Khamis, 30 Oktober 2008

Serai dan khasiatnya

Kali ini aku nk share khasiat serai. Kat umah aku ni memang banyak serai. Siap untuk kegunaan jiran-jiran. Serai banyak digunakan dalam masakan melayu. Khasiatnya tidak dapat dinafikan lagi.
Selain daripada itu, daun serai juga ada manfaatnya...(yang tajam dan boleh melukakan jari jika tidak berhati-hati)

ha..inilah yang aku nk cerita ni. Petua ni aku dapat dari seorang jiran berbangsa cina (Mr.Ivan) yang tinggal berdekatan dengan rumah aku. Dia ni seorang pengurus jualan pelbagai produk kesihatan. Pengalamannya berjumpa doktor, pakar kesihatan, pensyarah dikongsi bersama kami semua.

Kalau dahulu, sebaik sahaja mengambil serai untuk membuat ramuan dalam masakan, daunnya akan ku buang, namun kini tidak lagi. Daun serai rupanya boleh menjadi agen penghalau serangga makhluk perosak yang menginap di pokok-pokok tanaman, khasnya pokok sayur-sayuran seperti kekacang dan tanaman berdaun lain.

Caranya, daun serai yang hendak dibuang tadi, di kisar hancur bersama air. Kemudian perah jusnya dan campurkan dengan setitik dua minyak masak.Masukkan ke dalam botol penyembur dan semburlah kepada tanaman anda. .... insyaalah, tiada lagi serangga seperti ladybird, semut di pokok anda. Cubalah....selain menjimatkan kos, ia juga mesra alam dan tiada bahan yang memudaratkan kesihatan.
*kempen sayuran organik he,he,he

Isnin, 27 Oktober 2008

Brocoli & Tauhu Telur

Resepi ni menjadi salah satu favorite kami sekeluaga kalau berkunjung ke chinese restaurant (kami slalu g kat brickfield, KL) Senang jer nk buatnya. Aku belajar dr untie sebelah umah jugak (ni jiran cina plak, umah aku ditengah-tengah, sebelah kiri india, sebelah kanan cina...he,he,he...masyarakat majmuk)

Bahan-bahan
>2 ketul tauhu telur -dipotong
>brocoli secukupnya -direbus dahulu dan toskan
>bawang putih-ditumbuk
>halia-diracik halus
>minyak bijan (sikit jer)
>minyak masak
>sedikit lada sulah
>udang kering
>sos tiram
>tepung jagung
>air
>perasa

Cara-cara
1. Tauhu telur digoreng, kemudia diketepikan. Susun dalam pinggan bersama brocoli tadi.
2.Goreng pulak udang kering, tapi jangan garing sangat, nanti keras
3.Keluarkan sedikit minyak dalam kuali tadi, dan masukkan pula minyak bijan.
4.Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan lada sulah
5.Masukkan sos tiram. Kacau lagi. Masukkan air.
6.Tambah perasa (tak perlu letak garam sbb udang kering dan sos tiram dh masin)
7.Masukkan tepung jagung yang dilarutkan dengan air untuk memekatkan kuah. Akhir sekali, masukkan udang kering yang digoreng tadi.
8.Siram ke atas brocoli dan tauhu telur goreng. Siap untuk dimakan panas-panas

Pizza

Ni buat untuk breakfast anak-anakku pagi ni. Senang jer nk buat. Thanks to sofieza (myresipi) sbb sudi share resepi pizza mudah ni. Anak-anak pun suka


Bahan-bahan
>Beberapa keping roti potong
>Sayur 3 beradik (Jagung, kacang peas & lobak merah)
>Sosej - dihiris kepingan tipis
>Kepingan slice cheese - dipotong memanjang
>Cili sos
>Mayonis
>Serbuk lada hitam & serbuk lada sulah (Optional)

Cara-cara
1.Sapu permukaan roti dengan sos cili.
2.Tabur sayur tiga beradik dan kepingan sosej.
3.Paipkan mayonis di atasnya. Susun slice cheese seperti dalam gambar.
4.Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah di atasnya. Bakar lebih kurang 15 minit atau sehingga cheese mencair.

