Selasa, 28 Mei 2013

Praktis Buat Lauk Pengantin

Salam...apa habaq kawan2 ?

Hari Sabtu lepas, CK berpeluang belajar satu lagi mende iaitu buat lauk pengantin. Sebelum ni mmg CK takde pengalaman dalam menghias lauk pengantin ni, kalo masak2 tu biasa la (yelah, hari2 kita masak kat dapur kan)
So.. bila jiran mintak tolong CK masakkan lauk pengantin, CK terima jer laa.. kononnya hanya memasak, bukan menghias. Tapi last2 bila jiran2 yang lain dah ada tugas masing2(hias meja, buat kek, masak lauk dll), CK dh mula gelabah, tangan ni mana pernah buat hiasan pengantin. Setakat korek buah tembikai buat bulat2 ada laaa (masa kenduri maklong)

SO..PESANAN CK- jangan gelak/kutuk yer...ni kerja sorang2 dan tak cukup bahan.. sengaja  CK ambil peluang ni krn anak2 buah ramai lagi yang tunggu giliran nk kawin. 


Pagi Jumaat tu, mak pengantin pun datanglah sambil membawa 3 ekor ikan siakap, 2 kilo udang saiz sederhana, satu bakul telur puyuh dan sayur2 utk perhiasan.... terkedu CK tengoknya.. apa nk buat ni?? Maka bercinta lah sekejap dengan encik Google, Majalah Rasa, Saji dll..... hasilnya??? mcm di atas tu laa... jgn gelak yer, sbb ini kerja ala budak tadika..first time la katakan.

Daripada barang2 yang diberikan, maka terhasillah
  • Ikan Siakap Sweet & Sour
  • Udang Goreng Berempah
  • Sambal Telur Puyuh  (ni sebenarnya lauk tambahan, memandangkan telur puyuh dh banyak, so mak pengantin mintak buat sambal )
Bab memasak mmg CK pejam mata jer laa...(hehehe..belagak teror kan...) tp bab menghias tu yang menitis segala peluh...adooiiii....

Start buat persiapan pukul 9.00 pagi, tup2 pukul 10.30 pun tak selesai gak lagi...alamak...cemmana ni? lauk pengantin nk kena hantar pukul 11.00?? apalagi...mengelabah la kejap...cepat2 suruh Jebat tolong apa yg patut.. (huh...tangan keras dia lagi la tak boleh harap )



Mula2 CK buat hiasan utk ikan siakap tu...atur punya atur daun salad...alamak... TAK CUKUP daun salad?? cemmana ni?? telefon mak pengantin- katanya letak jer la ada.. hias simple2 jer la .. alahai..takkan daun mangga plak??

Akhirnya, daun salad tu diselit2 jer celah2 ikan... so sebab tu hiasan pada udang dan telur dan takde daun salad... maaf yer... 


ermm..nampak hirisan lemon sebesar gedabak tu?? kerja tangan Jebat... lepas snap baru perasan... akhirnya hirisan lemon tu dikeluarkan...


 Udang panjat yang takde tenaga nk memanjat...sbb nenasnya ketot jer...hahaha...  tragis sungguh buat udang ni.. dengan daun salad tak cukup..udang yang taknk lekat kat nenas.. adoiiii...tambah plak perhiasan tak berapa nk cukup...CK dh ketandusan idea dah

Sambal telur puyuh... kesian.. langsung takde daun salad untuk menutup perhiasan di pinggan ni.. hanya letak timun jer...


 Lawa kan kek pengantin ni...kawan CK yg buat.. vanilla oreo cake..kalo nk tempah bolehlah contack Ayu Mirza CakeHouse di 019-3737670. Kek2 lain pun sedap


Inilah dia pengantin nya... comel 



Akhirnya...selesailah tugas untuk hari tersebt...alhamdulillah..semua lauk2 yang CK masak habis dimakan...ikan siakap tinggal tulang jer...hehehe... 

Dan lepas kenduri, semua kawan2 kepenatan, terlepek kat rumah...takpe..kita berjiran kan !!! yg penting semangat tolong menolong sesama kita. Semoga berjumpa lagi di kenduri yang lain 

Sabtu, 18 Mei 2013

Puding Roti Buah Pic

Salam...
Roti dah nak expired !! nk buat roti gulung sosej atau sardin, macam malas la plak (nk gelek, nk masak inti, nk buat itu ini...huhuhuu...dasar pemalas kan....)
Akhirnya...jadilah Puding Roti. Campur skali buah pic,lebihan buat pavlova.. ermmm...jalan !!!



RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • buah pic secukupnya
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula



 Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Tapi kali ni, sos kastard CK tak buat...sbb dah MALAS kan...apa yang ada jer laaa....



Rabu, 15 Mei 2013

Cream Puff

Salam..
Apa khabar? dah minum petang? meh jamu selera dengan cream puff kat rumah CK ni yer :p


Sebenarnya ada balance 13 bj dari order customer hari ni..so dapatlah anak2 merasa.


 Bagi yang merisik2 resipi tu, maaf la sbb CK tak dapat berkongsi resipi yang sebenar kerana ia adalah resipi dari kelas bakery. Kang marah plak rakan2 yang pegi kelas choux pastry tu...tp jangan risau, ada resipi yang lebih kurang sama dan tak kurang sedapnya juga

Resipi dari Yani MYR

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. 1
    Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. 2
    Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. 3
    Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. 4
    Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. 5
    Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. 6
    Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. 7
    Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. 8
    Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. 9
    Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.



