Ahad, 31 Oktober 2010

Gulai Tempoyak Ikan Jenahak

Salam....streamix di area Sri Kembangan ni ada connection problem. Sekejap boleh dan sekajap tak dapat. Ni pun kira nasib baik lah...jap lagi buat hal lagi...
Semalam, Jebat ngan kawan dia pegi memancing. Dapatlah habuan sikit. Hari ni masak ler ikan tu. Selalu buat kari, tapi kali ni buat gulai tempoyak plak. Wah...best sungguh. Lebih sedap daripada ikan patin atau ikan kembung tu...


Ni gulai tempoyak cara aku lah yer. Dah biasa buat cenggini. Tapi lom pernah buat yang guna santan tu...

Bahan-bahan
2 ketul/slice ikan jenahak
3 sudu tempoyak
5 biji bawang merah - tumbuk
2 batang serai - dititik
1 sudu serbuk kunyit(guna kunyit hidup pun boleh)
15 biji cili padi - tumbuk
1 biji timun cina(timun biasa pun boleh)-potong 4
garam & gula secukup rasa
daun kesom
bunga kantan
asam keping - kalo tempoyak kurang masam bolehlah tambah asam keping yer...

Cara-cara
Semua bahan yg ditumbuk tadi disatukan dan masukkan air serta serbuk kunyit tempoyak dan serai yg dititik.
Biar mendidih masukkan timun serta ikan.Tunggu sebentar biarkan ia mendidih.
Masukkan daun kesom.Tambah garam dan perasa. Siap
Kemudian boleh dihidangkan.

Sambal tumis udang &petai. Faberet along.

Hasil pancingan Jebat di kolam air masin Port Klang. 2 ekor jenahak dan 1 ekor siakap. Berbaloi2...

Jumaat, 29 Oktober 2010

American Chocolate Cake

Salam semua...tanggal 29 Oktober merupakan birthday along (Nur Farisya Idayu bt Saharudin) Hari ni genaplah 10 tahun anak pompuan aku yang sorang tu.

Kek ni saja2 buat untuk minum petang. Bukan birthday kek pun. Tapi aku letak gak la lilin atas kek tu. Tapi si Irfan yang sibuk sangat nk tiup.


Time kasih tak terhingga buat kak Ummi Kuantan yang sudi share resipi ni. Memang sedap dan lembut. Aku buat 1/2 adunan jer..kengkonon cukup la untuk kami anak beranak jer. Resipi ni copy sebijik sebijan dr umah kak Ummi. Sapa yang lom pernah cuba, mesti buat..tak menyesal punya. Senang plak tu. Takyah guna mixer pun.

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
2 cups flour*
2 cups granulated sugar - guna caster sugar
3/4 cups cocoa*
2 tsp baking powder*
2 tsp baking soda*
2 eggs
1 cup of milk (fresh)
1 cup of corn oil
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;:-
Ayak bahan * sekaligus
Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air.
Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min.



Rezeki orang sapa yang tau kan. Masa tengah makan, jiran2 plak datang . Bagi ler kat diorang rasa sikit. Mr Justin Cheah kata sedap. Abang Raja pun kata sedap. Siap nk order lagi.....kehkehkeh...tq,tq...nanti aku buat lagi yer...


Untuk Along, hepi birtday sayang. Semoga menjadi anak yang baik dan soleh. Mama sentiasa sayangkan along. Kalo mama marah, tak bermakna mama tak sayangkan along. Belajar rajin2 yer kerna ilmu itu penyuluh hidup.

Malam ni Jebat nk bawak kami semua keluar untuk celebrate birhday anak daro ni. Mana yer? entah ler....

Rabu, 27 Oktober 2010

Nasi Goreng Sardin

Salam...boringnya hari ni. Sampai skang (8.10 malam) my Jebat belom balik umah lagi. Tengahari tadi dia call, katanya ada transformer meletop, so banyak keje...eee menyampah...dh hujung2 tahun ni memang banyak meletop. Protes lambat dalam elaun ke weiii...

So dinner malam ni, nasi goreng sardin jer. Cubaan pertama. Tengok dalam citer "Warung Kita" sedap jer si Faruk tu makan. So google kat internet cari respi.


Aku campur sikit dengan hirisan kacang botol. Buat pedas2 skit. Kengkonon untuk aku sorang jer laa...tp budak2 tu mengendeng la plak. Aku cakap pedas, suruh diorang rasa sikit...tp lepas sesudu demi sesudu, diorang cakap "Mana ada pedas mama...tipu jer...!! " aik?? tak pedas....entah ler... lidah aku ni mmg takleh makan pedas sejak mengandungkan Ryan ari tu...

