Isnin, 30 April 2012

Red Velvet Cuppies

Salam Isnin...bertemu kita lagi...

Hari ni CK tayang cup cakes yer...tp jangan mintak2 taw, sbb semua dah habis dalam perut anak2 buah dan sedara mara.

Inilah salah satu buah tangan yang CK buat untuk dibawa balik kg hari sabtu lepas. Untuk anak2 buah tersayang.

Dah siap masuk dalam bekas, baru teringat nk snap...adoi...banyak makan kepala ikan CK ni, sbb tu asyik lupa jer...
Ni versi dalam muffin cup jer... deco pun simple jer... anak2 buah accited tengok warna-warna dia. Lepas makan yang pink, nk purple plak !!



Ok....meh tengok gambar2 yang sempat CK snap masa balik kg ari tu... gambar diri sendiri takde la kan....


Kami menetap di Kangsar Hotel ni (hotel baru bukak). Malas nk tido rumah abang/kakak, sebabnyer masing2 berharap untuk kami bermalam kat rumah mereka. Nanti ada plak yang kecik ati. So baik la tido hotel. So, sama adil, sama rata, tak menyusahkan tuan rumah dengan kerenah anak2 CK yang lasak dan banyak ragam


Tasik Bukit Merah - ni dalam perjalanan pulang dari rumah sepupu di Alor Pongsu.


7 pagi di Kuala Kangsar. ( Gambar dari tingkap hotel..hehehe)... Orang dah ramai  pegi pasar dan pekan sari.



Siapa kata kawasan kampung, harga barang murah?? malah lebih mahal dari KL...(almaklum ler...tempat raja...ni pendapat CK lah) Makanan2 yang menjadi 'speciallity Kuala Kangsar' mmg special price la (mahal ko....) Tapi kuih2 biasa spt karipap, donut, cobadak masih lagi dijual dengan harga rm1.00 untuk 3 bijik

Anak2 tension jer, sbb percutian kali ni mama diorang asyik sibuk ke rumah sedara jer...sampaikan diorang tak sempat nk main kat playground. Hehehe....takpe, esok cuti sempena hari buruh. Kita pegi playground yer !!! 



Ok...sampai sini dulu. Nk masak2, kemas rumah plak. Dan minggu ni CK Food bercuti yer...tiada tempahan diterima. Nk rehat lah !!!

Jumaat, 27 April 2012

Apam Ladybird

Salam Jumaat !!

yeah, yeah...dah Jumaat.... hehehe....

Ini tempahan terakhir minggu ni. Order dari Puan Najwa UPM. Request nk 200 biji apam ladybird untuk birhday anak. 

Sebenarnya CK tak open order untuk ladybird ni. Just buat untuk makan anak2 jer... rupanyer...alahai...renyah juga membuatnyer... dua jam baru siap seratus ladybird (sambil2 melayan kerenah anak2) Lepas tu sambung balik lepas Zohor.

Ladybird - badan merah, kepala hitam

Yang ni plak, badan hitam, kepala merah...


Harap Puan Najwa berpuas hati. Jauh nk berjalan apam ni. Ke Johor... 

dan lepas ni andai ada lagi tempahan apam ladybird ni, CK nk sub jer la proje apam pada Fiza Nordin. Si makcik yang kencang dengan bisnes kek, dan cis tat nyer tu. Hehehe... boleh Fiza? ko kan rajin !!! 



Khamis, 26 April 2012

Lontong

Salam....

Pagi ini mari bersarapan dengan lontong. Waaa...macam raya kan...hehe.... ni semua akibat digoda dan tergoda masa melawat rumah maya Kak Sheila. Adoiii...tak tahan sungguh. Takkan nk tunggu raya baru dapat makan kan !!!


Resipi ni CK salin dari rumah kak Sheila jer... TQ akak !! 

