Khamis, 30 Julai 2015

Nasi Lemak Rm1

Nilainya hanya Rm1, kata orang... standard la harga begitu.. yelah kan, zaman GST ni, mana nk dapat harga makanan murah.

Dahulu zaman bujang CK,  nasi lemak ini seringkali menjadi pilihan bila malas memasak (walaupun megi) harganya cuma 70sen, kenyang jugak la makan (diet la katakan...malam2 tak boleh makan banyak...kahkahkah)

Kini, harganya sudah dinaikkan, namun kuantitinya juga dikurangkan. Jangan tak percaya uollssss...dua kali suap jer dh FINISTO !!  hahahaha



Inilah dia Nasi Lemak Perimbun, Pantai Dalam...  wangian daun pisangnya membuatkan masih ramai yg membelinya walau tak setimpal dengan dua tiga sudu nasi lemaknya. Beras, Timun, Bilis, Cili sume mahal wehhhh... kang kalo Ahmad Maslan baca entri aku ni, sure dia suruh aku masak sendiri kan !! hahahaha.... baiklah Datuk, esok saya masak sendiri...puas makan !!! 

Hahahaha... Daaaaaaa !!! 

Khamis, 2 Julai 2015

Stew Daging

SALAM

CK suka masak stew daging sbb anak2 suka makan. Tapi ambik masa sikit lah nk empukkan daging tu... CK masak jer dlm pressure cooker...kalo korang ada periuk Noxxa, bagus laa...mudah kerja memasak...tak sampai setengah jam pun


Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.

Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


RESEPI PES BAWANG

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.


Ok...sampai sini dulu....

Rabu, 1 Julai 2015

Masak Lemak Ketam dan Cencaru Sumbat

Salam

Ketam...bukan boleh jadi lauk (kata kawan CK)...sebabnyer, jenuh nk bukak isinya dan beri pada anak2... hahahaha....


Bahan bahan:
Ketam
1 kotak santan
1 biji bawang besar 
10 ulas cili padi
1 inci kunyit hidup
Garam
1 helai daun kunyit
1/2 biji cili merah - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
Air secukupnya

Cara cara:

Kisar bawang besar, cili padi dan kunyit hidup bersama santan. Masakkan di atas api perlahan sehingga hampir mendidih.

Masukkan ketam dan masak sehingga hampir masak. Masukkan garam, daun kunyit, bawang besar dan cili merah hiris. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.



IKAN CENCARU SUMBAT ALA UTARA
RESEPI
3ekor ikan cencaru sederhana besar
(Buang segala isi perut, belah bahagian belakang, cuci bersih, toskan, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam )
BAHAN2 SAMBAL (kisar /tumbuk )
saya lebih suka tumbuk sebab lagi sedap, hehe..
1.10tangkai cili kering
2.1/2 cawan air asam jawa
Bahan Perasa.. 
1sudu kecil garam
3sudu besar gula(kalau suka manis, )
Sedikit penambah perasa..
5biji bawang besar di potong nipis2
Cara2... 
Campurkan semua bahan, di atas termasuk bawang yang telah di potong nipis tadi.. gaul /ramas sampai bawang sedikit layu... kemudian sumbat kedalam ikan cencaru yang telah di belah belakang tadi... sumbat agak2 yang puan2 suka ye ..jangan penuh sangat nanti susah nk goreng...
Panaskan minyak dalam kuali goreng macam biasa kita goreng ikan sehingga garing... alih -alikan selalu supaya semua masak sekata
Boleh juga dibakar - balut dlm daun pisang dan masuk oben... hehehehe...
Sedap dimakan bersama nasi panas2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...