Senang jer nk buatnya. Kalau member datang dan tak tau apa nk bagi makan, aku buat benda ni jer. Mudah dan yang penting sedap...

Ahad, 26 Oktober 2008

Udang Masak Kuning

Semenjak bulan ramadhan hari tuh, aku dh tak boleh makan udang, elergik. Kalau makan jer,siaplah gatal satu badan. Dan kalau ada udang kat rumah ni, aku masak simple jer (he,he,he...ni kes jeles sbb tak leh makan, so tak payah masak beria-ia sangat) Apapun, anak2 tetap enjoy makan.

Bahan-bahan
>udang
>serbuk kunyit
>bawang merah*
>bawang putih*
>sedikit halia*
>cili merah-dipotong serong
>daun sup, daun bawang
>minyak masak
>garam, perisa

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan juga halia sampai naik bau
2.Masukkan serbuk kunyit, diikuti dengan udang. Tutup kuali dan biar hingga udang masak.
3.Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa bersama cili merah. Sebelum ditutup api, taburkan daun sup dan daun bawang. Bolehlah diangkat

Happy Deepavali-Payasam

Happy Deepavali ! ! , especially untuk family angkat aku, Mrs.Maniam kat Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tak lupa juga untuk kakak Amu dan abang Shanker.... hopefully dapat jumpa lagi satu hari nanti.... (ish..sedih plak....)
Resepi ni aku masak sempena mengingati keluarga angkatku yang jauh di mata tapi dekat di hati. Diorang ambik aku sebagai anak angkat sbb aku ni masa kecik2 payah nk makan. Kurus kering jer.
Tambah plak mak dan ayah aku asyik buzy jer ngan kerja. Nk bawak aku, takut mengacau plak. Tu yang ditinggalkan pada keluarga angkat aku ni (ala, jiran dekat umah jer). Lama-lama aku semakin rapat dan tak kisah kalau mak dan ayah aku takde.... gitu ler serba sikit citer aku menjadi anak angkat keluarga india ni.....
Kalau dulu, aku ni memang pandai speaking Tamil, tp sebab dh lama tak praktis, lupa mcm tu jer...sikit2 tu bolehlah cakap.... tapi kalau bab memasak tu still ok lagi.
Resepi payasam ni.....tak susah pun, beli jer Gemini Payasam Mix kat kedai. Abih citer.... (ni kira desert orang india la..)


Bahan-bahan
>sepaket Gemini payasam mix
>8 gelas air
>2 gelas susu

Cara-cara
1. Dalam periuk, masukkan payasam mix bersama 8 gelas air. Masak sebentar hingga sagu lembut. (tak payah tambah barang lain lagi, sbb dalam pek tu sume dh complete dengan kismis, gajus, gula, halia, dll)
2.Masukkan susu, kacau dan bolehlah diangkat.
Senang sangat, ikut jer arahan kat plastik tu... tapi kalau ikut resepi kakak aku (kak Mas) dia masukkan sedikit minyak sapi selepas masuk susu tu, untuk menaikkan bau dia..memanglah sedap, tapi aku tak nk ler..sbb diet...

Roti Sosej

Roti ni dibuat untuk breakfast anak-anakku. Sejak dh pandai buat aneka jenis roti ni, tiap-tiap minggu mesti buat roti. Sampai babu jual roti petang2 kat umah ni dh tak nk singgah dh..sian, dh takde satu pelanggan.
Asalnya resepi ni guna breadmaker, tapi umah ni takde breadmaker, so aku uli ler pakai tangan. Takpe, boleh exercise sikit. Bila lagi nk hilangkan lemak kat lengan ni yer?? Nk tunggu Hang Jebat beli breadmaker... tunggu tnb bayar bonus (kalau dapat ler tahun ni, tnb asyik rugi memanjang jer,tak pernah untung pun)
Apapun, layan jer lah resepinyer..thanks untuk minami123 (myresipi) yang sudi share resepi ni. Moga bertambah-tambahlah pahala sbb dh ajar aku cara berjimat. Tak payah nk ulang alik bakery beli roti ban lagi.