LONTONG
Bahan :
1 biji kelapa parut - 4 cawan santan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas  - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 biji bawang besar- dihiris halus
3 ulas bawang putih - di hiris
Sedikit serbuk kunyit
1 sdb udang kering/ikan bilis tumbuk kasar
1/2 cekak so hoon, dikerat
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)

BAHAN SAYURAN :-)
Suku biji kobis, dipotong kecil
1/2 biji sengkuang
1 batang lobak merah
8 tangkai kacang panjang
2 keping tauhu - dipotong  dadu
Segengam so hoon - rendam
2 keping fucuk- rendam
2 keping tempe - dipotongdadu

Bahan utama:-
Nasi impit
Telur rebus (takde..malas nk rebus, jimat telur...hehehe)
Sambal tumis (CK buat sambal tumis udang )
Serunding kelapa (optional) CK mmg ada stok serunding daging

Cara
Panaskan minyak sedikit dan tumis bahan yg dihiris bila wangi masukan serai serta udang kering/ikan bilis
Masukan santan kacau dgn api kecil bila dah agak nak mendidih...masukan sayur-sayuran semua
Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa...jagan masak sampai sayur lembik...
Dah siap boleh lah di sajikan sama telur, sambal tumis, serunding kelapa  


Si Along suka sangat makan lontong ni. Asyik pilih tempe jer...Tapi Si Irfan tak suka plak. Si Rayyan toncet lagilah...tak sentuh langsung. Adoiii...ingatkan boleh la skip masak untuk tengahari, rupa-rupanya...... errrmm....angan2 ku untuk rilex sambil tengok movie musnah !!! 

Apa tengok-tengok? Jom Makan !!! hehe




Rabu, 25 April 2012

Sibuk sepanjang minggu

Salam... 

Minggu ini CK cukup sibuk. Dengan tempahan dan sedikit projek kecil-kecilan.  Hingga semalam, CK telahpun menutup semua tempahan untuk frozen food, apam, coklat dan lain2 untuk regular customer (non regular telah tutup dari minggu lepas lagi) 

Semua stok frozen food pun tinggal dua tiga paket jer. Dan sehingga hari Jumaat ini, semua stok akan dihabiskan. Kenapa ye??



Inilah hidangan brunch hari ni untuk keluarga (breakfast+lunch) untuk Irfan. Bang Jebat dan Farisya pun makan ni jugak laaa.... Tapi hari ni special sikit sbb DOUBLE... hehehe....



 Sebahagian daripada projek coklat yang CK buat semalam. Sampai ke petang, dapat la dalam 15 kotak. Huh...habis jer siap semua, terbongkang tido sampai pukul 5. Hahaha....



Dan ini pula sebahagian daripada buah tangan yang siap berbalut. Projek tertangguh 2 hari sebab kehabisan kertas pembalut. Semalam takleh pegi kedai sbb ujan. Insyaalah malam ni sambung balik.... hehehe... Tapi apa dalam tu ek?? (kulit harimau bintang ) biarlah rahsia

Dan ada lagi beberapa ole2 yang hendak disiapkan. Apam Polkadot (my produk-mesti kena promot...hehehe) , Cheese Tart dan Kek Coklat. Semuanya mesti disiapkan sebelum Jumaat malam. Insyaalah....

Kenapa ye?? 


Yaaaa.... inilah sebabnyer... CK nk balik kampung. Fuh...setelah 7 tahun tak jumpa sedara, sepupu sepapat sume... rindu kat diorang. 

Last CK balik masa arwah ayah meninggal..itulah kali terakhir berjumpa. Dan lepas tu, kami semua tak pernah bersua lagi. 

Kali ini perjalanan agak jauh. Dari KL terus ke Utara (sbb rumah sepupu kat Penang, Kedah ) ...lepas tu singgah Taiping jap...tengok abang, kakak ipar, anak2 buah dan cucu2 sedara. Bermalam di Taiping sbb nk menikmati Dolly Char Kuetiau (yang diorang cakap sedap sangat tu...)....sambil mengimbau kenangan di Taman Tasik Taiping.... hehehe....

Esoknya, barulah ke kampung halaman CK di Kuala Kangsar. Tujuan utama nk balik ialah melawat pusara ayah dan nenek (untuk tunaikan hajat arwah mak yang tidak kesampaian-bersihkan kubur) 

Lepas tu plak, melawat abang2, kakak2 dan anak2 buah, bekas2 jiran, cikgu2 sekolah, cikgu tuisyen,makcik jahit baju kurung, pakcik jual kuih.. dll... (fuh...ramai tawwww... sebab tu la segala jajan pun kena banyak) 

Dan... berjumpa dengan kawan2 sekolah yang sudah berabad lamanya tidak berjumpa. Kini masing2 dengan rupa paras dan status pekerjaan yang berlainan... hehehe....  (CK jer yang tak bekerja...buat karipap jer kat umah...huhuhu)

 Hahaha...bak kata kawan CK di Chempaka Aziz "ko ni macam yang berhormat plak...balik membuat lawatan sambil memancing undi...yelah setiap kunjungan ada buah tangannya..." hahaha.....