Bahan-bahan ( 1 orang )
1 pinggan nasi
1 ketul sardin tin
5 biji cili api ( nak pedas + la )
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sb sayur campur
segenggam ikan bilis
1 sb bawang goreng
garam secukup rasa
1 biji telur buat menghias
daun bawang

Cara-cara
tumbuk bawang2 dan separuh ikan bilis bersama cili.
panaskan minyak, goreng separuh lagi ikan bilis tadi.
ikan bilis dah garing, masukkan bahan tumbuk. kacau hingga naik bau.
masukkan sayur campur, kacau lagi sampai sayur agak2 layu.
masukkan pula sardin yang dah dihancurkan. kacau lagi.
masukkan garam n aji. kacau. masukkan pula nasi. kacau sekata.
last sekali masukkan bawang goreng dan daun bawang. gaul lagi.
siap. telur lak di goreng dadar kemudian potong sebagai hiasan.

Patutnya makan ler ngan telur goreng mata kerbau. Tapi aku dh malas nk goreng telur. Makan ngan keropok jer... tu pun dh sedap... wallah...lepas ni boleh buat lagi...

Selasa, 26 Oktober 2010

Muffin Cempedak

Cuaca kat kawasan rumah aku ni suram jer, mungkin nk ujan kot jap lagi. Dan...dikala cuaca mendung ni, aku semarakkan kawasan rumah aku ni dengan bau muffin cempedak aku ni..kehkehkeh....(minggu lepas cekodok cempedak, minggu ni muffin cempedak plaks)

Sebaik saja Irfan balik jer dari tadika, aku pun keluarkan mixer dan buat muffin cempedak ni. Untuk minum petang la kononnya. Tapi sebaik saja keluar dari oven, si Irfan dah telan 5 biji (termasuk aku ngan Ryan ler..)


Kredit to Kak Fida ... memang marbeles la muffin ni. Bau bukan saja satu rumah tapi satu taman. Mujur jiran sebelah aku ni (cina) dh pindah. Kalo idak, tentu bebudak tu tanya.."untie, ini hari masak kek?" hehehe....

Bahan-bahan ( 20-30 biji )
250 g mentega
180 g gula kastor/halus
2 biji telur
1 sk esen vanilla
250 g Top flour * (akak guna tpg gandum)
1 sk baking powder*
1/2 sk bicarbonate soda*
1/8 sk garam halus* - (ayak bahan2 bertanda*)
100 ml susu cair
120 ml susu segar
300 g puri cempedak
100 g badam cincang - dipanggang sebentar

TOPPING :-  (aku tak letak puri cempedak pun, just badam cincang jer)
secukup puri cempedak
secukup badam cincang

Cara-cara
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang dan masukkan telur dan esen dan pukul terus hingga sebati.
2.Masukkan campuran tepung dan pukul perlahan.
3.Masukkan pula kedua2 susu dan pukul perlahan hingga rata.
4.Akhir sekali masukkan pula puri cempedak dan badam cincang dan gaul hingga sebati.
5.Masukkan adunan ke dalam mangkuk muffin 3/4 penuh dan bubuh sedikit topping diatasnya.Buat hingga habis dan bakar di dalam oven yg telah dipanaskan dulu pd suhu 165C selama 25 min. atau bergantung pd kepanasan oven masing2.
6.Adunan boleh juga dibubuh ke dalam papercups dan bakar.
7.Sejukkan muffin diatas redai sebelum disajikan.


Muffin ni memang gebu, lembut dan harum. Rugi sapa tak cuba. Lain kali boleh buat lagi. Mungkin puri cempedak ni boleh ditukarkan dengan durian atau mangga. Kak Fida, jangan marah yer !! hehehe

Asam Pedas Daging

Salam semua... hari ni ber'asam pedas ler plak. Dah lama jugak tak masak lauk ni. Sejak dua menjak ni mmg takde mood nk masak, apatah lagi buat kuih, muffin dan seumpamanya. Sebabnyer..si Ryan tu takleh nk berenggang sikit pun. Masak lauk ni pun masa dia tido. Bila dia bangun, kena mengadap muka dia jer..kalo tak...uaaaa....melalak !!! rimas dibuatnya. Nak blogwalking pun payah ! Melainkan kalo ada abang dan kakak dia..sbb ada orang jaga. Idak ler dia merengek.


Bahan-bahan
½ kilo daging (dihiris nipis)
2 cawan air asam jawa
2 tangkai daun kesum
1 tangkai daun limau purut
1 liter air sejuk
Serbuk perasa
Minyak masak
Garam

Bahan dikisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
5 biji cili padi
2 biji buah keras
5 biji cili kering
2 cm belacan

Cara-cara
Panaskan satu sudu besar minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan daging dan air asam jawa.
Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.
Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk.
Kemudian masukkan daun kesum.
Angkat dan hidangkan.