Bahan-bahan ( 12 biji )
>190 ml air
>400 gm tepung roti
>5 sudu besar gula
>1 sudu kecil garam
>2 sudu besar susu tepung
>1 biji telur ayam
>2 sudu kecil yis
>60 gm butter
**bahan2 lain**
>12 batang sosej
>sos cili
>cheese
>mayonis (ni aku tambah, picitkan kat atas ban selepas bakar)

Cara-cara
1.masukkan bahan2 utk roti ke dalam satu bekas. Uli hingga lembut. Rehatkan 15 minit dan kemudian uli lagi.
2.bahagikan doh kepada 12 bahagian. bulat2 kan doh tersebut dan biarkan selama 20 minit.
3.ambil sebiji doh. canaikan
4.ambil sebatang sosej dan gulung
5.hiris sosej yg digulung. Jgn sampai putus..
6.Tolak kiri dan kanan selang seli.
7.ulang langkah 3 hingga 6 hingga habis
8.biarkan doh selama 40 minit.
9.setelah itu, sapu sos cili dan tabur kan cheese. bakar pada suhu 180 darjah selama 12 minit. 10.roti siap dibakar..
*untuk penerangan lebih lanjut dan jelas, rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/916

Sabtu, 25 Oktober 2008

Sup Cendawan+Sayur

Ni untuk breakfast anak-anakku pagi ini. Si along memang suka sangat makan ni. Resepi ni ciptaan aku sendiri, cedok sana sikit, sini sikit, jadilah sup cendawan ala-ala sup cambell ni. Aku campur ngan brocoli dan karot untuk naikkan seri sup ni. Sedap dimakan bersama roti. Jom layan resepi tuh.
Bahan-bahan
>bawang merah-hiris
>sedikit mentega
>sedikit tepung gandum
>cendawan butang-dipotong kecil
>brocoli-dipotong
>karot-dipotong
>kiub ayam
>crab stik-dipotong kecil
>isi ayam
>susu segar
>lada hitam/lada sulah
>daun bay
>garam, perasa
>setitik dua maggie seasoning
>air secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan mentega dan tumis bawang merah hingga kuning.Masukkan sesudu dua tepung gandum. Kacau rata agar mentega dan tepung tadi sebati.
2.Kemudian, barulah dimasukkan sedikit lagi air. Kacau lagi agar tepung tidak bergentel.
3.Masukkan susu segar. Tambah air untuk mendapatkan banyak mana kuah yang diingini.
4.Biar mendidih sebentar, barulah dimasukkan cendawang butang, karot, brocoli, crab stik, isi ayam, daun bay, lada hitam, perasa dll
5.Jika kuah agak cair, bolehlah dilarutkan lagi tepung gandum bersama air dan dimasukkan ke dalam kuah.
6.Biar pekat sedikit, barulah diangkat.

Kailan Ikan Masin

Makan tengahari keluargaku tak akan lengkap kalau takde sayur (walaupun kat umah ni hanya aku yer yang makan sayur. Yang lain cuma tgk jer. Hang Jebat pun cuma sentuh sikit jer. Yang lainnya aku ler yang terpaksa habiskan.
Saja la nk share resepi tuh kat sini untuk rujukan anak-anak di masa depan (kalau diorang nk masak la....)

Bahan-bahan
>Sayur kailan
>bawang merah
>bawang putih
>cili merah-kalau nk pedas, leh tambah cili padi
>isi ikan masin(ikan duri)-dipotong dan digoreng dahulu

Cara-cara
1.Bawang merah, putih dan cili ditumbuk.
2.Kemudian tumis bahan tadi hingga naik bau. Masukkan ikan masin dan sayur
3.Boleh tambah sedikit air
4.Masukkan serbuk perasa dan sedikit sos ikan. Tak perlu tambah garam lagi
5.Kacau rata dan bolehlah diangkat

Pisang Lumut

Ni resepi paberet aku dr kecik sampai la skang ni...(dh tua dh..dh ada cucu pun). Benda ni macam bubur pisang jugak, tapi kena kukus. Tapi kat umah ni diorang tak brapa suka dessert, tapi bila dh teringin sangat nk makan, buat jer lah. Kalau banyak, bagi jer kat jiran. Abis citer. Jom kita share resepi tuh kat sini.


