Rabu, 31 Oktober 2012

Fruit Tart

Salam...

Hari ni CK nk tayang order semalam, fresh fruit tart. Sebenarnya CK tak suka ambik tempahan fruit tart, sebabnyer nk kena mencari segala buah2 segar...yelah, kadang2 kt pasaraya sini stok buah2 spt stoberi & kiwi payah nk jumpa (bukan takde, tp cepat abis)
Tapi sekarang ni, disebabkan permintaan untuk pavlova agak memberangsangkan, maka stok buahan2 segar sentiasa ada dalam fridge. So bila ada seorang adik ni minta CK buatkan fruit tart, takde masalah la bagi CK. Cuma malas dan rajin je kan...hehehe....

Dan CK tepekkan jugak resipi fruit tart ni untuk anak buah kesayangan CK di Bandar Puteri Klang ni. Semoga lepas ni Mrs Wahidah bt Zainal Abidin boleh membuat fruit tart yang sedap untuk santapan keluarga dan rakan2.

Bahan Tart (kulit)
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
1 bj telur

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit  coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah

Cara-cara
Sediakan kulit tart dahulu. 
-putar butter dan gula, masukkan esen vanila dan telur, kemudian masuk tepung, uli dan bulatkan kecil2. Tepek pada acuan tart dan bakar (cerita lengkap, rujuk sini atau sini 
-kemudian, sediakan plak kastart.
satukan semua bahan kecuali mentega dan tapis. Kemudian masak atas api yang perlahan sehingga pekat/berkilat. Sebelum tutup api, masukkan mentega. Kacau dan siap. Sejukkan sebentar dan masuk dalam piping bag (nak letak nozzle bintang pun bleh, lagi cantik )

OK... dah siap tu, boleh la buat tart

Mula2, kulit tart disapu dengan coklat cair.  Ini untuk mengelakkan kulit tart menjadi lembik/lemau bila diletakkan kastart dan buah2

Kemudian, kita paipkan dengan kastart 

Dan..dengan kreativiti sendiri, hiaslah dengan buah-buahan pilihan. Kat sini CK cuma letak strawberry, kiwi, anggur dan pic sahaja. Hajat ati nk letak ler segala buah2 lain, tp tart tu toncet jer (saiz 5.25cm)

Ok...siap...dah boleh makan/jual.  

Harap anak buah CK tu faham ler... nk buat hantaran bertunang utk Hanafi bulan 2 ni pun bleh...hehehe...

Dan ini plak, cheese tart yang diorder bersama fruit tart atas tu. Inti stoberi dan bluberi. Untuk stoberi,  CK lorekkan dengan warna pink, dan bluberi ditanda dengan warna ungu mcm kat bawah tu.


alhamdulillah...dapat respond yang baik dari customer :) legaaa !!

Selasa, 30 Oktober 2012

Ayam Lemak Cili Padi

Salam...semua dah kembali bekerja kan...cuma incik boss CK jer yang masih cuti.. berehat...

Dan hari ni walaupun incik boss ada rumah, tp ini jer yang sempat dimasak, apapun, tetap lauk peberet dia

sebenarnya CK yang teringin nk makan masak lemak ni. Yelah, tiap kali nk masak ayam jer, mesti disuruh buat masak kicap, masak merah, kari ataupun kurma. Dan muak la plak rasanyaa... dan lama jugak tak buat masak lemak ni.

Resipi sendiri setelah diolah dan mengikut tekak sendiri.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam- potong dan bersihkan
2 bj ubi kentang- kupas kulit dan belah 4
1 batang serai diketuk
1 cawan santan
1 cawan air
daun kunyit, dicarik-carik
2 keping asam gelugor/keping
garam, perasa secukupnya

Bahan tumbuk
15 bj cili padi kampung 
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara
Dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk bersama 1 cawan air. Hidupkan air dan panaskan bahan tadi hingga mendidih. 
Masukkan ayam bersama serai, kentang dan asam keping. Biar mereneh sampai ayam dan kentang empuk.
Bila ayam dah masak, masukkan santan pekat. Boleh tambah air lagi untuk kuah
Perisakan dengan garam dan secukup rasa. Masukkan daun kunyit
Biar mendidih sekali lagi dan bolehlah ditutup api. SIAP



Kuahnya takde la pedas sangat. Kiranya boleh la untuk budak2 makan. Sapa yang suka pedas menyengat, bleh tambah cili padi lagi.

