, CK singgah kat pasar minggu dan beli segala ulam kampung, pucuk paku pun ada, dan bila pegi umah kakak, dia  bagi plak rumpai laut segar dari sabah. So apa lagi, dah lengkap semua bahan, buat kerabu ler


Resipi sama jer mcm buat kerabu taugeh dan pucuk paku, cuma gantikan kerang/perut lembu masak  dengan rumpai laut jer

Bahan-bahan
Pucuk Paku, Taugeh-dicelur dan di tos
Rumpai laut -dibersihkan dan dipotong kecil
Cili merah *
Cili padi * (bagi sesiapa yang suka pedas)
Belacan*
Udang kering*
Limau nipis
Kerisik
Beras -digoreng tanpa minyak hingga keperangan, kemudian, ditumbuk halus
Bawang merah -dihiris nipis
Halia muda-dicincang halus
Garam, perasa

Cara-cara
1.Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk bersama
2.Didalam bekas, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama dengan kerisik
3.Gaul rata
4.Masukkan pucuk paku, taugeh dan rumpai laut, diikuti garam dan perasa.
5.Perah limau nipis, dan gaul lagi. Sesuaikan rasa. Bila dh ok, bolehlah ditabur beras goreng tadi.
6.Gaul lagi, dan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA



Rumpai laut segar ni lagi sedap daripada yang kering tu. Rasa lebih manis dan rangup



Isnin, 17 Jun 2013

Kisah Balik ke Perak

Salam..
hari Sabtu lepas, CK dan keluarga menghadiri majlis pernikahan anak buah di Taiping. Perjalanan dari Kuala Lumpur dimulakan seawal 5 pagi, sebab majlis pernikahan akan berlangsung pukul 10 pagi (perjalanan KL-Taiping hanya 2 jam jer, tp dengan kerenah anak2 ni, berenti makan minum, ke tandas, isi minyak itu ini...langsung panjang masanya)


outdoor fotoshoot ni buat kat Taman Tasik Taiping

 Hari sabtu lepas hanya majlis pernikahan sahaja, resepsinya bulan Ogos atau mungkin December ni kot? (adoiii...kena balik kg lagi laaa jawabnyer ) Kenapa buat mcm  tu?? sbb anak buah ni tak dpt cuti. Hari ni dh kena balik Singapore dan esok dh start keje. 


Lepas kenduri (orang dh mulai reda) CK pun jalan2 la kat rumah abang, kakak, sesedara sepupu sepapat di Batu Kurau. Dan tak lengah plak diorang terus pegi menjolok segala buah2 kayu yang ada. Ermm..sedapnya dapat makan buah fresh. Kenyang makan buah, sampai dah takleh isi segala nasi, mee dll. Masa kat kg, kamera dah tak berfungsi (tak ingat pun ada bawak ke idak) Ni snap masa sampai rumah di KL. Durian pun ada, tp CK tak sempat nk beli sbb hari dah malam. 

Dan...bila Jebat tanya, "apsal orang kampung ni loghat cakapnyer lain macam yer? cakap Kelantan bercampur dengan Kedah? "

ermmm...tak tau CK nk cakap apa, sbb gitu la orang batu kurau cakap. Loghat Patani. Mama Sara Nur, cer jawab? 


Dah abis acara di Taiping, Ck berangkat la plak ke Kuala Kangsar (tempat kelahiran kan. mana bleh tak singgah kan!! ) 


Macam biasa, putu perak menjadi kuih yang wajib dibeli, selain laksa kuala kangsar dan cendol, Ada jugak ketupat, lemang dll.Aduh, lepas la mengidam nk makan mende2 ni sume..( Borong makanan lagiiii ) 

Tapi kali ini, CK tak banyak singgah rumah kawan2 di Kuala Kangsar, setakat singgah rumah abang dan kakak jer ( 2 buah rumah jer) yg lain CK takde mood la plak...(entah laaa...angin kus kus datang kot )

Maaf la wahai kawan2 di kampung yang terbaca entri ni. Bukan takmo contack korang, tp CK terpaksa rush balik KL memandangkan banyak mende yang sedang menanti. Dengan anak bulus yg terkurung 2 hari dalam sangkar, mana lagi dengan ikan2 yang tak diberi makan. Adoiii...nk jalan pun susah !!!  

Rabu, 12 Jun 2013

Kacang Phool

Salam..