Bahan-bahan
pisang masak - dalam 4 biji, aku guna pisang montel, dipotong serong
daun pandan* - 3 helai
kelapa parut*-1/2 biji
gula-3/4 cawan
telur- 2 biji
sedikit tepung kastat (kalau mak aku, dia tak letak, cuma lebihkan telur jer)
sedikit garam-untuk naikkan rasa lemak
pewarna hijau

Cara-cara
1.Sediakan pengukus. Potong pisang ikut bite saiz dan atur dalam loyang. Masukkan dalam pengukus
2.Sementara itu, blender kelapa parut bersama daun pandan (ini kerja orang malas la..) Tapis dan perah santannya
3.Dalam satu bekas, masukkan santan pandan tadi bersama gula, telur dan sedikit tepung kastat. Aku tambah pewarna hijau untuk lebih meriah sbb warna asli daun padan tak brapa menarik.
4. Dengan wisker, pukul hingga sume bahan sebati. Kalau kurang manis, boleh tambah gula.
5.Akhir sekali, tuang bahan tadi ke dalam pisang yang dikukus tadi. Kukus sampai masak. Lebih kurang 40 minit.
6.Sedap dihidangkan ketika sejuk.
(aku masuk dalam fridge dulu, kemudian baru makan)

Khamis, 23 Oktober 2008

Pasta Salad

Pagi tadi pegi tesco, (kat bahagian bawah tesco puchong tu ada kedai pc) niat utama nk beli mouse pc ni lah...dh banyak hari tak leh nk surf internet, mouse buat hal. Pas tu dh alang-alang sampai sana, naik ler ke tesco, cuci mata lah konon. Emmm...terpandanglah brocoli, murah plak tu, aku pun apa lagi, boronglah. Anak aku yang sulung tu memang suka makan brocoli stim cicah ngan mayonis. Pelik selera dia tu.
Pasta ni macam pasta biasa jer, cuma aku tambah sayur2, untuk lebih warna warni.


Bahan-bahan
>speggetti
>bawang putih-racik halus
>bawang merah-dadu
>sos putih prego
>lada sulah
>sosej
>crab stik
>brocoli-rebus dahulu
>karot-rebus dahulu
>cendawan butang-dipotong

Cara-cara
1.Spegetti direbus dan ditoskan.
2.Tumis bawang putih, bawang merah hingga naik bau (jangan garing)
3.Masukkan lada sulah. Kacau lagi.
4.Tambah sos putih prego. Biar mendidih
5.Masukkan sosej, crab stik, cendawan butang.
6.Akhir sekali, masukkan spegeti bersama karot dan brocoli tadi. Kacau rata dan bolehlah diangkat. Siap.
(resepi ni dapat dr majalah saji)

Somtam

Aku tgk juadah ni kat rumah Hana, sebelum ni memang tak pernah makan pun.Tengok dalam tv jer. Teringin plak nk makan. Balik kampung ari tuh, ambik ler betik mengkal. Buatlah benda somtam ni... Rasanya ok, sedap, tp aku sorang jerk yang makan. Hang Jebat tak sentuh pun. Dia tu salad2 ni tak layan. Punyalah syok makan,terlupa plak yang aku takleh makan udang kering,apalagi, alergik lah satu badan. Resepi ni pun salin dr umah Hana. Jangan marah yer Hana..nanti kena jual kat jepon tu.