Dan... lauk kedua plak Daging Goreng Asam. Ni khas untuk dak toncet yang takleh langsung makan pedas tu. Senang sesangat.

Resipi
250gm daging-dihiris halus
3 sb air asam jawa pekat
garam, perisa
1 biji bawang besar-dihiris bulat
3 bj cili kering-dipotong pendek
1 sb minyak sapi
1/2 senduk minyak masak utk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak dan masukkan daging. Kacau goreng dan tambah air untuk melembutkan daging tadi. Biar hingga kuah kering dan daging lembut
Kemudian, masukkan air asam jawa, cili kering dan bawang. Kacau dan biar kering sedikit. Tambah bawang besar dan minyak sapi. Kacau dan boleh diangkat.


OK... sampai sini dulu.


Jumaat, 26 Oktober 2012

Aidil Adha dan pengorbanan

Salam Aidil Adha buat semua. Amacam raya hari ni? seronok ke?

 Bagi CK sekeluarga, raya haji kali ini mmg berkorban besar lah...apa tidaknyer, cuma hidangan kat bawah ni jer yang sempat disiapkan

Inilah dia hidangan pagi raya kami sekeluarga. Nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam hijau kuning

Cukup laa kan...bukannya ada orang nk datang rumah pun. Lepas raya, CK sambung balik keja (opss...kalo keje ngan orang, sure majikan bayar tripple kan, tp bila dh keje sendiri ni? eermmm... )

Ok.. inilah pengorbanan kali ini. Bila msih ada yang sudi order, CK takkan kecewakan mereka. Semoga semua pelanggan berpuas hati. Meh layan sebahagian gambar2 tempahan yang sempat CK snap. Semuanya dihantar pada malam raya sebelum takbir bergema. TQ pada Mr Jebat sbb sudi ambik cuti dan jadi despes.

 kali ini sebanyak 20 bj kek coklat moist diminta oleh pelanggan. Ada yang order last minit, tp CK buat la jugak sbb customer tu dah pangkat ibu bagi CK.

 Ada jugak yang nk makan apam polkadot time raya. 1000pcs apam polkadot pelbagai inti dan pelbagai warna diminta oleh pelanggan baru.

 Pavlova ni dah memang wajib tiap kali cuti. Pemanis mulut yang mendapat sambutan hangat pada masa kini. Mr Jebat pun suka. Kalo buat untuk tempahan, sure kena buat lebih utk dia.

 Blueberi cheese cake. Ada yang request ber'topping' dan ada yang request bogel... hehehe.... Raya ni 10 bj cheese kek ditempah oleh 3 orang customer tetap.

Serius..CK tak pernah raya cis kek bogel gini. Sedap gamaknyer...pernah sekali buat cis kek tp dengan topping fresh cream, dan CK makan pun sepotong jer..nk ulang lagi tgk dah licin :(

So...inilah pengorbanannyer...hehehe...cian anak2... takpe, esok mama buatkan special punyer kek coklat yer....hehe

OK...SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua umat islam dimana jua berada.









Selasa, 23 Oktober 2012

Bingka Roti Ayam Cendawan

Salam...

Minum petang hari ni, ada bingka roti...selalu bingka roti versi manis kan, kali ni CK buat versi pedas plak..dalam bahasa omputeh, resipi ni diberi nama SAVOURY BREAD PUDDING WITH CHICKEN AND MUSHROOM (haaa..panjang ko nama dia) so CK letak ler nama Bingka Roti Ayam Cendawan...sebab bahan utama membuat mende ni ialah Roti


kalo ada roti yang dah nak dekat expired, bolehlah cuba buat ni...tp hari ni CK guna roti yang dibeli semalam...asalnya nk buat dengan macaroni, tp malas la plak nk merebus macaroni lama2... so buat la dengan roti


Ok..meh tengok resipinya...

Bingka Roti Ayam Cendawan
sumber: Cendanakasih  

Bahan-bahan
6 keping roti gardenia
1 cawan susu segar
2 bj telur
sedikit garam
** telur dan susu dipukul dengan garfu. Roti dicarik-carik kecik dan rendam dalam susu dan telur tadi.