My Jebat plak nk tunaikan impiannya menunaikan solat kat masjid ni (sejak kahwin, dia sendiri pun belum berkesempatan bersolat di masjid ni...)

Bagi CK sendiri, hujung minggu ini akan penuh dengan aktiviti makan2. Nk lepas rindu makan laksa dan cendol kuala, popia taiping dan mee udang kuala sepetang. Tak lupa juga Nasi Ayam dan Mee Rebus Ramli di Ipoh. Opsss... Putu Kuala haruslah tidak dilupakan. Tapi takpe, kalau tak sempat beli pun, dekat R&R Ulu Bernam ada jual. Tak ralat sangat

Ok...sampai sini dulu. Semoga perjalanan kami selamat !! Amin




Selasa, 24 April 2012

Birthday Kek

Salam buat semua

Semalam, 23 April - bertambah lagi angka dalam umur CK. Syukur kepada Allah atas apa yang dikurniakan. Dan semoga terus diberi kesihatan yang baik untuk membesarkan anak2 dan mengerjakan ibadah kepadaNya. 


Dari pagi, CK asyik sibuk tengah tempahan apam. Dan tak brapa accited sangat nk sambut birthday. Almaklum ler.... (dah tua) eh...tak...tak !!! .... yer la..kalo time remaja/kanak2, lain suasananya kan !!! (macam sambut raya plak....hehehe)

Malamnya, kami keluar jenjalan. CK ajak ke Mydin (sbb nk beli sayo kangkung, konon nk buat pecal) tp Jebat terus jer jalan. Ke mana?? 

Sampai di satu tempat...... SUPRISE !!!!!  ada kek, ada KFC dan macam2 lagi..... hahaha......


Fuh... siap nyanyi2 lagi....hahaha.....pandai buat suprise yer korang !!!! 


p/s : Tanggal 23 April juga merupakan Hari Buku Sedunia (errr... CK lahir di hari buku? ) Tapi apsal tak brapa nk minat baca buku?? melainkan terpaksa - kat sekolah dan U... hahaha....

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

Isnin, 23 April 2012

Jus Kedondong Asam Boi

Salam

 Petang2 ni jom basahkan tekak dengan jus kedondong asam boi...ermmm...masyammm !!! tp i like !!!

Selalu beli air ni kat pasar malam...tp kalo buat sendiri, boleh minum bertong-tong !! 

Ok.... pegi la pasaraya, beli kedondong...jangan lupa asam boi (warna putih) tu yer... kalo warna merah, tak sedap !! 

Kupas kulit kedondong, masukkan dalam blender... campur gula dan air...dan zzzzzzzzzzz...... jangan lupa tapis plak yer....kang tersangkut segala khazanah kat kerongkong !!

Tambah ais batu.... ermmm...... minum ler..... nikmat !!!! 


Kalo kedondong tu dah tua, kena slice isi kedondong tu untuk buang biji berambut kat dalam buah tu...(err... betul ke istilah ni? agh...sendiri mau ingat laaa...) hahaha.... Tapi ni CK beli kedondong muda, so tak banyak la keje !!! Kalo ambik fresh dari pokok, takyah ler kupas kulit...boleh humban terus semua bahan dalam blender.....hahaha 


Ahad, 22 April 2012

Pai Ayam dan Daging

Salam Ahad... 

Awal pagi lagi dah bangun....hari ini marathon sungguh...banyak tempahan nk siapkan sebelum pukul 10.00. Dan inilah juga sarapan buat keluarga CK dipagi Ahad yang cerah ini.


Ni produk baru CK Food. Asalnya buat untuk makan2 family. Bagi plak kat kengkawan dan jiran untuk rasa. Dan bila sesuai dengan tekak diorang, mula la diorang  menempah. Hari ni 15 biji pai ayam, dan 15 biji pai daging. CK tak brani nk ambik banyak2, sbb mould untuk pai ni ada 1 jer (12 lubang)... ni pun jenuh kena 3 kali bako. Insyaalah, kalo kencang tempahan, kena la beli loyang lagi .

 Isi perut dalam beef pie. Kata my Jebat, kalo tambah cheese lagi terangkat !! 