Bahan-bahan ( 4 orang )
>150g betik muda
>1/3 batang lobak merah
>2-3 batang kacang panjang- x letak
>3 sudu besar udang kering

[ Bahan untuk dressing ]
>2 ulas bawang putih
>10-15 biji peanut
>2-3 sudu besar nam pla (sos ikan)
>1 biji lemon- ambik jusnya
>1-2 batang cili padi
>1 sudu besar gula
>tomato ceri
>kacang goreng - tumbuk kasar

Cara-cara
1.Buang kulit betik. Potong halus memanjang atau sagat memanjang. Sama juga dengan lobak merah.
2.Potong kacang tanah lebih kurang 3-4cm. Rebus sekejap.
3.Sediakan dressing. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung. Gesek-gesekkan dengan anak lesung. Tak payah tumbuk.. biar pecah2 sedikit saja. kemudian masukkan semua bahan-bahan lain.
4.Pastu gaullah dengan betik, kacang panjang dan lobak merah yang dipotong tadi. Masukkan juga tomato ceri n taburkan kacang.

Sup tauhu

Hari-hari makan kari pun jemu jugak. So layan la chinese style plak. Sup tauhu lembut. Aku campur dengan telur dan karot (untuk tarik perhatian budak2 kat umah ni) Layan jer lah resepi nyer ni...

Bahan-bahan
>tauhu lembut - 1 bar
>sebiji telur
>sebatang karot
>daun sup-hiris
>daun bawang-hiris
>bawang goreng
>bawang putih-ditumbuk
>serbuk lada putih
>minyak masak/minyak bijan

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan lada sulah hingga wangi.
2.Masukkan air. Biar mendidih sebentar
3.Masukkan karot, pecahkan telur ke dalam sup
4.Masukkan juga tauhu. Biar mendidih dengan api perlahan
5.Akhir sekali, letakkan serbuk perasa, garam (kalau suka, letaklah kiub ikan bilis)
6.Tutup api, dan bolehlah ditaburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.

Senang jerk. Resepi orang malas

Rabu, 15 Oktober 2008

Acar Rampai

Resepi ni aku sendiri yang ubahsuai. Kalau ikut resepi mak aku, complicated sikit. Ni yang versi senang, tp sedaplah jugak. Kalau masak nasi minyak, kenalah ada lauk ni. Sorrilah, gambar nasi minyak tu aku tak sempat nk snap, sbb hp buat hal. Hanya sempat ambik gambar acar rampai ni dengan daging masak hitam tu jer.

Bahan-bahan
>*Timun-dipotong memanjang
>*Lobak merah-dipotong memanjang
>*Cili hijau
>*Cili merah
>*Bawang besar
>Bawang merah-dimayang halus
>Bawang putih-dimayang halus
>Halia-dimayang halus
>Sedikit serbuk kunyit
>Biji sawi
>Cuka
>Gula, garam, perasa

Cara-cara
1.Bahan-bahan * direndam sebentar dalam air kapur kemudian basuh dan toskan.
2.Tumis bawang merah, bawang putih dah halia sampai naik bau
3.Masukkan biji sawi dan serbuk kunyit
4.Masukkan air dan cuka. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Lauk ni kena ada rasa masam-masam manis (cewah..macam filem P.Ramlee plak)
5.Biar mendidih sebentar dan akhir sekali masukkan sayur tadi. Kacau dan angkat. (jangan masak terlalu lama sampai timun lembik, tak sedap)

Daging Masak Hitam

Ni resepi mak aku yang original. Banyak sungguh kenangan dengan lauk ni. Di samping menjadi salah satu sajian dalam majlis kenduri kahwin aku, lauk ni jugaklah yang bakal mak mertua aku suruh aku masak masa first time hubby aku introduce aku kat family dia. Ada ke patut! Fuh..gabra jugak masa tu, yelah, aku ni mana la expert sangat masak daging hitam ni. nasib baiklah basic nya aku ingat sikit-sikit. Alhamdulillah, lulus jugak ujian, tp dapat markah B kot (yelah, kalau mak aku yang masak, tentulah A)....Meh kita kongsi resepi tuh kat sini,manalah tau kot2 sejarah aku tentang lauk ni berulang kembali. Selain daripada daging, sedap juga kalau dicampur limpa dan hati lembu.Sedap di makan bersama nasi minyak atau nasi putih.