Lauk tambahan- ikan kayu masak taucu.Rencahkan dengan timun. Untuk anak2 kalo diorang tak suka makan asam pedas tu. Tapi rasanya si along takde masalah makan asam pedas sbb mmg paberet dia. Si Irfan tu ler..banyak songeh.

Sabtu, 23 Oktober 2010

Nasi Mentega Kismis

Salam Sabtu buat semua. Terima kasih kerana memberi pandangan berkenaan masalah semalam. Korang mmg best lah...

Macam biasa, hari sabtu ni Jebat kena kerja, so masak2 untuk anak2 jer. Dan yang jadi kesukaan anak2 tentulah nasi minyak. Lauknya apa lagi, tentulah Ayam Masak Merah.


Resipi amik dari umah doktor yang cun dan rajin buat kek, sapa lagi kalo bukan Doc Inahar. Thanks you akak.. (dok Inahar amik dr umah CMG)..copy mengopi amalan blogger..hehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan. (kita guna beras siam wangi)
5 cawan air
1 cawan susu sejat "IDEAL"
1 kiub ayam "Maggi" (optional)
2 camca besar mentega
Garam secukup rasa
1/3 cawan kismis

BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, hiris nipis
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

BAHAN HIASAN
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub ayam (hancurkan) dan gaul rata.
2.Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
3.Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk2 kegemaran. Selamat mencuba..

**Aku guna kismis hitam sunmaid jer. Ada sikit balance buat coklat. So bedal jer lah. Nk cari kismis kuning takde la plak. Kalo kismis kuning, mesti lagi cantik. Tabur plak ngan badam hiris, pun drpd balance wat coklat...hehehe...

Paling best kalo kenakan dengan acar buah. Stok acar buah mmg sentiasa ada jer kat rumah ni.. tp hanya aku ngan Jebat jer makan acar buah ni..budak2 tak reti makan. Apa raaaa

Lauk paberet anak2 dan menjadi lauk wajib setiap minggu - Ayam Masak Merah. Aku ngan Jebat dh jemu makan lauk ni. Tapi apakan daya, seminggu sekali kena masak lauk ni, kalo tidak, anak2 mesti tanya- Dah abis sos tomato ke? idak pun Minggu ni tak beli ayam ke??


Rabu, 20 Oktober 2010

Cekodok Cempedak

Salam semua... ni juadah minum petang hari ni. Dah goreng sikit lepas lunch tadi, untuk makan2 sambil tgk tv..sikit jer laa...
Kat rumah ni tengah banyak cempedak. Nk buat goreng macam biasa tu dh jemu. So aku blender isinya dan simpan. Kali ni buat cekodok. Next time boleh buat muffin, eskrem, dll plak...uish..banyaknyer plan..


Bahan-bahan
1 cawan isi cempedak -buang biji dan blender..tambah sikit air
1/2 cawan gula
1 cawan tepung - (agak2 bila bancuh tepung tu jadi pekat dan tak cair oklah..mcm wat jemput pisang)
1 sudu kecil bicarbonat soda... (ganti dengan yis pun boleh)
minyak untuk menggoreng
*kalo suka boleh tambah kelapa parut 2 sudu...kali ni aku tak letak sbb takde kelapa parut.

Cara-cara
1.satukan kesemua bahan di atas kecuali minyak lah ia.. dan perapkan selama 15-20 minit
2.selepas 20 minit tu sediakan kuali dan panaskan minyak utk menggoreng.. Gorenglah wat cam jemput2 tu sampai habissss...
3.sedia untuk dimakan.. sarapan atau waktu petang.. nyamnyam
4.Selamat mencuba... :)

Aku dah biasa letak yis daripada baking soda. Mmg gebus.. Zarina, jangan panggil aku Cik Noorma Gebu yer...


Harum semerbak masa goreng cucur ni. Gamaknyer satu barisan boleh bau. Hehehe...jemput makan sume..

Chili Prawn

Smlm makan chili crab, hari ni makan chil prawn plak..hehehe... mencuba resipi baru..kali ini dari Good Food Channel. Asyik wat sambal jer mesti borink kan.. Anak2 mmg suka udang...



Ingredients
5 tbsp tomato ketchup - ( aku guna 3tbsp besar tomato sos, dan 3tbsp cili sos)
2 tbsp soy sauce
1 tbsp sugar
2 tsp cornflour
1 tbsp chili paste (ni aku tambah...hehehe...pepandai jer...nk kasi pedas ler....)