 Hanya ini jer yang sempat snap. Itupun suruh anak dara CK yang buat. Mama dia dah tak menang tangan. Kalaulah ada tangan sotong yang boleh membantu !!!  
Selain pai, ada gak tempahan cis tart dan apam polkadot. Semua nk kena deliveri pukul 10 tadi. Fuh...syukur dapat siap tepat pada masanya.

Dan...sekarang...masa untuk rilex. CK nk sambung tido !!! 



Sabtu, 21 April 2012

Lompang Labu

Salam Sabtu..

Aik?? labu lagi?? yer...selagi masih ada....Sebijik labu, dibelah dua...satu untuk kau, satu untuk aku....hehehe....


Bahan-bahan
2 cawan labu dikukus dan lecek
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1/2 cawan air 1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
kelapa parut putih+secubit garam

Cara-cara 
satukan tepung, labu, gula, air, dan air kapur dalam satu bekas dan gaul rata (boleh juga masuk dalam blender) 
tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu ngan sedikit minyak. 
kukus 10 minit atau hingga masak hidang bersama kelapa parut. 


Mendung saja hari ni... meh pekena lompang dengan air kopi !!

♥♥

Jumaat, 20 April 2012

Lepat Labu

Salam... bertemu lagi.

Hari Jumaat ni, CK jamu dengan lepat labu. Resipi kampung la plak (semalam dah western kan...)

Sebenarnya CK suka sangat makan kuih2 kampung ni, cuma daun pisang tu payah nk jumpa yang elok. Ni pun dah terkoyak2. Jenuh la tampal sana sini...

Bahan-bahan
2 cawan labu yang dikukus dan dilecek
1/2 cawan tepung beras
2 sb tepung ubi
Secubit garam
1/4 cawan gula (terpulang la nk manis macam mana)
tepung gandum - untuk tambah

Inti
1 cawan kelapa parut putih
secubit garam
*bahan-bahan ini digaul bersama

Cara-cara
1. Dalam bekas besar, satukan lebu, tepung beras, tepung ubi, gula dan secubit garam. Kuantiti gula terpulang pada citarasa sendiri.
Kalau labu nampak lembik, boleh tambah dengan tepung gandum.
2. Daun pisang dilayur atas api atau celur dengan air panas. Lap bersih, dan letakkan bancuhan labu. Diikuti dengan kelapa parut spt gambar dibawah

3. Gulung kemas dan letak dalam pengukus. Buat sampai habis


4. Kukus selama 30-40 minit.

5. Siap


Ok...selamat menjamu selera !!!

Khamis, 19 April 2012

Beef Patty - CK Kaw Burger !!

Salam... 

Mari isi perut dengan homemade beef patty ni. Lagi kaw daripada mekdi tu..hehehe...(perasan la kejap)




BEEF PATTY
Bahan-bahan
2 cawan daging kisar
1 labu bawang besar
1/2 btg carrot-dicincang (tak nak letak pun takpe)
2 biji cendawan butang- dicincang
1 sb lada hitam ditumbuk hancur
garam, gula secukup rasa
1sb Lea & Perrins Worchestershire
1 bj telur
Sheredded cheddar cheese
Bread crumb (jika suka)
Cara2:
Dalam bekas besar, satukan semua bahan2.
Ambil sedikit dan kepal2 menjadi bebola dan leperkan (mcm buat daging burger tu laa. Sukati ler nk tebal mana)
Kukus daging selama 5 minit. 
Kemudian bakar sampai masak
Sebelum angkat, letak cheddar cheese dan celup dalam sos lada hitam
Boleh la diletakkan atas burger yang diletak sayur, mayonis, dan lain2. 
 


Ni resipi untuk sos lada hitam yang sedap tu.

Bahan Sos Lada Hitam
1 kiub ayam
3 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan air
1-2 sudu besar lada hitam
1 sudu besar sos lada hitam
1/2 biji bawang besar holand- cincang halus
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/ marjerin
2 sudu besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air
garam jika perlu

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan biar mendidih. Sesuaikan rasa dan kepekatan. Siap.



Sekarang ni sibuk pasal burger bakar, burger kaw, burger kukus dan macam2 lagi kan... so meh buat burger sendiri. Lagi kaw !! makan pun puas, tak payah beratur berjam2 untuk menikmati burger yang sihat dan sedap. 



 

Rabu, 18 April 2012

Butterscotch Coklat Cip Cookies (eggless)

Assalamualaikum semua !!