Bahan inti
1/2 cawan isi ayam
3 bj cendawan shitake /apa2 cendawan (tiram, butang, dll)
1 bj bawang holand -dimayang
1/2 sk lada sulah
garam, perisa
mentega untuk menumis
sosej, jejari ketam - ni CK tambah
1 cawan keju mozzarella + parmesan + ceddar (campur2 ler...)

Cara-cara
Mula2 masak inti dulu. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang holand. Biar naik bau tapi jangan sampai garing. Masukkan lada sulah dan kacang. Kemudian, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak hingga isi ayam dan cendawan empuk. Masa ni nk masuk sosej dan jejari ketam pun bleh.
Tambah garam dan perisa
Tutup api, siap

Kemudian, hancurkan rendaman roti bersama susu tadi. Lenserkan loyang dengan butter.
Ambik separuh dari adunan roti tadi dan masukkan dalam loyang. Tuang bahan inti ayam yang dimasak tadi.
Curah baki roti tadi dan tabur cheese
bakar selama 20 minit dalam suhu 200'c.
Siap dan boleh dinikmati bersama sos cili.
** tak nk buat lapisan pun bleh, gaul jer adunan inti bersama rendaman roti tu, dan curah dalam loyang, kemudian tabur dengan cheese dan bakar.

♥ ♥ ♥ nk copy resipi ni? pergi la ke CK Food...kat sini mmg takleh copy ...jangan jadi macam satu bangang tu (I++) ..kata kedekut la, taknk share laa...padahal diri sendiri yang tak celik IT, baru sehari dua masuk blog masakan ??

 
Ni adunan yang dah siap dibakar

Sapa yang suka pedas, bolehlah pelbagaikan intinya...nk masukkan cili padi ke, nk buat inti sardin ke...sukati ler...

OK...sampai sini dulu !!

Khamis, 18 Oktober 2012

Western lagik !!

Salam...
apekehe nyer dari pagi, tengahari dan malam asyik western je? mata udah biru ke?? hahaha...
sebenarnya periuk nasik rosak daaaa....dan CK mmg tak pandai masak nasi guna dapur letrik tu... cepat panas dan nasi bleh hangit. So disebabkan petang tadi ujan, so malas plak nk ke Jusco cari periuk nasik (tp ada masa plak ke Tesco cari buah kiwi,stoberi utk pavlova :p  ♥ ♥ ♥ alasan kan )


So...kita makan stik ler malam ni...resipi kat sini

sayur, dan bawang holand tu digrill sekali. Terlupa plak nk letak brocoli, padahal dah beli tadi kat Tesco.


Ok... bye !! nk rehat jap....uuuu...ngantuk suda !!!


Breakfast

Salam..

Breakfast hari ni, yang simple2 jer...janji kenyang !!

Ok...

♥ ♥ ♥

Selasa, 16 Oktober 2012

Kaki Ayam Masak Kicap Chinese Style

Salam

Kaki ayam lagi? hehehe... sumber kolagen kan. Makan banyak2 pun takpe...hehe


Resipi dari kak Gee..TQ akak...Respi lebih kurang dengan Mas punyer, cuma tambah bahan penumis spt bunga lawang + kulit kayu manis. Apapun, rasa tetap mantop

BAHANNYA:
7 pasang kaki ayam
½ cawan kicap manis 

 7 biji cendawan kering (direndam)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 sudu sos tiram *
3 bunga lawang
1 kayu manis
1 chicken cube
2 mangkuk air



CARA:
Bersihkan kaki ayam dan potong hujung jari2nya. Lap dengan kitchen towel atau towel yang kering dan bersih. Kemudian perap dengan ½ cawan kicap manis selama lebih kurang 1 jam.

Cendawan kering direndam dalam air paip selama 1 jam atau hingga lembut.

Setelah 1 jam kaki ayam diperap, panaskan minyak dalam kuali. Minyak perlu banyak dan kaki ayam harus direndam dalam minyak ketika menggoreng. Hati2 ketika menggoreng. Setelah kaki ayam ¾ garing, keluarkan dan rendam dalam air sejuk kira-kira selama ½ jam.

Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dihiris hingga wangi dalam periuk. Kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis. Masukkan juga ½ cawan kicap manis, 2 sudu sos tiram, chicken cube dan 2  mangkuk air. Sebaik sahaja mendidih, masukkan kaki ayam yang telah digoreng. Perlahankan api dan rendidih sehingga kaki ayam betul2 lembut. Kemudian masukkan cendawan dan masak lagi selama kira-kira 20 minit.

Tambah sedikit lagi air jika tidak cukup. Air atau kuah harus menutupi paras kaki ayam dan cendawan. Apabila sudah puas hati kaki ayam sudah lembut, rasa. Kemudian campurkan 2 sudu kecik tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan ke dalam masakan. besakan api dan kacau pantas2 sehingga kuahnya pekat.

Kalau perlu, tambah sedikit kicap cair sebagai pelengkap rasa seandainya tidak cukup masin. Padam api dan hiskan dengan hirisan cili hidup dan daun bawang. Titiskan sedikit minyak bijan, kalau suka.

Selain kaki ayam, boleh digunakan kaedah sama jika menggunakan kepak ayam.

 

Ok...sampai sini dulu. Nak ratah kaki ayam jap...hehehe

Isnin, 15 Oktober 2012

Pisang Lumut

Salam
Kat rumah ni, kalau beli pisang berangan mesti buat pisang lumut ni. Kegemaran CK dan anak2. Suka dengan bau harum pandan dan rasa lemak2  tu. Tapi anak lebih suka habiskan yang hijau tu...



 PISANG LUMUT by Cendanakasih

Bahan-bahan
5 biji pisang berangan masak - kupas kulit dan potong serong
3 helai daun pandan- dikisar bersama 1/2 cawan air dan tapis jusnya
1/2 cawan santan Kara
1/4 cawan air masak
3/4 cawan gula (terpulang kepada kemanisan masing2)
2 biji telur
1 sudu teh  tepung kastat (taknk letak pun takpe)
sedikit garam-untuk naikkan rasa lemak
pewarna hijau

Cara-cara
1.Sediakan pengukus.Masukkan pisang ke dalam loyang.
2.Dalam satu bekas, masukkan 1/2 cawan air pandan, air masak,  1/2 cawan santan Kara, gula, garam, telur, tepung kastat dan pewarna hijau.
3. Adun/kisar bahan2 tadi sampai sebati.
4.Kemudian, tuangkan bahan2 yang dikisar ke dalam loyang yang ada pisang tadi.
5.Kukus selama 30 minit.
6.Matikan api, dan keluarkan supaya sejuk. Kemudian masukkan ke dalam peti ais.
7. Pisang lumut yang sejuk siap dihidangkan.



Dalam loyang...baru keluar dari pengukus...panas !! kena sejukkan dulu ..masuk dalam peti es, dan biarkan sejuk betul2...pastu baru masak...aduhh...sejuk anak tekak !!


Ok..sampai sini dulu...

♥  ♥ ♥

Ahad, 14 Oktober 2012

Hidangan di Hari Minggu

Salam...apa khabar semua? harap sihat.

Dah petang ni, tp CK baru terhegeh2 update menu hidangan tengahari tadi. Minggu ni my Jebat cuti lagi (minggu lepas pun)..sbb dia dan anak2 tak brapa sihat. Keracunan makanan. Entah..silap makan kot...

Ermm...lauk2 simple jer...ada asam pedas ikan tenggiri, cencaru sumbat sambal, sup tauhu lembut+cendawan untuk Rayyan, dan ayam masak kicap untukk along dan Irfan. Untuk aku plak ada kerabu taugeh+perut...ermmm....tak hengat dunia makan !!
Opss...ada belen sambal sardin pagi tadi. My Jebat kalo cuti, breakfast pagi wajiblah lempeng dengan sambal sardin. So sambal sardin tu kalo ada lagi, boleh makan time tengahari.

Asam pedas ikan tenggiri. Walaupun my Jebat orang Melaka, tp dia tak brapa suka sangat makan asam pedas. Kalo masak lemak dia suka laaa... ni pun buat sebab dah lama tak masak. Si Along yang suka asam pedas ni. Lagi satu kalo masak asam pedas ni, jangan la merepek2 gi letak segala halba semasa menumis. Sure my Jebat tak makan.... (padahal respi tu mak dia yang ajar..)

Ermmm...feberet CK. Kerabu perut bersama taugeh.