For the prawns
2 tbsp vegetable oil
6 large cloves garlic, chopped
3 medium red chillies, chopped
3 cm ginger, chopped
300 g raw tiger prawns, de-veined and shells removed
200 ml boiling water
1 tbsp strained lime juice
2 spring onions, shredded
4 tbsp coriander, leaves pickedchopped

Method
1. Mix all the ingredients for the sauce and leave on one side.
2. Heat a wok or large frying pan, and add the vegetable oil. Toss in the chopped garlic, ginger and chillies, and stir fry for about 30 seconds, until the chillies have darkened.
3. Add the prawns and continue frying for about 3-4 minutes - until they turn pink.
4. Stir in the sauce, bring to a simmer and pour in the boiling water.
5. Sharpen with the lime juice and add the spring onion and chopped coriander. Serve straight away with boiled rice.  (aku malas nk letak spring union dan chopped coriender ni..kang anak2 dok mengasing sayur jer...)


Ok.... rasanya mcm udang sweet and sour la jugak....  not bad !!!

Selasa, 19 Oktober 2010

Ayam Goreng Kunyit

Malam ni masak ayam plak. Petang tadi hujan lebat..alhamdulillah..basah tanah..segar pokok2 dan orangnya..hingga malas nk kuar pegi kedai beli barang2/sayur2. So masak jer la apa yang ada dalam esbox tu.


Bahan-bahan
4 keping dada ayam di potong kecil
4 urat kacang panjang di potong panjang
1/2 batang carrot potong panjang/ ikut suka
1/2 biji bawang besar yg kaler kuning di potong berdiri, bukan melintang
3 ulas bawang putih di ketuk
Lada merah & Hijau di mayang
1/2 biji telur kuning
1 sudu makan tepung gandum
minyak untuk menggoreng
2 sudu makan Sos tiram
1/2 sudu kecil garam, perasa & gula

Cara-cara
1.Isi ayam, garam, kunyit, telur & tepung di gaul rata.
2.Goreng dlm minyak yang banyak agar garing ~ jgn terlalu garing, nanti keras
3.Tos kan ayam yg dah masak, Keluar kan minyak dr kuali, tinggal sikit utk menumis
4.Masukkan semua bahan2 lain, gaul rata
5.Masukkan ayam goreng sekejap, angkat ~ boleh keluarkan minyak yang berlebihan




Ok.....tak sabar nk tengok sambungan ASMARA malam ni....

Chili Crab

Salam... hari ni masak ketam la plak. Tapi sekor jer lah..untuk anak2 yang suka sangat makan ketam. Kali ini buat chili crab versi chef Wan plak. Sedap nampaknya... aku rasa kuahnya sikit. Ketamnya ngak boleh makan, nanti gatal satu badan...


Resipi amik dari AFC, koleksi chef Wan (duta masakan Malaysia yang femes tu)

Ingredients
cooking oil for deep-frying + 2 tablespoons
1 1/2 kg crabs, halved
2 tablespoons cornflour (campurkan dgn 1/4 cup air)
1 egg, beaten.
spring onion, chopped.
(Finely ground paste)
1 1/2 tablespoons powdered chilli
6 red chillies
6 cloves garlic
100g shallots (3 ulas)
1 cm ginger
Sauce (blended)
3 tablespoons chili sauce
2 tablespoons sugar
2 tablespoon vinegar
1 cup canned tomato sauce
salt

Method:
1- Heat the oil and deep-fry the crabs until golden. Drain and set aside.
2- Heat 2 tablespoons oil and saute the finely ground paste until fragrant. Stir in the sauce ingredients and bring the mixture to a boil.
3- Cover and simmer for about 10 minutes.
4- Gradually ass the cornflour mixture and stir well.
5- Add the beaten egg.
6- Gently stir the fried crabs and simmer until the sauce is cooked.
7- Garnish with spring onion and serve



Sejak diorang dh pandai makan ketam ni, bolehlah selalu masak. Dah tak payah nk tolong kopekkan isi ketam tu keluar..diorang buat sendiri...aman sikit nk makan.. hehehe...


Ok... si kecik tu tgh tido. Bolehlah masak, snap gambo dan post kat blog (tu pasal letak pc ni kat bawah..senang update blog..hehehe) .. ni baru 1 lauk je taw...tunggu kecik tu tido second round baru masuk dapur balik...

Isnin, 18 Oktober 2010

Spaghetti Carbonara

Salam... breakfast pagi ni buat spegheti carbonara. Breakfast ke dah pukul 9.30 ni..kiranya utk makan2 anak2 masa balik sekolah nanti ler.. kes kat umah dh kehabisan stok bawang. Malas plak nk keluar..so sms jebat la suruh beli masa dia nk balik nanti..


Spegheti Carbonara ni dh selalu masak. Inilah yang anak2 suka pun. Yang lain tu tak brapa jalan. Resepi amik dr umah kak Umi Kuantan. Thanks akak!!

Bahan-bahan (2-3 org):-
450g spaghetti
2 camb minyak jagung
1 labu bawang besar
200g udang - dibuang kepala & kulit
115g keju cheddar
3 biji telur
3 camb susu segar @ 4 camb whipping cream
garam, serbuk lada hitam secukupnya
3 camb hirisan daun parsli @ dried parsley
*aku tambah sosej, brocoli, carrot  dan cendawan -kasi warna warni sikit...

