Ahad, 20 Mei 2018

Rondang Ayam Nismilan

Salam Ramadhan ke 4. Hari ni CKak masak rondang ayam nismilan plak laa...senang amat masak eee.....takdo bawang bagai. Untong yooo zaman rego barang mahal ni, kito kono la pandai berjimat. Hahahahaha...



RENDANG AYAM NEGERI SEMBILAN

Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam  - dipotong-potong
2 cawan air
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit - buang tulang tengahnya dan hiris halus
Garam


Bahan Kisar:
Segenggam cili padi - kalau nak lebih pedas boleh tambah cili api
5 biji cili kering
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas

Cara-caranya:

Gaul ayam dan bahan kisar di dalam kuali. Masak hingga kering sedikit.Masukkan air. Masak hingga mendidih.Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.Masukkan kerisik, garam dan sedikit serbuk perasa. Masak hingga pekat/kering



Rajin sikit, buat la pulut kuning. Perghhh....

Sabtu, 19 Mei 2018

Kacang Pool

Kacang pool ni sesuai sbg makanan untuk sahur, tak berapa berat namun cukup lengkap kandungan protein, karbo dan serat di dalam hidangannya




RESEPI KACANG POOL
BAHAN:
2 tin kacang merah -( kisar kcng merah dan ambil dalam 1 mgkuk kecil asingkan yg belum kisar)
Roti perancis - potong2
200gm daging cincang
3sudu besar serbuk kari daging (1 peket kecil)
1sudu kecil ketumbar - tumbuk
1sudu kecil lada hitam - tumbuk
5ulas bawang putih - tumbuk
1inci halia - tumbuk
Sedikit garam
air secukup nya
Sedikit air asam

BAHAN SAMPINGAN
Cili merah/ hijau - hiris
Bawang merah - hiris dadu
Telur goreng mata kerbau ..

Selasa, 8 Mei 2018

Kari Telur Mayong

Salam... minggu depan kita dah nak puasa kan? tibalah masanya isi stok kat dalam peti ais tu. Hahahaa...minggu lepas CK ke Kuala Selangor, beli  lauk-lauk. Kalau ke sana, memang tak sah jika tak beli telur ikan mayong ni. Harganya takyah cakap laa, pejam mata jer membayarnya... hehehehe 


Biasanya jika beli telur mayong ni, CK suka buat kari jer. Campurkan skali dengan kepala ikan jenahak. Buat kari pekat2 sikit. Adoiii...menambah la makan nasik. Hahahaha 


Ramai yang tanya, mcam mana telur ikannya elok jer bulat, kadang2 semasa dimasukkan ke dalam kuah kari, telur tu pecah dan kuah menjadi pekat. Haaa...ni petuanya. Celur dulu telur ikan tu dalam air panas. Lebih kurang seminit dua. Toskan airnya dan barulah dimasukkan ke dalam kuah masakan. Insyaalah, telurnya tidak hancur. Selain itu, kari kita pun takde la bau hanyir sangat bila kita celur dulu telur ikan tu 



Jemput makan dulu ye !! Ni untuk Rayyan yang nak pegi sekolah petang. Biasa dia makan pukul 10 pagi. Hehehehehe 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...