Isnin, 27 Jun 2022

Bubur Nasi

Assalamualaikum. Apa khabar semua. Dah sarapan ke? 




Pagi ini ada bubur nasi. Di gandingkan bersama ikan bilis dan telur masin sahaja. Tak sempat nak buat sayur goreng atau lain-lain lauk sampingan. Apapun, enjoyy !! 

RESEPI BUBUR NASI BERLAUK😋
BAHAN BUBUR
2cawan beras(dikisar)
6cawan air
Cara penyediaan:
Masak bubur dan apabila makin pekat boleh ditambah air sedikit.

RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN
Bawang putih
Sambal belacan
Kangkung
Bawang holland
Cabai besar merah

Cara penyediaan:
1.Panaskan minyak,tumis bawang putih sehingga garing,masukkan sambal belacan kemudian tumis sehingga naik bau.
2.Masukkan kangkung dan tambahkan air sedikit.
3.Goreng dengan api yang besar,kemudian masukan bahan perisa,masukkan cabai besar yang dihiris,kemudian masukkan bawang holland.Siap untuk dihidangkan.

BAHAN UNTUK HIDANGAN
kacang tanah (digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
Telur masin (direbus)
Bawang goreng
Limau
Daun bawang
Kangkung goreng belacan



OK...sampai sini dulu. Wassalam !! 



Rabu, 22 Jun 2022

SERABAI KUAH KACANG DURIAN

 Assalamualaikum


Musim durian sekarang ni kan? marilah kita makan serabai. 



Resepi serabai.

3 cawan t.beras
1 cwan santan
1 sudu b.yis mauripan
1 cawan kanji (tepung beras kacau dgn sedikit air ..kacau atas API hingga kental biarkan sejuk .)
Secubit garam
1 sudu besaq t.gandum

Air ikut bancuhkan ..agak2 adunan mcm buat ketayap.
Bancuh kesemua bahan2 hingga adunan tidak gentel ..peram selama 3 jam ..sementara adunan Naik ..sediakan kuah Manis .
Adunan Naik boleh la bakar dlm acuan serabai ...




BYE ! 


Selasa, 21 Jun 2022

Mee Bandung

Assalamualaikum. Lama tak bersiaran sejak MedSos yang lain semakin digilai. Ok lah, hari ini CKak nk kongsi satu resepi yang sedap. 




Resepi mee Bandung Muar

Bahan-bahan membuat Paste
=====================
300g udang fresh (optional)
100g udang kering (rendam & diblend bersama)
5 tangkai cili kering (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
3 ulas bawang putih (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
5 ulas bawang merah (diblend bersama 4 sudu kacang tanah)
Sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit gula

Cara Membuat Paste
===============
1) Bersihkan udang dan asingkan isi udang bersama udang kering tadi untuk di blend. Kulit dan kepala udang pula direbus untuk jadikan stok (Caranya blend dan tapis).
2) Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yang telah diblend tadi. masukkan stok udang, udang blend dan kacang tanah.
3) Letakkan garam, serbuk perasa dan gula untuk menambah rasa. biarkan ianya menjadi pekat paste.

Bahan-bahan Mee Bandung Muar
(Original Recipe)
========================
200g Udang galah atau udang harimau
200g Daging
200g Sotong Kering (Telah direndam) atau sotong kembang (optional)
Mee kuning
3 batang sawi
1 batang cili merah
1 biji tomato
2 biji tauhu (digoreng)
1 biji telur
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa
Sedikit gula
Sedikit bawang goreng
Sedikit daun bawang

Cara-cara
=======
1) Rebus Daging selama 1jam untuk mendapatkan air rebusan. kemudian simpan air rebusan dan hiris daging nipis-nipis.
2) Panaskan minyak, masukkan paste dan goreng sehingga naik bau.
3) Masukkan air rebusan daging tadi dan kacau sehingga pekat. Kemudian masukkan daging, sotong, kerang dan udang.
(Proses ini jangan terlalu lama)
4) Sedikit garam, gula dan serbuk perasa untuk menambah rasa kuah tersebut..
5) Masukkan sawi dan tomato. Tunggu sehingga mendidih dan pecahkan telur (telur jangan dikacau).
6) Sediakan mee dan tauhu goreng didalam pinggan. Tuangkan kuah mee bandung ke atas mee. Taburkan hirisan cili dan sedikit bawang goreng dan daun bawang di atas mee tersebut.
Note : Lagi pekat kuah & banyak kerang,sotong, daging.. lagi sedaplah. mee bandung original tidak menggunakan sebarang sos.
Selamat mencuba!



BYE !! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...