Cara:-
Jerang air yg banyak, bila mendidih, masukkan 1 camb minyak, garam dan spaghetti.
Cincang bawang, panaskan minyak dan goreng bawang hingga layu dan keemasan.
Masukkan udang dan kacau hingga udang masak. Ketepikan.
Parutkan keju.
Bila udang masak, masukkan susu atau whipping cream dan bubuh garam serta serbuk lada hitam.
Toskan spaghetti kemudian letak semula di dlm periuk.
Masukkan telur dan keju, kacau cepat dan campurkan dengan bahan gorengan.
Kemudian sajikan dan hias dengan daun parsley.


Ok..sampai sini dulu..Panas betul yer skang ni. Nk masak pun malas(malas nak main dengan api) .... apa yang best yer?? emmm...pegi shopping lah..window shopping, sbb kat shopping mall tu sejuk jer.. tp bila keluar jer dan masuk dalam kete...fuhh..panas membahang balik...

Ahad, 17 Oktober 2010

Kek Batik Marie

Salam Ahad buat semua... Hari ni lambat sikit jalan2, sbb nyer si Jebat tengah basuh poc kete tu..hehehe...aku dh membebel..asyik dengan ikan kat belakang rumah jer..kat depan tak terjaga...

So plan g jalan2 tukar ke waktu petang...dapat lah rehat, masak2 dan makan2 ...

Dah lama nk buat kek batik marie ni, tp asyik tertangguh. Tiap kali pegi pasaraya asyik terlupa beli biskut marie..



Resipi ni aku dapat dari MYR, Time kasih sesangat untuk MrDayat. Mmg sedap kek batik ni (3 tahun lepas pernah gak buat, tp tak sedap) tp yang ni mmg best. Biskut tu bila dh lembut mmg marbeles lah kesedapannya... tak percaya? Cuba ler...

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )
• 1 bungkus (350g) biskut marie
• Setengah buku butter
• 2 biji telur
• 1 cwn serbuk koko
• 1/2 cwn milo
• 1 cwn air
• 3/4 cwn gula
• ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara
1. patah2kan biskut
2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

*** kek aku ni tak brapa lawa sebabnya nk cepat. Letak dalam tupperware plastik jerk. Tapi..walopun rupamu BOROK, tapi RASAMU SEDAP !!!  hahaha....


** Lain kali boleh buat lagi kek ni. Lepas ni nk tambahkan slice almond plak. Mesti lagi gempak...

Sabtu, 16 Oktober 2010

Char Kuetiau - versi kering

Salam...perjalanan hari ini meletihkan tapi seronok. Dapat jumpa mak, berkelah kat pantai, makan2. Tapi dalam pukul 2 kami dh gerak balik KL. Tak sempat nk singgah kampung Jebat. Lain kali le katanya (sebenonyer dia yang  malas nk menyinggah, kang mak sedara dia suruh makan ler..lepas tu suruh rehat..suruh mandi ler...kang melarat sampai petang...tu yg maleh tu..)

Manu malam ni, kuetiau goreng jerk.. dh tak larat nk keluar makan kat luar....


Char kuetiau ni versi kering. Sapa suka basah, bolehlah tambah air sikit. Janganler sampai sebaldi air yer...kahkahkah......

Bahan-bahan
>secekak kuetiau (dalam setengah bungkus) cuci bersih dulu yer...
>2 ulas bawang putih- ditumbuk
>1 sudu besar cili kering kisar
>1 sudu besar sos tiram*
>1 sudu besar sos ikan*
>1/2 sudu kecil serbuk perasa*
>1 sudu kecil kicap pekat*
>beberapa titik cuka* (semua bahan2 * disatukan dalam mangkuk)
>taugeh, kucai secukupnya
>udang, kerang
>1 biji telur

Cara-cara
>Tumis bawang putih sampai naik bau, kemudian masukkan cili kering kisar. Tumis lagi sampai pecah minyak.
>Masukkan udang, kerang - kacau goreng sekejap.
>Pecahkan telur, masukkan dalam kuali.
>Masukkan kuetiau. Kacau rata
>Masukkan bahan2 kicap. Kacau lagi biar sebati.
>Masukkan sayur...kacau dan SIAP......

Senang jer kan....tak sampai 10minit dh siap...



Citer apa yang best yer malam ni???? agh...TIDO lagi bagus !!! esok nk sambung jalan2 lagi... alahai Jebat...kalau cuti bukannya tau dok umah !!!

Jumaat, 15 Oktober 2010

Popia Goreng ... lagi...

Salam...cuaca di Bukit Jalil ni panas melenting. Tak sanggup nak keluar rumah time panas2 cenggini. Nk tido pun takleh gak...Panas !!!