Bahan-bahan
>Daging-direbus dahulu
>Jintan manis*
>Jintan putih*
>Kulit kayu manis*
>Bunga cengkih
>Bunga lawang*
>Buah pelaga*
>Halia#
>Lengkuas#
>Bawang putih#
>Bawang merah#
>Cili kering#
>Sedikit sos tomato
>Beberapa titik cuka
>Sedikit kicap
>Gula, garam dan perasa

Cara-cara
1.Bahan-bahan bertanda * disangai di atas api perlahan hingga wangi. Kemudian tumbuk bahan itu hingga lumat.
2.Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Goreng cili kering dan bawang. Jangan sampai hangus. Sebelum diangkat, masukkan sekali semua bahan-bahan bertanda # Goreng lagi.
3.Kisar bahan yang digoreng bersama minyak tadi hingga halus.
4.Campurkan rempah yang ditumbuk tadi bersama bahan yang dikisar. Gaul sebati.
5.Panaskan minyak dan tumis bahan tadi sampai wangi.
6.Masukkan sos tomato dan cuka.
7.Masukkan gula dan sedikit kicap.
8.Diikuti dengan daging yang direbus tadi. Tambah sedikit air.
9.Akhir sekali, masukkan garam dan serbuk perasa. Biar kering sedikit, barulah diangkat. SELAMAT MENCUBA

Ahad, 12 Oktober 2008

Rendang Ikan Kayu

Rendang ikan kayu ni resepi orang perak. Sebenarnya dh lama aku tak masak lauk ni, maklum ler, sejak puteri perak ni berkahwin dengan Hang Jebat, santapan ala perak jarang sekali memasuki istana kami (cewah..bahasa lama la plak)
Tapi baru-baru ni kami dikunjungi tetamu dr Perak, sekampung. Lalu tersingkaplah tirai kenangan zaman kanak-kanak aku. Masa dulu, kalau mak masak lauk ni, aku mesti bawak bekal nasi gi sekolah. Tak pernah plak aku makan rendang ni dengan pulut atau ketupat. Kalau dicuba tentu sedap kan.
Thanks untuk Rossitam (myresepi). Aku copy dr sana jer...



Bahan-bahan
>1 kg ikan kayu
>10 biji cili kering (*)
>2 inci halia (*)
>3 batang serai - dihiris (*)
>5 ulas bawang merah - dihiris
>1 liter santan - kurangkan jika terlalu banyak
>2 keping asam keping / asam gelugor
>1 helai daun kunyit bersaiz sederhana - dihiris halus2
>2 cawan kelapa parut
>Garam dan serbuk perasa secukupnya
>Sedikit serbuk kunyit
*** Jika gunakan kunyit hidup, kisar bersama bahan2 bertanda (*)

Cara-cara
1.Kisar bahan2 bertanda (*) hingga halus. Kemudian masukkan kelapa parut dan kisar lagi tetapi jangan sampai hancur. Tambah air jika perlu atau boleh gunakan santan.
2.Masukkan bawang merah yang telah dihiris, bahan2 yang telah dikisar halus, serbuk kunyit dan juga santan ke dalam kuali.
3.Masak di atas api yang sederhana hingga mendidih dan kuahnya berkurangan sedikit.
4.Kemudian masukkan ikan pari dan asam keping. Masukkan juga garam dan perasa secukupnya.
5.Masak sehingga kering tetapi jangan dikacau terlalu kuat kerana ikan akan hancur.
6.Taburkan hirisan daun kunyit dan kacau sehingga rata.
*** Tujuan tunggu hingga kuah berkurangan dan baru dimasukkan ikan ialah supaya ikan tidak dimasak terlalu lama di dalam kuah. Ini akan membuatkan ikan hancur.