TQ Nia Ellyssa (jiran merangkap vvip customer) sbb sudi tempah dr CK. Ni first time buat utk jualan bila dh betul2 yakin dengan resipi yang ada. Tapi rupa parasnya tak begitu indah, yer la,baru first time kan...syukur Nia tak kisah, janji sedap katanya :)

Isnin, 13 Mei 2013

Muffin Bluberry

Salam semua
Layan Muffin Blueberry yg sedap ni..utk bekal anak2 ke sekolah. Inilah juadah paling senang nk buat (slps stok roti tiba2 habis kat rumah,dan tak tau nk bekalkan apa pada anak2 )


Resipi
  • 125gm butter
  • 125 gm gula kastor
  •  2 biji telur
  • 250gm tepung kek
  • 1 sudu teh baking powder
  • 70ml susu segar atau cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan blueberry filling
caranya:
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti denga esen vanila.Tepung dan baking diayak .
  • Masukkan kedalam aduan mentega diselang seli dengan susu.Gaul rata.
  • masuukan kedalam cawan kertas.isikan 1/2 sahaja..diikuti inti bluebrry dan tutup kembali dengan adunan.Buat shingga habis.
  • Bakar dalam suhu 180 darjah selama 25 minit...



Aduhh...15 June 2013 makin hampir, debaran makin terasa (mcm CK ni mak pengantin plak) Anak buah yang nk kawin tu tiap2 hari hantar sms, call, pm kat facebook, tanya persiapan itu ini... CK ni masih berangan-angan lagi . Tak tau nk letak apa  dalam goodies bag. Muffin atau cupcake? coklat atau apam? itu blom kuih2 basah utk dimakan lagi? acar buah?...limau pun belum dijerukkan lagi... lauk pengantin? hari ni baru nk cari majalah deco lauk2 pengantin... Kesian kat kakak ipar yang baru lepas operate minggu lepas.  Dah pesan pada anak buah supaya jangan bagi mak diorang buat keje2 berat/fikir sangat pasal kenduri. 

aduiiii tolong !!! 

Ahad, 5 Mei 2013

Juadah hari mengundi

Salam
Apakah hari ini bakal mencipta sejarah baru? ermmm... sementara tunggu keputusannya,mari jamu mata dengan roti jala dan pengat durian yg CK buat ni. Hari ini my 'cheating day'. So boleh la makan karbohidrat dan gula lebih sikit :p


 Dah lama tak buat pengat durian dan roti jala ni. Bila tekak terasa nk makan, mulalah datang rajin tu. Tapi tak kisah la, sbb stok durian Bentong mmg sentiasa ada dalam freezer.


Habis mengundi tadi, singgah plak membeli putu mayam. Errmm..lama dah tak makan. Cicah ngan pengat pun sedap gak

Khamis, 2 Mei 2013

Suci Dalam Debu

Salam

CK suka makan suci dalam debu sambil dengar lagu Suci Dalam Debu kat youtube, takpun layan movie Suci Dalam Debu kat tv.. hehehe... (orang lama tentulah dengar lagu / tonton citer lama.. banyak kenangan tu) 
Nama lain bagi kuih ini Popia Nestum atau Batang/Ranting Buruk Sabah. Uish..banyak betul namanya yer.. yang pastinya, kudapan yang sedap dan bisa menkantoikan sesi diet anda.. hahaha



Popia Nestum ni CK buat masa takde keje (alhamdulillah...dh selesai menjahit langsir) dan tak ambik sebarang order lagi untuk memberi rehat pada diri sendiri. Tapi disebabkan boring, rodek2 esbox, nampak ada kulit popia melambai2 minta dibuatkan sesuatu. Hati pun tengah marah (sbb Jebat asyik keje 24jam)..so kita gulunglah popia tu. Ambik plak pat lima keping, buat murtabak sardin... 

Bahan-Bahannya
1 bungkus kulit popia (saiz sederhana)

- kulit popia dipotong dan digulung kecil2.
- gam hujungnya.
- goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan
- angkat dan toskan

Untuk bahan tabur
1 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung
1/4 cawan gula
- blend bahan-bahan diatas sehingga halus
- golekkan kulit popia yang telah kering minyak tadi di atas serbuk tersebut
- isikan di dalam bekas kedap udara



Dan ini plak produk jualan sempena Aidilfitri nanti. Ada popia nestum, popia serunding ikan bilis dan kuih kapit peanut butter
Tapi popia nestum tu bukanlah CK yg buat (hanya pinjam gambar jer...tak kuasa makcik yang menggulung kulit popia banyak2 cenggitu ) Just tolong biz kawan untuk 3 produk ni. So promote la kat sini. Mana tau kot2 ada rezeki dia.

POPIA NESTUM → 1 balang = rm20
POPIA SERUNDING IKAN BILIS → 1 balang =rm22
KAPIT PEANUT BUTTER → 1 balang =rm20

OK.. sapa nk order,boleh terus mesej kat FB CKFood yer.. tekan link ni https://www.facebook.com/photo.php?fbid=464608410282676&set=a.267682426641943.62767.190095287733991&type=1&theater&notif_t=like


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...