Mood malas dah mencapai tahap extreem. Masak tetap masak, tapi yg simple dan senang jer. Janji perut kenyang.

 Untuk petang ni, buat popia goreng jer lah. Resipi kali ni lain sikit daripada yang biasa aku buat. Ada kacang panjang, karot dan isi udang. Tu yg best tu...

Bahan-bahan:
kulit popia ~ secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 biji telur -dipukul utk dijadikan gam pada kulit popia
Bahan untuk inti:
Udang ~ dipotong dadu
2 cawan taugeh
1 batang carrot ~ disagat/potong halus
1 mangkuk kobis ~ potong halus
1 labu bawang besar ~ dicincang halus
3 ulas bawang merah &  2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
Sedikit minyak utk menumis
Garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yg ditumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan udang, bawang besar dan carrot, kacau rata.
3. Masukkan kobis, garam dan gula. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun ke dalam mangkuk.
5. Bubuh inti popia ditengah kulit popia dan gulungkan sehingga hujung dan gamkan hujung dengan bancuhan tepung tadi.
6. Gorengkan dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
7. Bila telah kekuningan bolehlah angkat dan toskan minyak






Ok...sampai sini dulu. Esok kami sekeluarga nk balik Melaka, tgk mak aku, sekaligus melawat mak sedara Jebat kat kampung dia, Batu 11 Sungai Udang. Hari tu masa ada kematian kami tak dapat balik. Semoga perjalanan selamat pergi dan balik. Amin...
dan...hari Ahad, ada projek lagi. Menghantar stok2 anak ikan tilapia ke Bukit Antarabangsa, sekaligus melawat sedara Jebat (sume sedara Jebat ler..,,aku mana ada sedara ) kat Taman Melati, dan ke rumah maklong kat Ampang. Masa raya ari tu tak sempat pegi...
So...no entri lah sepanjang 2 hari nanti yer.... BYE !!!


Khamis, 14 Oktober 2010

Karipap Inti Manis

Salam... breakfast pagi ni makan karipap ler plak. Nasi lemak smlm tu tak cukup. Budak2 dh bawak bekal ke sekolah la plak... (itu ler anak2 aku, kalo benda sedap, mesti nk bawak bekal)


Karipap ni mmg dah ada dalam esbox. Aku mmg buat banyak2 dan frozenkan. Kalau ada tetamu yg datang menerjah, inilah makanan penyelamat. Intinya versi kosong tapi manis. Apakebendanyer tu? Maksud aku, intinya kentang/keledek. Tapi takde ayam atau daging. Rasanya pun manis2 sikit. Resipi ni senang jer, aku dapat dari seorang makcik yang jual karipap kat kawasan sini.

Resipi inti
>keledek-potong kecil dan rebus
>bawang besar -dipotong dadu
>serbuk kari ikan
>sedikit ikan bilis-ditumbuk
>kiub ikan bilis -klau suka laaa
>garam,gula, perasa

Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yang dipotong dadu hingga layu
Masukkan serbuk kari ikan, goreng hingga rempah masak.
Masukkan sedikit air, kacau hingga pecah minyak
Masukkan ikan blis dan keledek yang direbus
Tambah kiub ikan bilis, gula, garam dan perasa
Biar kering dan bolehlah diangkat.

Ni resipi inti jer yer...Untuk doh,pandai2 ler korang goole kat kebinet aku tuh...Kalo malas, pakai pastri puff pun boleh, tp jangan goreng yer...bakar ler... pun sedap gak...

Rabu, 13 Oktober 2010

Nasi Lemak Sapi

Dah lama sebenarnya nak makan nasi lemak ni. Anak2 pun slalu tanya ‘Bila mama nk buat nasi lemak?” alahai... sian plak . Dan hari ni, oleh sebab tak masak sebelah tengahari, dan malamnya bolehlah masak nasi lemak. Sengaja buat lebih sbb esok pagi budak2 tu boleh sambung breakfast ngan nasi lemak lagi.

Syhhhhh...sebenarnya tadi aku buat nasi lemak kukus, tapi tak menjadi...nasinya terlebih lembik. Mungkin sbb terletak banyak air kot. Sib baik Jebat tak perasan. Cepat2 aku humban kat dalam longkang belakang... tp kesian kat beras siam tu..Mahal woooo...

Lepas tu terus aku ajak Jebat pegi pasaraya beli santan. Balik tu terus aku tanak nasi lemak lain. Ni kiranya nasi lemak biasa je lah, bukan kukus...

Nasi Lemak Paberetku...waaaa..banyak plak aku makan malam ni...

Nasi Lemak hari ini ada kelainannya. Aku tambahkan sikit minyak sapi dalam nasi ni. Lagilah tambah wangi dan sedap. Tak percaya? cubalah sendiri...