Cheese cake

Hari ni aku rajin plak masak. Entahlah..sbb hang jebat kerja dan balik lambat kot, so aku takde benda nk buat kat umah. Menyelongkar ke fridge, jumpa cream cheese. Emm...si Along memang suka makan cheese kek. Resepi ni dr Biduri (myresipi). Thanks a lot.



Bahan-bahan ( 18 cm )
>250g cream cheese
>200cc/ml fresh cream/plain yogurt
>2 sudu besar jus lemon
>3 sudu besar tepung gandum
>2 biji telur
>90g gula

Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
Senang kan! cubalah, gerenti tak menyesal.

Kuih keria@gelang

Yer ke kuih gelang. Agaknya sbb bentuk dia mcm gelang kot. Ari tuh dh buat, tp disebabkan malas, aku buat bulat2 jer, pas tu terus goreng. Hasilnya hang jebat aku hanya usik dua tiga bijik jer. Sambil makan, dia tanya apa nama kuih ni. Aku jawab..."laaa...ni kan kuih keria! "
Hang Jebat aku tuh memang konservatif sikit.Kalau buat kuih apapun, kena ikut bentuk asal. Kalau tidak, pasti akan kedengaran seribu komen.
Resepi ni dapat dr Quinnie, myresipi. Kuihnya lembut jer, walaupun simpan sampai ke malam. Jom kita share resepi tuh



Bahan-bahan ( 15 biji )
>500 gm keledek (saya buat keledek merah + putih)
>1 cawan tepung gandum
>1/4 cawan tepung ubi kayu
>1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air

Cara-cara
1.keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
2.toskan keledek dan lecek hingga lumat
3.campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
4.ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
5.goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
6.panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian 7.masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat.

Pai Ayam Cendawan

Selak-selak majalah lama, jumpa resepi pai. Sedap jugak, tp hang jebat aku tuh tak brapa suka makan benda2 alah macam ni. Kalau cekodok ikan bilis, karipap, keria laju la dia makan. Walau apapun, kadang-kala kena tukar selera jugak kan!
Meh kita share resepi tuh kat sini. Sorry la gambar tak brapa cantik, sbb tangkap pakai hp jer, pastu anak2 pun dh tak sabar nk makan.



Bahan-bahan
(pastri)
230gm mentega
340gm tepung gandum
air batu secukupnya
*kalau nk lebih sedap, boleh tambah daun kari yang dihiris halus, bijan atau serbuk cili.
(inti)
bawang merah
bawang putih
isi ayam
lada sulah
aneka cendawan(tiram, shitake, butang, dll)-lagi banyak cendawan, lagi sedap
minyak masak
garam, perasa

Cara-cara
1.Masak inti dulu. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. '
2.Masukkan isi ayam dan lada sulah. Kacau lagi. Diikuti dengan aneka cendawan.
3.Tambah sedikit air untuk melembutkan cendawan tadi. Tutup seketika, biar hingga kering
4.Tambah perasa dan garam, kacau lagi dan siap.

(untuk pastri)
1.Masukkan tepung gandum dan mentega. Gaul sebati
2.Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh.
3.Ambil sedikit adunan, dan canai.
4.Masukkan dalam acuan muffin, cucuk dengan garfu pada dasarnya.
5.Letakkan inti ayam+cendawan tadi.
6.Canai lagi satu bahagian,tutup inti tadi dan kemaskan pada bahagian tepi. Sapu kuning telur untuk kilatkan pai.
7.Cucuk dengan pisau pada bahagian atas pastri dan bolehlah dibakar.

*Maaf atas kesalahan tatabahasa yang terdapat pada resepi ini. He,he,he....(pandai-pandai ler sendiri)

Khamis, 9 Oktober 2008

Ayam Masak Merah

Dulu aku tak brapa pandai masak ayam masak merah ni, tapi satu hari pegi umah jiran (Nor) tgk dia tgh masak lauk ni. Dia pun bagi resepi. Balik umah, aku pun try la. Sedap jugak. Anak2 pun suka, sbb tak brapa pedas. Resepi dia ni sempoi jer, sbb tu aku suka. Meh kita share