Ada bau tak?? hehehe... baru siap bakar 1 tray. Ada 2 lagi tengah tunggu turn. Dan dikala ini, seluruh rumah semerbak jer bau biskut.

CK bukanlah rajin sangat hari ni. Sebelah pagi (lepas subuh) dah tung tang kat dapur siapkan lauk2 untuk makan tengahari. Lepas tu terus la buat apam polkadot yang ditempah oleh cik Dania. Kalo korang perasan, kat CK Update tu, pukul 12.00 tadi, dah terus melepak depan tv. Tak sangka plak terlelap masa tgk kartun Hagemaru. Sedar2 si Rayyan pun dah tertonggeng tido kat sebelah. Alahai...cian.

Ni projek pukul 1.50 tengahari tadi. Bila si kenit tu bangun, dia nangis sambil tunjuk2 tong biskut yang kosong. Alahai siannyer...maka maknyer terpaksalah buat biskut untuk penuhkan balik tong tu... Errmm...meh layan biskut coklat cip tanpa telur. Still rangup macam biasa. Jimat telur kan... hehehe....

Butterscotch Coklat Cip Cookies (eggless) 
By: Cendanakasih

Bahan A (diayak bersama)
140gm tepung gandum
5gm serbuk koko
1 sb tepung jagung
1/4 sk soda bicarbonat
1sb susu tepung
1/2 sk emplek 
secubit garam halus


Bahan B
125gm butter
60gm gula perang
1/2 sk esen vanila
50gm coklat cip
50gm kekacang (dibakar dahulu)
2 sb butterscotch liquid

Cara-cara
Pukul butter bersama gula perang dan butterscotch sampai sebati.
Masukkan esen vanila
Masukkan Bahan A dan gaul rata
Masukkan kacang dan coklat cip
Sudukan sedikit adunan dan letak atas baking tray. Tak payah leperkan sbb biskut ni akan leper sendiri.
Bakar selama 23 minit suhu 160'c.
Keluarkan dari oven dan biar sejuk.
Siap !! 

** Untuk dapatkan biskut yang rangup, masa membakar antara 20-25 minit dengan suhu rendah.
** Boleh sesuaikan rasa manis dengan menambah sos butterscotch. 


 Resipi yang CK bagi kat atas tu dapat sikit jer biskutnyer...sekadar cukup untuk sekali ngap jer... hehehe.... Dan kali ni CK gunakan kacang badam hiris.


♥♥♥

Selasa, 17 April 2012

Gulai Tempoyak Ikan Talapia Merah

Salam...
Pepegi ni meh cium bau gulai tempoyak dari rumah CK...hehehe...(khas utk mereka yang menggemari tempoyak sahaja yer...yang tak suka tempoyak, sila tutup hidung anda...hehehe )



Bahan-bahan
1 ekor ikan talapia merah, dicuci bersih dan dipotong
- 3 ulas bawang kecil*
-10 biji cili padi * agak2 ler nk pedas ke idak
-1 inci kunyit hidup*
bahan2 * ditumbuk halus
-1 batang serai-diketuk
-1-2 keping asam keping
-1 cawan tempoyak (kalo tempoyak masam, tak payah letak asam keping)
-segenggam daun kesom
-1 batang bunga kantan-dipotong 4
-1 biji timun ladang/coklat -dikikis kulitnya dan dibuang empulur dalamnya - dipotong baji
-air secukupnya
-garam,perasa

Cara-cara
Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama serai diketuk, bunga kantan, tempoyak, dan air.
Biar mendidih sebentar agar cili masak (nanti masih ada bau cili padi..tak sedap)
Tambah air dan biar mendidih lagi.
Bolehlah dimasukkan ikan. Kalo kurang masam, boleh tambah asam keping.
Masukkan timun dan biar mendidih lagi.
Tambah daun kesum dan masukkan garam dan perasa.
Biar seketika dan bolehlah diangkat. Siap.


Syukur ada kawan yang baik hati. Terima kasih Wati sudi bagi stok tempoyak yang banyak buat CK. Seronok sungguh....  Nanti jemput makan kat rumah yer !!

 Ni daging masak kunyit kegemaran anak2. Kat rumah ni, kalo dah buntu tak tau masak apa, inilah lauk penyelamat. Sebab anak2 paling suka lauk ni. Letak minyak lebih sikit, sbb diorang akan gaul minyak tu dengan nasi. Hehehe.... tak brapa healthy tp sedap !!! 