Inilah antara lauk2 yang kami makan bersama nasi lemak.

 Selalunya kalo buat nasi lemak, mmg banyak lauk. Paling sikit pun mesti ada sambal tumis, ayam goreng dan telur goreng. Hari ini dh tak larat nk masak lauk lain. Hajat hati nk buat rendang daging dan paru goreng. Tapi dh tak upaya...letih... cuaca plak panas, lagi ler takde mood

Sambal sotong kering.
Dah lama teringin nk makan ngan sambal sotong kering ni. Ada 4 ekor sotong kering. Rendam dekat setengah hari. Pastu rebus sekejap (gigi masih sakit ni..takleh makan benda keras. Aku baru jer dapat gaji, nampak gayanya kena bagi duit kat dentist lagi laaa...)


Sambal tumis ikan bilis. Lauk wajib untuk anak2
Ni lauk untuk anak2. Diorang tu mmg banyak songeh sikit. Lauk sotong tu dikatakan keras ler, tak sedap ler..tp kalo sambal tumis ikan bilis ni mesti makan punyer...

Ayam Goreng.
 Sorang seketui yer..takleh lebih2. Biasanya kalo masak lauk2 untuk nasi lemak, takleh buat lebih2. Kang muak plak makannya. Kalo sikit mcm gini, pasti diorang suruh masak lagi esok lusa..
<> 

 
Telur goreng mata. Lauk wajib kalo buat nasi lemak. Mmg best..

Entah laa...jika nk dibandingkan dengan telo rebus, telur dadar, ngan telur goreng mata, aku lebih suka telur goreng mata ni. Sedap.. makan ngan nasi + kicap pun sedap. Daripada aku, sampai la anak2, sume suka telur goreng cenggini.

Timun, kalo takde ni, mmg tak lengkap la nasi lemak



Ok..sampai ini dulu. Nk tgk citer Gelora di Hati Sara. Eeee..geram betul ngan Sara tu. Si Asrol dh elok2, dia plak suruh rujuk balik dengan Tengku Marina... Jom kita tengok yer...

Kebab Daging Salai

Salam semua. Hari ini tak masak nasi sbb Jebat balik lambat. Hahaha..leh rilex sikit, main2 dengan Ryan, layan lagu, baca majalah dll.... umah tak kemas pong....(bab tu yg malas)

Ni untuk anak2. Takde sayur. Hanya daging, mayonis, cheese dan sos tomato

Dah lama tak beli kebab kat pasar malam. Sebabnya, kat pasar malam tu dia guna daging burger. So tak sedap ler..dh macam makan burger hancur jer..Harga plak mahal, rm3.00 satu (kalo aku tak cukup ler..mana ngan anak2 lagi) Baik buat sendiri. Kenyang dan puas makan. Yang penting, kena ada vitamin R tu ler...
 Resipi ni aku amik dr blog Herman dan Naza.  Tak kenal pun sapa tuan rumah ni. Hasil carian dr Mr.Google jer.. Resipi asal guna roti pita, tapi aku guna roti hotdog jer.

Bahan-bahan untuk perap
Daging dihiris nipis (Kalau boleh daging batang pinang)
Sos tiram
Lada hitam
Serbuk ketumbar
Serbuk jintan

Bahan tumis
2 sudu minyak masak
2 biji bawang putih dicicang
Sebiji bawang merah
Sos cili
Garam
Gula
Serbuk perasa
Bahan Hiasan
Tomato dihiris nipis
Salad
Mayonis

Cara-cara penyediaan
>Perap daging yang dihiris nipis dengan bahan perapan iaitu sos tiram, lada hitam, serbuk ketumbar dan serbuk jintan. peraplah dalam 1 ~2 jam. Lagi lama lagi sedap.
>Panaskan sedikit miyak dalam kuali. Jangan banyak ye. Dalam sesudu jerk. Masukkan daging hingga daging kering. Masa ni, banyak air daging akan keluar dan masak daging hingga betul2 kering. Proses ni boleh dianggap sebagai proses memanggang.
>Bila daging dah kering dan telah empuk. Bolehla diangkat dahulu.
>Panaskan minyak lagi dalam kuali yang sama. (pun dalam sesudu je). Masukkan bawang putih.
masukkan bawang dan kemudian masukkan daging.
>Kemudian masukkan sos cili, sedikit garam, gula dan serbuk perasa. Masak dalam 4~5 minit sahaja.
>Sediakan roti kebab. Belah tengah dan masukkan bahan hias beserta mayonis berselang seli dengan daging yang siap dimasak. Setelah siap, letakkan mayonis lagi di bahagian atas kebab sebagai hiasan.
>Sedia untuk dihidang.

Ni utk aku. Ada segala jenis sayur. Lengkap !!!
Ok...sampai sini dulu...

