Jumaat, 27 Oktober 2017

Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap

Salam... Hari ini CK nak share resipi sambal tumis ikan bilis yang sedap dan sesuai untuk semua hidangan samada dengan nasi putih, nasi lemak, cekodok, lempeng, ubi rebus dan lain-lain



Resipi sambal tumis ikan bilis sedap

Bahan-bahan
1 mangkuk ikan bilis yg siap dibelah dan dibersihkan
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
belacan
1 mangkuk cili kering kisar
air asam jawa
garam, perisa secukupnya

Cara-cara
Ikan bilis digoreng sekejap, kemudian toskan minyak
bawang besar, bawang putih dan belacan ditumbuk kasar-kasar jer..
Dalam kuali tadi, masukkan cili kering kisar dan bawang yang ditumbuk tadi
Tumis sampai cili masak dan pecah minyak
Masukkan ikan bilis yang digoreng, air asam jawa, dan tambah air secukupnya
Tambah bawang besar yang dihiris
Biar kuah pekat, dan tambah garam, perisa jika perlu. Selalunya CK tak tambah garam dah sebab ikan bilis goreng tadi dah masin
SIAP





OK... Selamat Mencuba. Ini jer resipi ringkas tapi sedap untuk yang nak niaga nasi lemak. Tak perlu letak benda-benda merepek dalam sambal seperti biskut meri, buah kurma dan sebagainya. Masaklah yang original, dan rasanya insyaalah sedap



Khamis, 26 Oktober 2017

Rassam Telur Tok Pah

Salam... hari ni CK share respi Rassam (sup masam India) yang sedap ni. Sesuai dimakan ketika cuaca sejuk atau ketika tekak dah jemu makan masak lemak, ayam merah. Hehehe 



Ok, mari semak bahan-bahannya. Ni resipi arwah mak CK. Nak masaknyer senang jer. Syukur jugaklah si Jebat boleh makan mcm ni. 


Bahan-bahan A
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit serbuk kunyit
(semua bahan2 ini, dibasuh dan ditumbuk lumat) ok..dah siap tumbuk ketepikan

Bahan B (penumis)
2 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
3 biji cili kering - dipotong pendek
2 tangkai daun kari

Bahan lain 
1 mangkuk kecil air asam jawa
3 biji telur ayam
1 biji tomato - belah 4
garam, perisa



Cara Memasak

Dalam periuk, masukkan bahan A dan air. Masak hingga mendidih/ rempah masak.
Kemudian, tambahkan air asam jawa dan air secukupnya (terpulang banyak mana nak kuah)
Rasa masam, masin kuahnyer. Dah sedap, pecahkan telur,  masukkan tomato dan biar hingga telur masak. OK, Siap...tutup api

Tumis pula bahan B hingga perang. CK suka tumis dulu bawang merah dan bawang putih. Bila agak kuning, baru masukkan cili kering dan daun kari. So cili kering tidak terlalu hangus. Dah perang, curahkan ke dalam kuah rassam tadi. Cepat2 terus tutup periuk agar aromanya tak hilang. Lepas beberapa minit, bolehlah dihidangkan. SIAP !!































Kalau dah buat rassam ni, lauk yang sepadan untuk dihidangkan ialah Papadom dan Ikan Goreng. Tu jer dah cukup. Tak perlu ayam masak merah segala bagai. Hahahaahha.....Kan dah cakap, kalo malas CK masak lauk ni jer senang !!! 

OK...selamat mencuba !! 



Sabtu, 21 Oktober 2017

Ayam Percik ala Kelantan

Salam Sabtu. Hari ini CK macam teringin nak makan ayam percik kuah putih plak.







 Resipi Ayam Percik ala Kelantan 
BAHAN-BAHANNYA
3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus



 CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. 
Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. 
Tambah garam dan gula secukup rasa. 
Masak sekejap dan matikan api. 
Ketepikan.

UNTUK AYAM :-
Ayam dibersihkan, cuci dan tos.
Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam.
Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk.
Angkat dan toskan.

UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :-
Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan.
Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak.
Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....


Ok...selamat menjamu selera.

Ahad, 15 Oktober 2017

Pulut Kuning Rendang Daging

SALAM....

tiap2 hari kalo bukak jer IG mesti terpandang pulut kuning jualan actress jelita kak Zarina Zainuddin. Adusss... teringinnyer,

Dan hari ini ku gagahkan juga buat. Buat tak banyak pun 500gm pulut jer. Tapi biasalah, sambutan di rumah ni ala ala suam2 kuku jer.. Tambah plak di jebat outstation dan balik lambat. Takde sapa nk CK suruh makan (errr..paksa makan) hahaha...so kita packing, bagi jiran-jiran la





























Resipi Pulut Kuning - Rendam beras pulut  dengan air + kunyit + asam keping dalam 2~3 jam (kalau pulut susu xpayah rendam okey)- Kukus 1/2 jam- Keluarkan pulut tu gaul dgn santan.  

- Kukus balik pulut tu dalam 15min

Ok...dahhhh 

Sabtu, 14 Oktober 2017

Pie Tee

SALAM

Pie Tee ni mmg menjadi snack kegemaran CK sekeluarga tiap kali berkunjung ke Chicken Rice Shop. Kali ni cuba buat sendiri plak. Inti ayam cendawan. Sebenarnya ia ikut kreativiti kita la nk cipta intinya bagaimana. Janji sesuai ngan tekak kita kannn.... ko nak letak sambal sardin ke, sukati ko la dik nun...hahahaha



Bila pos jer gambar ni kat FB, kawan2 dah mula teringin. Ada yang nk datang rumah untuk rasa dan tak kurang juga nk beli. Ops.... malas la nk jual mende ni...takut sampai ke customer, kulitnya dah lemau.



Namun, ada juga yang minta beli bakul / kelongsongnya. Errmm..malasnya CK nk berdepan dengan minyak panas...



Ok...demi sebuah persahabatan, CK buat la jugak


Ada yang minat nk beli kelongsong Pie Tee ? kihkihkih.....


Jumaat, 13 Oktober 2017

Muffin Coklat

Assalamualaikum...lama tak update blog...sesekali rindu plak pd geng2 blogger masakan 😀



Muffin jer laa kali ini. Bekal anak ke sekolah. Senang dan cepat jer nk siapkan.

Muffin Coklat
Bahan2:
A
-1biji telur gred A atau B
-sedikit esen vanilla
B
-1 1/2 cawan tepung self raising
-1 sk soda bikarbonat
-4sb susu tepung
-5sb serbuk koko
-sedikit garam halus
C
-1/2 cawan susu segar
-1/4 cawan santan *kalau xnak guna santan boleh guna susu segar 3/4cawan
-1/4 cawan minyak
-3/4 cawan gula halus

Cara2:
- kacau2 manja bahan A
-satukan bahan C kedalam bahan A dan kacau sebati guna whisk je
-kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati
-masukkan adunan setengah cup n tabur la coklat chip diatas
-panaskan oven 180darjah api atas bawah n masak selama 25-30minit



SELAMAT MENCUBA 😊
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...