Malam ni dinner dengan roti perancis dan kacang phool jer. CK dah takde mood nk masak, pagi tadi lepas buat cookies, terus letih semacam..dan petangnya bantai tido 3 jam...aduhhh..bestnyer sesekali dpt tido petang2 cenggitu... hahaha


Tak sempat nk snap beria2.. ambik jer la gambar dari pinggan CK ni

Dulu dh pernah buat kacang phool ni kat sini  boleh tahan sedap nyer..sbb tu semalam bila pegi tesco, CK terus capai roti perancis ni. Selalu makan dengan sup cendawan, tp kali ni makan dengan kacang phool lagi sedap.

KACANG POOL 
Resepi : Pak Haji
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku

Bahan-bahan
1 tin kacang pool - kacang parang dalam tin Medammas Foul kimball
1 kg daging - dikisar
1 kg bawang merah - dikisar
2 labu bawang putih
1 sudu teh jintan manis - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil jintan putih - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 sudu kecil ketumbar - di goreng tampa minyak dan dikisar
1 inc halia - dikisar
1 cawan air
Sedikit minyak atau planta untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
Tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau
Masukkan daging dan kacau hingga masak dan empuk
Bila daging dah empuk, masukkan semua kacang pool
Tambahkan sedikit air dan masak hingga kuah sedikit pekat.
Rasakan garam dan gula secukup rasa

Bahan Dimakan Bersama 
Lada hijau - dihiris
Bawang besar - di hiris dadu
Roti - di bakar dengan sedikit planta
Telur mata lembu
Limau nipis 



Ok laaa...  dah kenyang makan, meh jamu mata dengan coklat yang CK buat semalam, untuk pengantin, untuk anak2 buah, cucu2 sedara dan sedara mara kat kampung. Yeahhh...ujung minggu ni CK nk balik tepen.


Ni coklat untuk hantaran.. dah takde idea dah nk deco. Ini jer laaaa... tema kali ni warna oren... 


Ni coklat untuk anak2 buah, cucu2 sedara dan sesedara kat kg nun.. ye la, 2 tahun sekali baru Ck balik kg, tentu la nk kena bawak buah tangan kan... ni baru 3 bekas, sbb masa snap gambar ni, bekas coklat dh abis. Kena tunggu Jebat balik la plak, beli lagi...


Ok..Mood balik kg dah sampai... Daaaaa !!!! 

Sabtu, 8 Jun 2013

Gadget Baru yang Gedabak

salam...dah lama CK tak update blog mahupun melawat blog kengkawan.. maaf yer...bizi gilos skrg ni.. tambah plak minggu depan, anak buah CK nk kawin...adoiii ...banyak keje tak settle lagi ni...selang sehari, sipengantin pasti call, nk tanya perkembangan kerja mak sedara sorang ni... hahahaha....

OK la...untuk memudahkan kerja2 buat muffin dan biskut, Ck dengan muka tak malunyer memohon la pinjaman daripada encik Jebat tersayang...hahahaha...(boleh percaya ker perkataan pinjam tu ?? )


Inilah dia pembantu baru yang sampai Khamis lepas. Alhamdulillah...terima kasih kepada bang Jebat yang sanggup melayan kehendak bini nyer ni...

Dan...jika tahun lepas (ketika tu dekat nk puasa jugak ler..) CK membeli sebijik lagi oben 52L, tp tahun ni, nampak gayanya biz ada la perkembangan sikit. Oben yang ada yang tak mampu nk tanggung kapasiti permintaan pelanggan...so jalan terbaik ialah menambah yang besar terus...hehehe....(dh macam kedai la plak)

Disebabkan mende alah ni, dapur CK yang dulunya luas berdendang, kini dah sempit dengan 4 bj oven, 2 peti es, dan 2 freezer...bayangkan !!!! 


Projek mengubahsuai dapur dan melakukan pendawaian terpaksa la dilakukan...sbb oven ni perlukan pendawaian baru...yang lama dah tak mampu nk tarik api banyak sangat....  DAN.....Inilah projek pertama dengan oben gedabak tu...choc cip cookies yang bakal dimasukkan ke dalam goodies bag untuk majlis kenduri minggu depan... 
Dan..Jumaat depan, bersedialah dengan muffin plak... hehehe.....senang keje kan...


Meh la layan cheese tart dan fruit tart yang CK buat hari ni... Kata Jebat, lepas ni kalo mengadu oben kecik lagi, kita sewa kedai jer laaa sebab dapur dah tak muat nk masukkan barang2 lain :p  (perli la tuuuu )




Ok... anak2 buah sekalian, lepas ni mksu dah boleh buat kek hantaran/kawin bertingkat2 untuk korang ...wakahkahkah !!!! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...