Isnin, 11 Oktober 2010

Sambal Biji Cempedak

Salam... korang pernah makan bijik cempedak tak? hehehe... ada yang kata angin, tp apa kira kan, kalo sedap, balun jer lah...

Sblm puasa dulu, aku pernah masak lauk ni dan bawak ke rumah kawan. Masa tu kami wat gather2 kecik. Diaorang tanya "Noorma, ko bawak lauk apa tu?" Aku jawab "Ni lauk rahsia, korang rasa dulu dan bagitau apa bendanyer tu. Kalo betul aku bagi sehengget !! " hehehe.....

Tekaan demi tekaan dibuat. Akhirnya Wati ngan Zarina fed-up.....hehehe... dan bila aku cakap "Ni bijik cempedak laaa..." baru diorang tau.. "A'ah..patut ler. Aku dh nk cakap tadi..." kata Zarina...hahaha....

Selain buat sambal tumis, bijik cempedak ni jugak boleh masak kari ngan kerang atau udang. Kiranya macam pengganti ubi kentang lah....

 Bahan-bahan
>biji cempedak secukupnya -direbus dahulu dan dikikis kulitnya - pastu hiris nipis
>bawang merah*
>bawang putih*
>belacan*-kalo suka (semua bahan2* ditumbuk/kisar halus)
>cili kering kisar
>ikan bilis -digoreng dahulu
>bawang merah-dipotong bulat
>sedikit air asam jawa
>gula, garam dan perasa

Cara-cara
1.Tumis cili bersama bahan2 yang ditumbuk sampai naik bau/pecah minyak.
2.Masukkan air asam jawa. Tambah garam, perasa dan gula.
3.Masukkan biji cempedak. Kacau lagi.
4. Masukkan bawang merah yang dihiris bulat bersama ikan bilis. Kacau dan SIAP..

Senang jer kan....macam masak sambal tumis biasa jer....



*** Kat rumah ni menu wajib tiap hari ialah SAMBAL. Kalo takde sambal macam takde selera jer nk makan. Mesti ada lauk warna merah ni.

Bubur Oat & Nasi

Breakfast pagi ni, bubur aot dan nasi. Ni untuk aku ngan Ryan ler. Jebat ngan anak2nya lagi 2 ketui tu mmg ler tak makan bubur ni. Diorang makan roti sosej goreng. Apa kisah kan...



Resipi ni aku dapat dari rumah Nurindah. Sesapa dh boring makan nasi, atau dalam keadaan tak sihat tu, elok lah cuba respi ni.

Savoury Oat Porridge atau Bubur oat-dari zalina sumber Quaker Oat

Garnishing:
* Spring onions
* Fried onions
* Chillies, sliced

Ingredients :
* 1 cup/90g Quaker Quickcook Oatmeal
* 100g of chicken fillet, sliced
* ½ tsp sesame oil (optional)
* 1 tsp light soy sauce
* Pinch of white pepper
* ½ cup (100g) rice, washed and soaked for 30 minutes
* 1 litre water
* 1 tbsp cooking oil
* Ginger, shredded
* 2 dried mushrooms, soaked, washed and sliced
* 1 small carrot, diced -

Method :
1. Season chicken with sesame oil, light soy sauce and pepper. Set aside.
2. Heat oil in saucepan. Add ginger, dried mushrooms and chicken. Cook, stirring, for 2-3 minutes.
3. Add rice, water, Quaker Quickcook Oatmeal and carrots.
4. Cook about 30 minutes until porridge is soft and creamy. If too thick and dry, adjust consistency with additional hot water. Season to taste with salt and pepper.
5. Serve in individual bowls with a dash of sesame oil and light soy sauce. Garnish with spring onions, fried shallots and chillies



***Suka plak Ryan makan bubur ni.. nk cepat besar yer !!!

Ahad, 10 Oktober 2010

Cepat Masak,Cepat Makan

Salam Semua. Hari ni masak cepat sikit. Almaklum ler, semalam tak masak nasi. So budak2 tu dh mintak nasi pagi2 lagi.. itu le anak2 aku.. sehari tak jumpa nasi macam setahun..

Masak lauk biasa2 jer. Apa yang ada la dalam esbox tu. Malas dah nak keluar ke kedai dan skang ni pun tgh mood malas. Sume mende malas. Tapi bila tgk blog kengkawan tayang kuih yg sedap2, mcm teringin jer nk buat...tp bila masuk dapur, pegang besen, periuk - alahai..malasnyer...so letak balik !!

Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak -hasil pancingan Jebat. Aku rencahkan dengan timun


Kangkung Goreng Belacan

Daging Goreng Kunyit. Ni kegemaran Irfan dan Along

Telur Asin, aku suka makan ngan acar buah



Oklah anak2, slamat bersantap... petang nanti kalo mama rajin (malas lagi....) kita pegi jenjalan yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...