Khamis, 27 Mac 2014

Tauhu Kukus Goreng

Salam... 

Sesekali update la blog agar tidak ditinggalkan bersawang... yer, CK sibuk sangat dengan aneka tempahan sepanjang cuti sekolah ni. Tak sempat nk melayan benda2 remeh, apatah lagi si kucing2  kurap  yang menempel mengharap simpati... syuhhh,,pegi main jauh2 yer !!! ...Dalam kata lain, "my time is my money" hehehe.... 
Tapi hidangan dibawah ni, CK curi gak masa sikit...waalllah...mmg best !!




 Agak rumit sikit nk membuatnya. Tapi berbaloi... Cubalah !!

Tauhu Kukus Goreng
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
Bahan A
1/2  cawan isi udang/ayam (CK pakai isi udang)
2 ketul tauhu keras
1 ketul tauhu jepun
1 biji telur

Bahan B
1 biji bawang besar- dicincang halus
daun sup, daun bawang hiris
1 biji cili merah- dicincang halus
Lada sulah
garam secukupnya
serbuk secukup rasa

Bahan C
1 biji telur- dikocok sedikit
minyak masak secukupnya

Cara-cara
Panaskan air dalam periuk kukus. 
Masukkan Bahan A ke dalam blender, dan kisar hingga halus.
Masukkan ke dalam bekas, dan tambah bahan2 B. Gaul rata
Sesuaikan rasanya. Jangan masin sangat yer
Sediakan loyang sesuai. CK guna loyang empat segi saiz 7x7
Gliskan loyang dengan butter, dan masukkan bahan yang digaul tadi.
Kukus lebih kurang 20 minit.
Setelah kukus, keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk. 
Potong mengikut bentuk yang dikehendaki. CK potong panjang
Kemudian, celupkan ke dalam telur, dan goreng hingga keperangan
Siap...dan sedia dinikmati bersama sos cili 


Untuk Sos Cili
6 batang cili merah
2 biji buah tomato
3 ulas bawang putih
1  inci halia 4-5 sudu besar cuka atau jus limau 2 sudu besar gula 1 sudu makan garam sedikit air masak
Cara-cara
1. Satukan semua bahan dalam blender dan kisar hingga hancur.
2. Sesuaikan rasa dan hidangkan.



Ok..sampai sini dulu....







Rabu, 19 Mac 2014

Masalodeh

Salam..

lama tak update kat sini, asyik bz jer memanjang... meh tengok masalodeh yang CK buat semalam, untuk minum petang sambil2 layan program kat tv. Dah lama tak buat ni. Dulu masa aktif buat frozen, hari2 dok mengadap mende ni...skang bidang frozen terpaksa di'frozen'kan sbb CK kekurangan masa. Namun, insyaalah, semua produk2 frozen tu akan 'di'frost' bila dh branch nanti...(branch anak2 sedara aku ler )                                                                                                                                                                

Wokeh, meh tengok resipinya, senang jer...takyah susah2 beli kat aci kacang putih tu.. Yang penting, kerajinan

Bahan-bahan :
300gm kacang dal
1 bj bawang besar - potong dadu
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari - potong halus
2-3 tangkai cili kering - potong halus
Garam secukupnya
1/2 biji telur
secubit tepung ubi
Minyak utk menggoreng

Caranya :
- Rendam kacang dal selama 4 jam atau 1 malam
- Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dal didalam blender
- Masukkan bawang dadu, cili kering, daun kari, jintan manis dan lain2. Gaul hingga sebati.
- Basahkan tapak tangan, letakkan 2 sudu besar bancuhan, bentukkan seperti bebola dan leperkan.
- Goreng dalam minyak yg panas sehingga kekunigan.


Okeh...meh layan plak gambar lain plak...hanya gambar ni jer yang sempat snap. Gambar lain tak sempat, sbb tuannya dah sampai sebaik sj kuih keluar dr oven/pengukus.

Cupcakes tema putih, hitam, gold- tempahan dari Dhia utk event customer pak arab

blueberry cheese tart (gambar snap pukul 6 pagi ) 

Cream Puff aneka filling. Ini produk yang tengah hot,meletops skrg ni. Hari2 ada jer order si tembam ni, sampai tak sempat nk makan, tak sempat nk rehat. Syukur


ni utk jawapan si mangkuk hayun yang tinggal mesej kat cbox semalam. Dah la masuk rumah orang tak beri salam
Yer..kuih aku mmg sedap, kalo tak sedap, orang tak repeat order dik nun, Allah dah anugerahkan akal fikiran, so pandai2 la...Kalo rasa tak suka tengok gambar2 di sini, jangan masuk blog ni. Ada aku suruh ko masuk blog aku ni ke??

SEKIAN... hehehe....(org lain jangan ambik ati yer, ni utk si malaun yang ntah dari planet mana, menerjah masuk dan tinggalkan komen bodoh ) 



Rabu, 5 Mac 2014

Serimuka Pandan

Salam..
Minum petang hari ni, kuih serimuka pandan. Sebenarnya ni kuih kitar semula...hahaha...cemmana tu?? semalam CK buat pulut kuning, so bila tak abis, simpan dalam tupperware dan hari ni jadilah dia kuih serimuka. Sbb tu warna kuih ni ala2 bendera negeri Kedah...hahaha.... ( ♪ ♫ hijau kuning ♪ ♫ lambang negeriku ♪ ♫ 



 Ni resipi campak2 jer, so untuk adik2 yang baru nk belajar, refer resipi betul2 yer..jgn buat cam akak (yg dah pro ni) hahaha
*** abaikan lapisan pulut yang nipis tu yer, sbb CK mmg tak suka makan pulut banyak2, lebih suka makan lapisan hijau tu... tabiat masa kecik2 dibawa ke tua ni  ... hahaha....


SERIMUKA PANDAN
Resepi:Chef Asma
Sumber:Bdaria

Bahan-bahan:(Loyang 10x10x2")
Bahan Lapisan Bawah:

500 gm beras pulut
250ml santan pekat (asal 300ml)
250 ml air (asal 300 ml)
1 1/2 sudu teh garam halus (asal 2 sudu besar)

Cara:
1.Rendamkan pulut sekurang-kurangnya 4 jam.(saya rendam 2 jam)
2.Basuh bersih dan toskan sehingga air kering.
3.Masukkan dalam loyang yang tidak berlubang dan kemudian masukkan santan pekat, air dan garam.Kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit.
4.Apabila pulut sudah masak, angkat dan gaul sehingga sebati.
5.Masukkan dalam loyang dan tekan padat.6.Sapukan sedikit bancuhan lapisan atas.(adunan pandan)

Bahan Lapisan Atas:
Bahan A
250 gm gula kastor/ 200 gm gula pasir 
80 gm tepung kastad
400 ml santan pekat
400 ml air
20 gm daun pandan (diblender bersama air di atas)

Bahan B
3 biji telur | dipukul rata (asal 5 biji)
1/2 sudu kecil garam halus
1/4 sudu kecil esen pandan
Pewarna hijau secukupnya

Cara:
1.Satukan semua bahan A dan kacau rata.
2.Masukkan bahan B dan kacau sehingga rata.
3.Tapis dan masukkan ke dalam periuk.Masak sehingga naik wap.
4.Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.




Ok..sampai sini dulu 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...