Yaaa...mari lihat projek hari ini....uish...hari minggu ku terganggu kerana tempahan yang meledak (tak dapat nk berguling gentang...huhuhu). Seawal 5 pagi dah jalankan segala mixer, oven dan pengukus. 

Minggu ni ramai plak orang mintak mr lova-lova ni.  Tak menang tangan.

Bluberry Cheese Cake. 

Apam polkadot serangga dan burung..


OK...sampai sini dulu

Jumaat, 12 Oktober 2012

Mee Kari Nyonya

Salam... Mee kari nyonya ni bukan sahaja menjadi kegemaran CK sekeluarga, tetapi juga kawan2 MR.Jebat. Klau datang rumah, sure request mee kari. Anak2 pun suka sebab tak pedas. 


 Mee Kari Nyonya
 by: Ccndanakasih

Bahan-bahan
2 bungkus mee kuning-dicelur
1/4 ekor ayam-dibersihkan
1/2 kg kerang-dibersihkan

Bahan tumbuk/kisar
4 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 bj buah keras
sedikit belacan
3 sb udang kering
 
Bahan lain
2 batang serai-diketuk
1 batang bunga kantan-dibelah 2
beberapa tangkai daun kesum
3  sb serbuk kari
1 sb serbuk cili
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
4 sekawan untuk menumis
air secukupnya
tauhu pok, tauhu biasa,  fishball, fishkek

Bahan taburan
taugeh
daun sup, daun bawang
bawang goreng
kulit wantan  digoreng rangup
cili merah, limau, dlll

Cara-cara
1.Mula2 kerang dicelur 3/4 masak dan ambil isinya. Letak dalam bekas
2.Ayam direbus bersama bawang putih + halia yang diketuk. Tambah garam/serbuk perasa dan masak sampai ayam empuk. Keluarkan ayam dan biarkan sejuk. Siat kulit dan asingkan dalam satu bekas
3.Stok air rebusan ayam tadi disimpan. 
4. Dalam periuk lain, tumis bahan2 yang dikisar bersama dengan 4 sekawan , serbuk kari dan  serbuk cili. Goreng sampai pecah minyak/naik bau. 
5. Masukkan air rebusan ayam tadi. Biar hingga kuah menggelegak. 
6. Masukkan bunga kantan dan serai yang dititik. 
7. Masukkan pula susu cair dan santan. Masa ni bolehlah agak2 banyak mana kuah yang dikehendaki. Boleh tambah air lagi jika suka.  Kecilkan api dan renehkan sekejap. Masukkan daun kesum, tauhu pok, fishball, dan fishkek . Nak masuk isi kerang sikit pun bleh.   Didihkan sekali lagi.
8. Bila kuah dah siap masak, bolehlah dihidangkan bersama mee kuning yang dicelur, ayam, kerang dan lain2 bahan pelengkap. 
*** nak lagi sedap, makan dengan sambal tumis udang kering...tp CK malas dah nak buat, makan jer dengan sambal kicap... belasah jer laaa...

 

Kuah dah siap masak !!

Jom kita makan 


Ok...sblm masak mee kari tu, CK dah siaapkan tempahan apam polkadot. Kali ini untuk Majlis Cukur Jambul dan Doa Selamat Little Caliph Putera Nur Aisy Daniyal (fuhhh..panjang nama baby ni... hehehehe )

Ladybird merata2.... hehehe....


Ok...Sampai sini dulu. Nak deliveri apam plak....sapa nk datang makan mee kari tu, ambik sendiri yer, makan baik2 tawww...air dah siap bancuh dalam peti ais no 2.... (jangan silap peti es plak yer..hehe).....haaa...dah kenyang makan, BASUH PINGGAN yer...jangan nk longgok dalam singki jer...hehehe....

OK.. BYE !!

Selasa, 9 Oktober 2012

Pavlova Pengikat Kasih

Salam... pagi ni nampak Kak Yan dah tayang pavlova, so teringat akan pavlova yang CK buat ujung minggu lepas. Setiap hujung minggu pasti akan ada order untuk pavlova (walaupun CK tak suka ambik order pada hari cuti sbb nk rehat)...tp nk buat cemmana kan... orang dah teringin. Selalunya diorder untuk makan2 sefamily atau meraikan orang tersayang.