Resipi daging goreng kunyit
daging secukupnya-dihiris nipis
serbuk kunyit
bawang besar-dipotong bulat
cili hijau,merah-belah 2, kerat 2
garam, perisa
minyak secukupnya

Cara-cara
Daging digaul dengan serbuk kunyit dan diperap 5 minit. Sementara tu boleh siapkan bahan lain spt potong bawang & cili
Panaskan kuali. Masukkan minyak masak. (CK suka lebihkan minyak)
Masukkan daging kunyit tadi dan kacau. Tambah air dan tutup sekejap agar daging elok empuk
Biar kering air daging tadi, dan bolehlah dimasukkan garam, perasa, bawang dan cili.
Kacau dan angkat !!

**Sesuai dimakan dengan nasi panas. Penggunaan minyak yang banyak memang la tak brapa sihat, oleh itu elok tukarkan kepada minyak bunga matahari/jagung jika suka. Tapi CK pakai minyak seri murni jer...hehehe....





 ♥♥♥

Isnin, 16 April 2012

Butterscotch Crispies Cookies

Salam..

Jumpa lagi...dan petang ni CK tayang biskut plak yer... Sebenarnya dah buat minggu lepas, tapi tak sempat nk ambik gambar (sbb lepas bakar tu, ada tetamu datang..so jamu sikit, tinggalkan sikit utk anak2...sibuk punyer pasal, tak sempat nk ambik gambar) Dan hari ini CK buat lagi memandangkan masih ada belen sos butterscotch tu.




Terima kasih buat Zack dari Tawau yang sudi berkongsi biskut yang sedap ni. Harum semerbak bau biskut ni semasa dibakar. Memang sedap. Si kenit Rayyan tengah menguyah depan tv tu.

Resepi Butterscotch Crispies cookies
Resipi asal: Zack 

Bahan
60g butter, lembutkan
20g gula pasir, kisar halus - CK guna 15g
40g gula perang
45g sos butterscotch 

1/2st esen vanila - boleh ganti esen butterscotch
1 biji telur Gred C @ D
75g tepung gandum
1/4st baking powder
1/4st baking soda
1C nestum
1/4C rice crispies@bubble rice
1/4C quaker oats
50g white choc chips@ white choc dicincang kecil

Cara:
1. Pukul butter, gula pasir, gula perang, esen vanila/butterscotch dan sos butterscotch hingga gebu.
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
3. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Masukkan tepung ke dalam adunan butter. Gaul sebati guna mixer, lowest speed. Masukkan nestum, rice crispies, nestum dan white choc/chips. Jika kelihatan lembik, boleh tambah lagi sikit tepung gandum atau nestum/oats sesudu dua.
4. Ambil sesudu adunan sebesar 1/2sb, bulatkan dan tekan sikit atas oven tray yang dialas dengan baking paper (biskut akan kembang dan keluarkan minyak sikit ketika dibakar). Jarakkan adunan 1.5 inci.
5. Bakar dalam oven, 150C selama 12-15 minit atau hingga tepi biskut kelihatan perang. AWAS! Jangan terlebih bakar atau biskut akan kelihatan hangus (akibat sos butterscotch) tp dalamnya ok je lagi sebenarnya :P
6. Biarkan sejuk atas oven tray selama 5 minit, sebelum dialihkan ke atas redai kek. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Ridiculously Easy Butterscotch sauce
(halfkan resepi di bawah untuk buat biskut di atas)
60g butter
1/2C gula perang
1/2C dairy cream @ non-dairy whipping cream @ susu sejat - saya guna non-dairy
1/2st esen vanila

Cara:
1. Cairkan butter dalam periuk tebal, gunakan api kecil.
2. Masukkan gula perang dan cream.
3. Kacau guna whisk selama 3-5 minit (adunan akan berbuih-buih kecil).
4. Tutup api dan masukkan esen vanila. Alihkan dari dapur gas dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
5. Sos akan pekat masa penyejukan dan ketika disimpan dalam peti sejuk, tak perlu masak terlalu likat sangat.
***Butterscotch sauce will keep for 2 weeks in the fridge, tutup rapat dan biarkan pada suhu bilik sebelum digunakan.