Bahan-bahan
>ayam-dibersihkan, dipotong, digaul dengan kunyit dan garam dan digoreng (sapa tak suka goreng, bolehlah direbus/dikukus)
>bawang merah*
>bawang putih*
>halia*
>serai* (boleh juga diketuk)
>bunga lawang
>bunga cengkih
>kulit kayu manis
>sos tomato
>cili kering kisar
>gula, garam, serbuk perasa
>gajus(optional)-goreng sebentar dan angkat
>bawang merah-dipotong bulat
>kacang pic

Cara-cara
1.Bahan-bahan bertanda * ditumbuk hingga lumat dan kemudian tumis hingga garing.
2.Masukkan cili kering, bunga cengkih, lawang, dan kulit kayu manis, tumis lagi hingga pecah minyak
3.Masukkan sos tomato, gula, gajus. Boleh tambah sedikit air untuk kuah.
4.Biar mendidih sedikit, baru masukkan ayam. Gaul rata
5.Akhir sekali, sebelum tutup api, masukkan bawang merah yang dipotong bulat dan kacang pic. Sedia dihidangkan.

Taugeh Masak Lemak Putih

Lauk ni dimasak kalau terlebih taugeh dalam fridge. Sedap makan ngan sambal belacan dan ikan kering.



Bahan-bahan
>taugeh
>santan
>cili merah-hiris
>bawang merah-hiris
>udang kering/ikan bilis
>tauhu-dipotong 4

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan dalam periuk, kecuali taugeh
2.Didihkan sebentar. Masukkan garam dan serbuk perasa
3.Masukkan taugeh, kacau seketika dan angkat (kalau overcook, tak sedap)

*Senang kan !!

Rabu, 8 Oktober 2008

Coklat muffin

Haaa...yang ni baru favorite si kecik aku tuh, Harith Irfan. Dh lama dia request, tp mama dia masih mood raya lagi.Tapi hari ni, sbb si along takde benda yang bawak bekal g sekolah, so aku buatlah muffin ni.



Bahan-bahan
>1/2 cawan butter
>1/2 cawan gula
>3/4 cawan tepung naik sendiri
>1 biji telur
>1 sudu kecil gliserin
>1 sudu kecil ovalet
>1/8 cawan kacang tanah kisar
>1/8 cawan kelapa parut kering
>1/8 cawan serbuk koko
>1/4 cawan air panas mendidih
>sedikit esen vanila
>muffin cup secukupnya

Cara-cara
1.Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2.Masukkan telur, pukul lagi. Masukkan esen vanila.
3.Masukkan tepung, diikuti dengan serbuk koko, gliserin, kelapa parut dan kacang tanah. Gaul rata
4.Tuang air panas mendidih dan kacau rata
5.Sendukkan ke dalam muffin cup
6.Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit.

Tuna Sandwich

Sandwich ni kegemaran anak sulung aku, Farisya. Kalau buat sandwich ni, empat keping roti kejap jer licin (maklum ler...dia tu tekak western sikit, kalau masak nasi goreng ke, nasi lemak, mee goreng dia tak layan punya).Tapi ke kecik ni tak plak suka.Aduh la...anak2, macam2 hal. Ni baru 2 orang.Kalau tiga, empat (macam anak2 buah aku tu)..memang pening kepala. So meh kita share resepi ringkas tp sedap tu kat blog ni.



Bahan-bahan
>roti sandwich secukupnya
>tuna (in oil/water) buangkan minyak/air garam dan toskan
>mayonis
>bacon
>lada sulah(optional)
>telur rebus-dipotong nipis
>isi ketam/crab stick
>daun salad
>timun

Cara-cara
1.Isi tuna dilecek halus dan dicampur dengan mayonis.Boleh masukkan lada sulah kalau suka
2.Sapu roti dengan butter dan letakkan isi tuna ke atasnya.
3.Letaklah juga bacon, isi ketam, telur rebus, daun salad dan timun.
4.Ambil sekeping roti lagi dan tangkupkan.
5.Potong segitiga.
6.Siap untuk di makan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...