Nah...amik ko...3 layer !! hehehe...puas makan. Kenapa Ck gelar pavlova ni pengikat kasih? sebabnya kalo nk bodek my Jebat utk dapatkan sesuatu benda, CK akan buatkan pavlova ni...sure lepas makan tu mintak apapun dapat.....hahahaha...ye ke?? (tengah bodek/mintak dia belikan set Habib Jewel yang CK berkenan tu...sbb tahun ni jebat dapat bonus lebih,lebih dan lebih....hahahaha)

BAHAN-BAHAN
4 biji putih telur
1 cawan gula
1/2 tsp esen vanila
1tsp cuka
1/2 tbsp tepung jagung

TOPPING
240 gm whipping cream
1 1/2 tbsp gula halus
1/2 tsp esen vanila

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul putih telur di dalam bekas yang benar-benar kering sehingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga benar-benar likat/kembang dan berkilat.
2.Renjiskan esen vanila dan cuka.Pukul sebentar. Taburkan pula tepung jagung dan kaup balikkan.
3. Bentukkan meringue di atas loyang beralas kertas dan bakar di dalam oven yang telah di panaskanselama 10 minit dahulu dengan kepanasan 160 darjah celcius dan bakar selama 60- 70 minit.
4. Setelah masak, tutup suis dan biarkan pavlova di dalam oven yang terbuka sehingga sejuk.
5. Sapukan topping di atas pavlova dan susunkan buah-buahan pilihan.
6. Untuk topping, satukan semua bahan untuk topping dan pukul sehingga kental. 

 CK mmg tak suka ambil makanan bergula, tp disebabkan pavlova ni CK kalah !! aduhhhh




Yang bestnyer kat rumah ni, anak2 tak makan pavlova ni sbb diorang tak makan buah....hahaha.....



Ok...berbalik pada order.... 2 layer pavlova in container...diorder oleh Nina Cyberjaya...utk makan2 time picnic petang2.... kelakarnya CK jugak joint picnic tu...hahaha....tp takde la makan, sbb dah puas makan kat rumah sblm tu.... hehehe...TQ Nina

 Minimum order utk pavlova in container = 4 set.. kurang pada tu takleh ler...tak balik modal membuat dan membeli buah....hahaha.... Kali ni takde stoberi sbb kat kedai buah kat rumah ni dah habis stok. Buah kiwinya plak, my Jebat tersilap beli. Dia beli Gold Kiwi...udah ler warnanya dekat nk sama dengan warna peach dan mangga...eeee...geramnya...terpaksa la keluar balik dan cari buah kiwi warna hijau.



Ni plak order oleh Azlina Bukit Puchong. 7 bj mini pavlova. Tapi disebabkan Azlina ni punctual dari segi payment dan masa pick up, so CK bagi 1 pavlova free kat dia....hehehe.... harap berpuas hati :) 



♥ ♥ ♥

Isnin, 8 Oktober 2012

Meggie Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua... 

Dah breakfast? permulaan minggu ni macam malas jer kan...dua hari bercuti, nk bukak kedai balik pun rasa liat jer... takpe...ambik mood dulu...meh pekena meggie goreng sebagai breakfast pagi ni


Bahan-bahan
1 bungkus maggi kari
2 ulas bwg putih
1 biji bwg merah
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji telur
1/2 biji tomato
1/2 biji tauhu goreng dihiris nipis
fishball, fishkek dan cucur udang (jika suka)
daging/ayam/udang
Sayur sawi dan taugeh
Kicap sikit
Gula, Garam

Cara-cara
1. Maggie direbus hingga masak dan toskan airnya
2. Tumiskan bwg putih, bawang merah dan cili kisar
3. Bila bau dah naik , masukkan ayam/udang/daging. Masak sampai empuk, kemudian masukkan tomato, tauhu goreng dan sayur
4. Masukkan telur kemudian hancur2kan, diikuti dengan perencah kari Maggi
5. Bila semua dah sebati bersama , masukkan maggi yg telah direbus td kemudian letak sedikit kicap. Boleh tambah garam kalau kurang masin.
6.Siap

 Dah tak sabar nk makan...kalau tak, boleh gak tambah dengan telur goreng mata. Sure lagi sedap kan

Jemput makan !!!



♥ ♥ ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...