NOTE:
1. Sos butterscotch akan menjadi pekat ketika disimpan dalam peti sejuk. Kalau nk cairkan balik boleh biarkan pada suhu bilik dulu atau guna microwave oven.
2. Biskut menggunakan sos butterscotch tak sama peel macam guna golden syrup, biskutnya akan bertambah caramelized ketika dibakar. Hence, lebih rangup. Makin lama dibakar, makin caramelized, dan boleh bertukar menjadi toffee (yang keras). Jadi perlu jaga suhu, guna suhu yang rendah masa buat biskut ni.
3. Sukatan rice crispies@bubble rice, nestum dan oats interchangeble. Boleh lebihkan oats, kurangkan yang lain. Atau lebihkan crispies, kurangkan yang lain. 



Sedap biskut ni, dan kali ini CK tambah gajus kat dalam biskut tu. Jadinya bila kunyah ada la terasa kekacang kat dalam tu...hehehe.... 




 ♥♥♥

Ayam Masak Kicap Jawa

SALAM

Seminggu rumah ni direhatkan dari makan ayam..Kenapa? sbb Irfan alergik, badan luka2 sbb jangkitan virus. Sib baik dah pegi klinik dan doktor nasihatkan jauhi dulu ayam, udang dan telur..huhuhu...sedihnya...tiap kali tgk iklan KFC mulalah menitik air mata...hahaha...

Dan hari ni, dia dah mula sekolah (lepas seminggu dapat MC)... CK tengok lukanya pun dah baik, dan bolehlah masak ayam semula....bestnyer ?? sebenarnya mak diorang ni yang gila makan ayam...heheh.. minggu lepas membebel jer mulut CK marahkan Irfan.. kata CK, " ni semua ko punyer pasal, kebersihan tak nak jaga, badan kena kudis.. habis kitaorang sume takleh makan ayam dan telor..."


Selalu buat ayam masak kicap versi simple jer...tp kali ni kita cuba cara Jawa plak yer...

Bahan-bahan
1 ekor ayam (saiz sederhana)
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
10 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk kunyit
4 biji cili merah/hijau
1 ulas bawang besar
Asam jawa sebesar ibu jari
Garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk menumis:
6 sudu makan minyak
1 @ 2 kumtum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih

Cara-cara
- Ayam dipotong 16 bahagian dan dicuci.
- Digaul dengan garam dan kunyit serta digoreng separuh masak.
- Bawang kecil, bawang besar dan halia dikisar dan ditumis berserta bahan penumis sehingga naik baunya.
- Masukkan serbuk jintan manis,jintan putih dan ketumbar.
- Biarkan sedikit garing, masukkan kicap dan air asam jawa.
- Masukkan ayam yang telah digoreng.
- Masukkan bawang besar dipotong bulat dan cili merah/hijau yang dibelah empat.
- Kacau rata dan siap


Selain tu CK sempat gak la masak lauk sambal tempe ni....huish...jawa betul hari ni yer....hehehe


Dahhhh !!!!


♥♥

Sabtu, 14 April 2012

Kuih Bom Bijan & Masalodeh

Salam...

Adoii...blogger ada problem laa...banyak gambar2 jadi hitam...terpaksa la CK upload balik... nk kena blogger ni !!! hehehe....


Dah kebetulan buat kuih bom, CK ambik ler 10 ketui buat minum petang. Lama jugak tak makan kuih bom ni. Asyik buat utk orang jer...


Resipi macam biasa yer..dah pernah pos sebelum ini. 

Bahan-bahan
500 gm keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu

Cara-cara
keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
toskan keledek dan lecek hingga lumat
campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
Siap, dan bolehlah dimasukkan inti kegemaran masing2, spt inti kelapa manis, inti cucur badak ataupun gula pasir untuk kuih cek mek molek.


Ni plak masalodeh. Sempat possing 3 bijik jer...yang lain sume dah kena ngap.


Bahan-bahan :
300gm kacang dal
1 bj bawang besar - potong dadu
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari - potong halus
2-3 tangkai cili kering - potong halus
Garam secukupnya
1/2 biji telur
secubit tepung ubi
Minyak utk menggoreng

Caranya :
- Rendam kacang dal selama 4 jam atau 1 malam
- Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dal didalam blender
- Masukkan bawang dadu, cili kering, daun kari, jintan manis dan lain2. Gaul hingga sebati.
- Basahkan tapak tangan, letakkan 2 sudu besar bancuhan, bentukkan seperti bebola dan leperkan.
- Goreng dalam minyak yg panas sehingga kekuningan.


Ok.... dahhhh !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...